AZIAH DBEAUTY SPA

By | December 20, 2018

Aziah DBeauty Spa.  Hai Assalammualaikum.  Pertama sekali, Kak Ziah bercerita sepenuhnya mengenai Aziah D’Beauty Spa.  Sebelum ini, Kak Ziah banyak juga kongsikan mengenai Kursus Spa di entry sebelum ini.  Kali ini Kak Ziah hendak beritahu yang Kak Ziah sudah pun buka dan menjalankan mobile spa Kak Ziah sendiri.

BERMULANYA AZIAH DBEAUTY SPA

Pada mulanya Kak Ziah asyik buat entry mengenai kursus spa sahaja.  Lagipun masa tu Kak Ziah sibuk menguruskan anak UPSR dan UPSRA.  Kemudian, bila tengok rakan seangkatan seronok buat mobile spa ni.  Hati pun terbuka tapi memang dah rancang akan buat selepas anak habis periksa.  

Maka Kak Ziah pun ambil keputusan untuk hadir Kursus Spa yang Kak Ziah selalu uwar warkan.  Seronoknya masa tu masa kursus ini, founder sendiri yang bagi talk mengenai cara buka mobile spa ni.   Kami cari tarikh yang sesuai dengan founder untuk bersua muka cara mengendalikan mobile spa ini.  Rasa puas hati yang teramat sangat semasa hadir kursus tersebut.  

Oh, ya.  Kursus ini hanya mengambil masa 1 hari.  Walaupun 1 hari tetapi padat dengan pengisian.

DI MANA PERKHIDMATAN KAMI

Pada permulaan servis, saya jalankan di Putrajaya.  Sempat jugalah dapat pelanggan tetap untuk dapatkan servis spa kami.  Akhirnya pada bulan November 2018 Kak Ziah dapat tawaran bertukar ke Kedah.   

Jadi, lokasi baru mobile spa Aziah DBeauty Spa akan dijalankan di Langgar, Kedah.  Namun demikian kami turut menerima dan menjalankan khidmat kami bagi kawasan yang berhampiran.  

Insya Allah jika rezeki kami ada, kami akan buka kedai kecil-kecilan bagi memudahkan anda untuk datang ke spa kami.  Kami amat mementingkan keselesaan para pelanggan kami.  Tapi, jika masih ada permintaan untuk kami ke rumah anda, kami sedia memberikan khidmat kami.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

Aziah DBeauty Spa menawarkan beberapa khidmat kecantikan kepada anda.  Antaranya:-

  • facial
  • sauna
  • tangas
  • rawatan resdung
  • hand and foot spa
  • body scrub
  • mandi susu

Kami juga menyediakan pakej-pakej yang menarik untuk pilihan pelanggan kami.  Yang pasti kami mahukan pelanggan kami berpuas hati dengan servis yang kami berikan.  

PRODUK YANG KAMI GUNAKAN

Aziah DBeauty Spa amat menjaga dan menitik beratkan kesihatan dan kecantikan pelanggan kami.  Maka, kami telah memilih produk dan barangan daripada Shaklee sebagai produk utama kami.

Kenapa kami pilih Shaklee?  Seperti yang sedia maklum Shaklee telah pun lama bertapak.  Keberkesanan dan keselamatan produk daripada Shaklee juga tidak diragukan.  Maka dengan sebab itulah Aziah DBeauty Spa menggunakan produk daripada Shaklee.

Untuk facial, kami menggunakan Youth Skincare.  Youth Skincare ini walaupun baru di pasaran Malaysia, tetapi telah pun terbukti keberkesanannya kepada mereka yang telah pun menggunakan produk ini.  Saya sendiri menggunakan Youth Skincare.  

aziah dbeauty spa

Selain daripada facial, untuk bertangas, sauna, body scrub, mandian mandi susu, scrub muka juga kami menggunakan barangan daripada Shaklee.  Tentu ada yang tertanya-tanya produk apa yang kami gunakan.

Kak Ziah cadangkan apa kata anda sendiri mencuba khidmat yang Kak Ziah tawarkan ini.  Kami tidak menggunakan produk tiruan, produk murahan timbang kilo yang ada di pasaran.  Anda sendiri semua maklum mengenai kesannya nanti bukan.   Jadi apa tunggu lagi.  Jangan lupa booking dengan Aziah DBeauty Spa.

HUBUNGI KAMI

Macam mana nak hubungi Aziah DBeauty Spa?  Bagi anda yang tinggal berdekatan Langgar, Kedah, mahupun kawasan sekitar yang berhampiran, anda boleh hubungi Kak Ziah di talian 019-3766967.  

Perkhidmatan Aziah DBeauty Spa akan tiba di tempat anda mengikut temujanji yang ditetapkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *