Cara Banyakkan Susu Ibu Yang Berkesan

By | September 14, 2018

CARA BANYAKKAN SUSU IBU YANG BERKESAN

 

Cara Banyakkan Susu Ibu Yang Berkesan.  Di sini saya ingin kongsikan kepada ibu dan juga bakal ibu bagaimana untuk banyakkan penghasilan susu.  Bukan saya nak kata tips yang bakal saya kongsikan ini akan membuat ibu dapat terus banyakkan susu badan.  Namun ianya juga bergantung kepada diri ibu dan faktor persekitaran sekeliling.

 

Harus diingatkan pengetahuan ini amatlah penting bagi anda wanita di luar sana yang bakal menjadi ibu atau pun yang akan menimang cahaya mata yang seterusnya.

 

CARA BANYAKKAN SUSU IBU YANG BERKESAN

 

Bila kita bercerita mengenai penyusuan, perkara yang selalu difokuskan adalah:-

 

“mampukah aku nak menyusu sehingga umur 2 tahun”

“ala.. susu tak ada tu yang tak boleh nak menyusukan tu”

“tak ada masa la nak pam-pam susu ni…”

 

Percaya atau tidak, jika ibu mempunyai perasaan seperti di atas, saya percaya keinginan untuk menyusukan anak anda memang tidak akan tercapai.  Seorang ibu yang ingin menyusu anak haruslah:-

 

  • berfikiran positif
  • jangan panik dan bawa bertenang
  • belajar ilmu supply and demand
  • perah susu badan
  • kosongkan payudara
  • banyakkan minum air masak
  • tahu teknik penyusuan susu ibu yang betul
  • makan makanan yang merangsang penghasilan susu(milkbooster).  Boleh baca tips 20 Makanan Untuk Banyakkan Susu Ibu.

 

* kredit diberikan kepada siraplimau.com bagi tips di atas.

7 Tips Banyakkan Susu Ibu.  Biar Bertambah Pekat.

 

 

cara banyakkan susu ibu

 

ALTERNATIF SELAIN TIPS DI ATAS

Baiklah di sini saya ingin kongsikan kepada anda selain daripada pemakanan yang boleh banyakkan susu ibu.  Saya kongsikan kepada anda Set Penyusuan Shaklee yang pasti memberikan keyakinan kepada ibu untuk meneruskan penyusuan secara eksklusif.  Set Penyusuan Shaklee ini telah terbukti berkesan kepada ibu-ibu yang menyusu di luar sana.  Ini bukanlah omongan kosong yang saya berikan.  Walau bagaimanapun hasil susu adalah berbeza kepada setiap ibu yang menyusu.

 

Apa yang ada di dalam Set Penyusuan Shaklee ini.  Jom kita lihat.  

 

ESP

ESP adalah protin soya terbaik dalam bentuk serbuk. Ia melancarkan pengaliran susu. Mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Anak juga membesar mengikut kadar tumbesaran yang memberangsangkan.

Kalau ibu nak tau dengan pengambilan ESP ini juga dapat memberi tenaga kepada ibu dan ianya dapat memekatkan susu badan.  Saya rasa ibu mesti suka dan gembira mana tidaknya anak akan lebih rasa cepat kenyang.  Bayi jika perut mereka kenyang maka mereka akan lebih lena.  Ibu menyusu perlukan rehat bukan.  Inilah cara yang sangat baik dengan pengambilan ESP.

 

VITA-LEA

Mengikut kajian setelah bayi berusia 6 bulan, kandungan zat besi dalam susu ibu menurun. Pengambilan Vita-Lea dapat membantu mengekalkan kandungan zat besi yang diperlukan.  Ya, saya faham ibu boleh mengambil makan segar yang boleh membekalkan kandungan zat besi.  Tapi, cuba fikirkan.  Mampukah ibu memenuhi keperluan harian zat besi

 

ALFAFA COMPLEX

Alfafa Complex memang terkenal sebagai penggalak susu utama.  Ia menjadikan susu lebih pekat kerana kandungan lemaknya dan menjadikan anak cepat kenyang.  Ini bukan omongan kosong.  Tapi jika ditanya kepada ibu-ibu yang pernah mengamalkannya mereka mesti mengakuinya.  

Ibu mana yang tak mahu susu yang mereka hasilkan banyak dan mencukupi untuk bayi mereka.  Di samping itu, pengambilan alfafa ini juga dapat memudahkan proses pelawasan dan anak tidak akan mengalami kembung perut.

 

OSTEMATRIX

Ostematrix merupakan sumber kalsium magnesium. Ianya mengekalkan paras kalsium dalam darah dan mengelakkan susu ibu dari merudum semasa haid.  Penting bagi ibu menyusu mempunyai kalsium yang cukup kerana dengan penyusuan, anak anak menyerap kalsium daripada ibu.  Perasan atau tidak, ibu menyusu sering sakit belakang, gusi berdarah, rambut gugur dan adakalanya sembelit.  

 

Apa kata saya cadangkan ibu ambil ostematrix untuk rasa segar berpanjangan di samping membantu mengekalkan tenaga harian.  Kita semua sedia maklum, ibu-ibu memang sibuk dengan aktiviti harian.  Lagilah ibu-ibu yang mempunyai anak yang ramai.  Jadi,  pengambilan ostematrix ini membantu kerja harian anda di samping dapat menyusu anak dengan gembiranya.

 

VITAMIN C

Ibu, pengambilan vitamin c ini dapat meningkatkan imunisasi ibu.  Bayi yang minum susu ibu juga mendapat manfaat imunisasi dan meningkatkan antibodi anak.  Jadi dengan pengambilan vitamin c ini dapat mengelakkan ibu dari demam, rasa lemah,  dan rasa tidak bermaya.  Bila kita menyusu anak, pentingnya kesihatan dijaga rapi.  Kita sihat anak pun sihat.

 

Selain itu, pengambilan vitamin c ini juga bagus bagi ibu untuk menyembuhkan luka dalaman ibu.  Kita fahamkan kalau ibu yang bersalin tu luka dalaman tu memerlukan bantuan untuk penyembuhan.  Namun luka dalaman itu sebenarnya memerlukan vitamin c untuk pulih dengan segera.

 

BCOMPLEKS

Bcompleks dicadangkan di dalam set penyusuan adalah bertujuan memberi rasa tenang ibu di dalam proses penyusuan.  Rasa tenang ini amat penting agar ibu tidak merasa stress.  Ibu sendiri tahu bukan jika ibu stress, penghasilan susu akan merudum, kurang dan seterusnya boleh menyebabkan kekeringan susu.  

 

OMEGA GUARD

Di dalam Set Menyusu Shaklee ini dicadangan untuk diambil Omega Guard.  Ini bertujuan untuk menambah DHA untuk perkembangan otak bayi dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu.  Tak salah jika ibu mengambil omega untuk anak dan ibu juga.

 

PERFORMANCE DRINK

Di sini saya ingin mencadangkan juga kepada ibu yang menyusu untuk mengambil Performance Drink.  Kenapa perlu ambil?  Apabila ibu menyusu, kekurangan hidrasi mungkin ibu alaminya.  Performance drink dicipta supaya ibu tidak mengalami hidrasi.  Bagi ibu menyusu yang ingin berpuasa.  Insya Allah, saya jamin ibu tidak akan letih, lesu dan kehausan yang melampau.  Jadi, penambahan di dalam set menyusu adalah baik sekali.  Oh ya, daripada ibu mengambil minuman yang berkafein seperti nescafe, teh lebih baik ambil performance drink tak gituuuu…

 

TESTIMONI CARA BANYAKKAN SUSU IBU YANG BERKESAN

 

Saya nak kongsikan kepada ibu-ibu yang baru membaca artikel ini dan juga yang baru hendak mencuba menggunakan Set Menyusu Shaklee ini, jom kita lihat testimoni yang telah berjaya dengan mencuba cara ini.  Cara banyakkan susu ibu ini memang berkesan dan memberi kesan positif kepada ibu dan juga bayi.

 

cara banyakkan susu ibu

 

Testimoni pertama,  Ibu dan dan anak pun kenyang.  Seperti yang saya nyatakan di atas.  ESP dan alfafa membantu.

 

Testimoni kedua, ibu amat gembira kerana susu meriah dan dapat menyusukan anak sehingga 3 tahun.  Lama tu.  Saya rasa ibu di sana mesti nak juga kan.  Jangan tunggu lama-lama tau.

 

 

cara banyakkan susu ibu

 

Testimoni ketiga, badan bertenaga dan antibodi anak kuat.  Ya kita ibu cukup pengambilan supplement yang dicadangkan.  Insya Allah antibodi pertahanan ibu kuat.  Jika ibu sihat anak pun sihat.

Testimoni keempat, bertenaga, susu meriah dan  boleh menyusu sehingga anak 5 tahun.  Ibu pasti teruja mendengarnya bukan.  

 

APA PERASAAN IBU ?

 

Setelah membaca artikel Cara Banyakkan Susu Ibu Yang Berkesan ini, saya ingin bertanya kepada ibu.  Adakah ibu rasa..

 

“erm.. macam best je baca testimoni ibu yang berjaya ni..”

“eh betul ke?  Macam nak cubalah”

“Demi anak ku.. aku wajib mencuba”

 

Ya.  Apa tunggu lagi ibu.  Jangan lengahkan masa demi kesihatan anak ibu.  Artikel Cara Banyakkan Susu Ibu Yang Berkesan ini saya harapkan dapat membantu. Kita sering mendengar bermacam-macam cerita di luar sana.  Anak sering demam dan selesema terutama anak yang dihantar di rumah pengasuh dan taska.  Apa kata ibu berikan susu ibu sepenuhnya demi kesihatan yang terbaik untuk anak anda.  Susu ibu adalah yang terbaik untuk anak anda.  

 

Oh ya.  Jika anda rasakan Set Menyusu Shaklee ini terlalu banyak.  Tidak mengapa.  Saya akan cadangkan mengikut bajet ibu.  Bulan ini boleh beli sedikit.  Kemudian beli sedikit lagi.  Jangan risau.  Jika ibu beli dengan saya, saya akan cadangkan yang terbaik untuk masalah ibu.  Saya gembira dapat bantu ibu dan ibu dapat bantu anak ibu demi kesihatan mereka.

 

Jangan lepaskan peluang keemasan untuk menyusu anak ibu.  Penuhkan ilmu menyusu di dada ibu untuk perjalanan penyusuan seterusnya.  Saya doakan ibu agar dapat menyusu sepenuhnya anak yang disayangi.  Jadi jangan lupa hubunyi saya Aziah di talian 019-3766967

 

 

cara hilangkan bengkak susu

2 thoughts on “Cara Banyakkan Susu Ibu Yang Berkesan

  1. Pingback: 20 Makanan Untuk Banyakkan Susu Ibu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *