Jangan Benci Cintaku Drama Trending Terkini

By | August 3, 2018

JANGAN BENCI CINTAKU DRAMA TRENDING TERKINI

 

Jangan benci cintaku drama trending terkini.  Tudia kan tajuk ni hebat bukan.  Ya, slot drama ini tengah hangat di slot TV3.  Waktu siaran adalah hari Isnin sehingga Jumaat jam 7 hingga 8 malam.  Sebenarnya drama ini adalah adaptasi dari sebuah novel.  Memang menjadi trending sekarang ni di mana novel-novel banyak dibuat menjadi drama.  Tapi bila dah jadi drama tu memang akan ada perubahan dari segi cerita, watak dan lenggok cerita.  Nama pun adaptasi.

 

SINOPSIS JANGAN BENCI CINTAKU

Perkahwinan Rafeeqa dan Shahrizal adalah aturan keluarga ketika usia Rafeeqa masih muda. Dia yang tak bersedia dengan komitmen menganggap perkahwinan itu sebagai bebanan. Lantas, Rafeeqa tidak teragak untuk melanjutkan pelajaran ke Sunderland tanpa menghiraukan perasaan suami yang mencintainya. Lima tahun kemudian, Rafeeqa kembali ke Malaysia dan menyedari dia mula merindui suaminya dan bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri yang sepatutnya. Namun, Shahrizal sudah mempunyai kekasih hati iaitu Husna dan Rafeeqa berjanji pada diri akan merebut cinta suaminya semula.

Namun tidak semudah itu, dengan kemunculan Husna di antara dirinya dan Shahrizal, Nek Pah yang tak pernah mengiktiraf kedudukannya sebagai cucu menantu dan juga Irwan yang tak habis-habis menempel untuk mendekatinya, semuanya menguji kesabaran.

JANGAN BENCI CINTAKU DRAMA TRENDING TERKINI

 

Baiklah.  Kalau nak tahu inilah Penulis novel Jangan Benci Cintaku iaitu Emy Roberto.

 

“SAYA tak sangka drama Jangan Benci Cintaku (JBC) jadi trending dan sejak itu saya terima pelbagai reaksi daripada penonton,” kata penulis novel JBC, Emelyne Bani Anak Jam, 32, ketika ditemui di Kota Kinabalu, semalam.

Emelyne atau lebih dikenali dengan nama pena Emy Roberto berkata, novel itu dihasilkan pada tahun 2012 dan baru diadaptasi sebagai drama yang ditayangkan di TV3 menerusi slot Akasia 7 malam.

Penulis kecil molek berasal dari Bintulu, Sarawak ini aktif menulis sejak di universiti, namun apa yang lebih mengejutkan, Emy sebenarnya adalah doktor yang bertugas di bahagian Pusat Penyelidikan Klinikal, Hospital Queen Elizabeth 2 (QEH2), di sini.

Menurut Emy, kesibukannya dengan tugas harian sebagai doktor tidak membataskan waktu untuk menghasilkan novel sesuai dengan citarasa pembaca.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Ogos 2018 @ 12:09 PM

“Buku JBC sudah dicetak beberapa kali sejak diterbitkan pada tahun 2013 melalui Penerbitan Idea Kreatif dan orang ramai boleh mendapatkannya atau buku lain menerusi pembelian secara atas talian di Penerbitan Idea Kreatif atau kedai buku berhampiran ,” katanya.

PELAKON DRAMA YANG HEBAT

WATAK PELAKON 
Saharul Ridzwan sebagai Shahrizal Hayrat
Zahirah Macwilson sebagai Rafeeqa Huda
Niena Baharun sebagai Husna
Luqman Hafidz sebagai Faris
Izzue Islam sebagai Syazwi
Amelia Henderson sebagai Damia
Daler Yusuf sebagai Irwan
Dilla Ahmad sebagai Zaida
Esma Dainal as Tuan Shariman
Azizah Mahzan sebagai Nek Pah
Catriona Brian Ross sebagai Puan Azlin
Laila Nasir sebagai Puan Julia
Zul Edward sebagai Uncle Jay
Meor Mohd sebagai Hazri
Emelie Hanif sebagai Nelly

jangan benci cintaku drama trending

 

 

jangan benci cintaku drama trending terkini

Kredit kepada blog ini sebab saya ambil gambar dari situ.

 

 

Lirik Lagu Misha Omar – Sampai Bila OST Jangan Benci Cintaku

 

Ini antara lagu tema drama ini.  Akak suka. Jadi.. Layan….

 

jangan benci cintaku drama trending terkini

 

Andai dapat kau dengar ombak hati ini
Dihempas sepi tiada berlagu
Dulu tenang dan dilayari kasihmu
Kini dilanda gelora tak menentu

Sampai bila, harus ku bertanya
Firasat hatimu, yang terus membisu
Segala dendamku
Kini telah menjadi bebenan jiwa
Saat kau mencari pengganti cinta

Dalam rindu yang tak bererti apa lagi
Biarkan aku kini sendiri
Oh pergilah dengan dia yang kau cinta
Dan tak perlu kau di sini mengungkit kesilapan

Sampai bila, harus ku bertanya
Firasat hatimu, yang terus membisu
Segala dendamku
Kini telah menjadi bebanan jiwa
Saat kau mencari pengganti

Padamu aku hanya
Kaca yang tak berharga
Pudar seri… kosong. kelam. tak bermakna

Oooh
Ku melangkah dengan hati yang kecewa
Moga ada secebis ketabatan mengubati

Sampai bila…
Firasat hatimu, yang terus membisu
Segala dendamku
Kini telah menjadi bebanan jiwa
Saat kau mencari pengganti cinta.

 

REAKSI PENONTON

Memandangkan cerita ini memang penuh emosi dan tragisnya.  Maka, ramai wanita di luar sana yang geram dan stress dengan watak-watak yang dimainkan dalam drama tersebut. Ha ha.  Termasuk akak juga.  Ada part yang geram, sedih, rasa nak tumbuk.  Eh eh dia kena lempang la.  Eh lempang la balik.   Hoi… tengok cerita ni buatkan akak kena makan B Compleks untuk meredakan stress.

Bila habis je cerita setiap jam 8 malam.  Makan berpusu-pusu dan berderet-deret status di FB akan dimuat naik mengenai episod yang mereka tonton.  Buat masa ni akak tak terjebak untuk upload status drama ni.  Kenapa?  Ala tak perlu la up status.  Tumpang baca sudahlah status dari kawan lain pun ok.

OK itu saja buat masa ini luahan mengenai drama ini.  Nanti sambung lagi bila drama ini dah habis episodnya ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *