6 JANGAN Yang Perlu Diingat Ketika Beraya

By | June 11, 2018

6 JANGAN YANG PERLU DIINGAT KETIKA BERAYA 

 

6 Jangan Yang Perlu Diingat Ketika Beraya.  Rasanya tajuk ini adalah perkara panas yang sering diaju semasa mengunjung atau bertandang di rumah saudara-mara atau jiran.  Sebenarnya walaupun mereka yang kita lawati itu adalah saudara ataupun mereka adalah rapat dengan kita, namun hati dan perasaan mereka sebenarnya perlu kita jaga.

Tips ini saya ambil daripada Facebook Taufiq Razif dan diolah semula.

 

6 JANGAN YANG PERLU DIINGAT KETIKA BERAYA

JANGAN

 

  1. Tanya Bila Nak Kahwin atau Nak Ada Anak

Ini adalah soalan yang paling top.  Soalan ni selalunya ditujukan kepada anak dara yang tidak berkahwin dan yang dah berkahwin tapi masih belum terima cahaya mata.  Ya, kita faham.  Masa raya inilah sanak saudara nak jumpa dan bertanya khabar.  Namun, kadang kala hati seseorang itu perlu dijaga.  

Jika yang belum berkahwin tu soalan yang di tanya:-

 

6 jangan yang perlu diingat ketika beraya

 

Bila nak kahwin ni…  Lama-lama nanti susah..

 

Hai la..  bila la mak lang nak rasa nasi minyak ni

 

Mai mak ngah carikan jodoh.. nak tak… si polan si polan tu kerja ini dan ini… 

 

 

Soalan kepada yang tiada cahaya mata pula..

 

6 jangan yang perlu diingat ketika beraya

 

 

Ni bila ni nak ada anak

 

Alahai lamanya nak ber honeymoon

 

Takda anak lagi ke?  Kahwin dah berapa tahun…

 

Senang cerita, apa-apa soalan sensitif tak perlulah tanya.  Macam kita juga, mereka pun punya perasaan.  Jadi cuba letakkan kita di tempat mereka.  Pasti kecil hati jugakan.  Begitulah mereka.

 

 

  1. Bandingkan Result Peperiksaan Anak-Anak

Bila dah namanya saudara, maka mesti ada anak-anak yang sebaya anak kita.  Ringan mulut tu memanglah bagus.  Tapi jangan pula terlampau ringan dengan soalan-soalan sensitif.  Contohnya kita bertanya keputusan peperiksaan anak-anak.  Kalau anak kita bagus dan kita sendiri tahu anak orang tu tak berapa pelajarannya.  Tak perlu lah tanya dapat berapa A.  Subjek apa.

Gatal sungguhlah soalan ni.  Kadang anak tak sensitif tapi ibu bapanya sensitif sebab anak mereka dibanding-bandingkan.

 

 

  1. Marah Anak Orang Secara Berlebihan

6 jangan yang perlu diingat ketika beraya

Perkara ini kadangkala di luar jangkaan diri sendiri.  Kenapa saya katakan demikian.  Kadang kita beranggapan macam kita macam marah anak kita sendiri.  Betul tak?

Jangan tidak tahu ya.  Ada ibu bapa yang terlalu sensitif jika anak mereka dimarahi.  Mana tak nya.  Mereka sendiri pun tidak pernah marah anak mereka sedemikian rupa.

Jika marah sekali pun mungkin kita boleh minta secara berkhemah ibu bapa anak berkenaan untuk kawal anak mereka.

 

 

  1. Perlekehkan Tetamu Kecil

Semua sedia maklum.  Hari raya paling dinanti-nanti bagi anak-anak kecil.  Paling seronok adalah mereka.  Ini kerana masa inilah mereka dapat kumpul duit raya.  Alah macam kita juga kecil-kecil dahulu.  Pergi beraya rumah jiran-jiran sebab nakkan kumpul duit raya.

Kadang-kala ada yang datang lebih dari sekali ke rumah kita.  Walaupun mereka kanak-kanak, tapi janganlah kita perlekehkan kehadiran mereka ke rumah kita.  Sambut juga mereka dan pelawa juga makan dan minum.  Kadang-kadang ada juga yang bertanya datang ni nak makan ke nak duit raya.  Hehehe.. of kos la mereka akan kata nak duit raya.

6 jangan yang perlu diingat ketika beraya

 

 

  1. Cium Anak Orang Terutamanya Bayi Baru Lahir

Sistem imun bayi baru lahir tidak seperti orang dewasa.  Jadi bayi mudah dijangkiti.  Kita yang datang dari jauh dan merata-rata tempat tu kalau ada bayi kecil janganlah terus cium bayi berkenaan.   Bukannya apa.  Kita perlu sensitif terhadap bayi juga.

Banyak kuman seperti herpes simplex virus pada orang dewasa yang boleh mengancam nyawa bayi.

 

 

  1. Suap Anak Orang

Kenapa jangan suap anak orang?  Kadang kita tak tahu anak orang tu ada penyakit dan background anak orang tu.  Manatahu anak orang tua ada elergik, eczema ke.  Anak-anak seperti ini alah kepada kacang-kacang, coklat, telur dan beberapa makanan yang lain.  

 

Ya, walaupun kadang mereka suka duduk atas riba kita, dan kita yang makan ni pun suap juga lah kepada anak tersebut.  Betul ke tidak?  Lagi-lagi la kita yang macam mak-mak ni kan.  Jadi sebelum suap anak orang tu hati-hati ya.  Nanti apa-apa terjadi susah kita dan lebih susah adalah ibu bapa anak tersebut.  Kita nak beraya di rumah sanak saudara bukan di hospital.

 

Macam mana dengan topik 6 Jangan Yang Perlu Diingat Ketika Beraya?  Saya harap anda semua berpuas hati.  Oh ya.  Sempena hari raya ini, saya juga ingin mengambil kesempatan mohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa di sepanjang pembacaan anda.  Saya doakan juga supaya perjalanan anda selamat pergi dan selamat sampai ke mana-mana destinasi yang dituju.  Tips Hilangkan Mengantuk ini saya rasa sesuai kepada anda yang membuat perjalanan jauh nanti.  Diharapkan tips ini dapat membantu anda nanti.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *