7 Tips Ajar Anak Kecil Berpuasa Kali Pertama

By | May 18, 2018

7 TIPS AJAR ANAK KECIL BERPUASA KALI PERTAMA

 

7 Tips Ajar Anak Kecil Berpuasa Kali Pertama.  Mencabar bukan?  Ye lah sebagai ibu bapa kita diberi tanggungjawab yang besar dalam mendidik dan membimbing anak kita.  Antara cabarannya ialah mengajar anak kecil untuk berpuasa pada kali pertama.  Mesti bermacam-macam karenah yang berlaku. 

 

Saya pun teringat masa anak-anak saya kecil dahulu masa baru belajar berpuasa.  Antaranya:-

 

ibu.. lapar… lapar.. haus ni.. berzikir-zikir ayat ni di telinga kita

 

ibu.. boleh tak buka puasa tak laratlah

 

boleh tak nak minum sikit.  Lepas tu sambungla puasa…

 

Macam-macam lagilah ragamnya.  Mandi lama di dalam bilik air, jalan tak larat sambil merangkaklah, diamkan diri sebab tak larat pun ada.  Ada sekali tu diambilnya ais dan dituam-tuamkan atas kepala. Haih la anak.  Jom kita tengok apa tips istimewa yang saya hendak kongsikan.

 

7 TIPS AJAR ANAK KECIL BERPUASA KALI PERTAMA

  1. PERLAHAN-LAHAN DAN BERPERINGKAT

  • Dalam mendidik anak kecil untuk berlatih puasa perkara yang penting adalah mendidik secara perlahan-lahan dan berperingkat. Macam mana tu?  Maksud di sini adalah kita ajar anak kita berpuasa setakat mana dia dapat bertahan.  Tak kisah permulaan puasa mereka jika hanya mampu bertahan separuh hari. 
  • Latih anak berperingkat dari separuh hari dan bertambah jam puasanya. Saya pasti dengan cara ini adalah lebih mudah.

 

  1. PUJI ANAK

  • Puji anak. Ya, kita sendiri sedia maklum semua orang suka dipuji.  Pujian kepada anak kecil adalah lebih bermakna.  Anak kecil akan berasa mereka amat dihargai

 

  1. SEDIAKAN MAKANAN KEGEMARAN

  • Kenapa ibu perlu sediakan makanan kegemaran. Ini akan mendorong anak kecil tersebut dari terus berpuasa dan memberi semangat semasa berbuka

 

  1. WAJIB BERSAHUR

  • Untuk melatih berpuasa, jadikan bersahur adalah wajib bagi anak kecil. Ini penting untuk mereka bertahan sehingga berbuka.
  • Ibu pastikan semasa bersahur anak bersahur dan mendapat makanan yang lebih berkhasiat.
  • Cadangan akak untuk ibu-ibu yang inginkan memberi makanan yang berkhasiat kepada anak anda ialah dengan mengambil Meal Shakes dan Performance Drink.

 

SAHUR Berikan anak anda permulaan hari yang baik dengan:

  • Pemakanan bertenaga tinggi. Susu dan telur adalah penggalak tenaga yang hebat.
  • Segelas Meal Shakes yang lazat serta mengandungi vitamin dan mineral bagi memastikan anak-anak anda kenyang lebih lama.
  • Minuman yang sihat bagi memastikan mereka terhidrasi sepanjang hari dan kurangkan rasa dahaga dengan Performance® dengan rasa oren yang enak.
  • Sertakan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai sumber serat yang penting.

 

 IFTAR Galakkan pemakanan yang sihat:

  • Kurma dan air – cara mudah untuk berbuka puasa.
  • Sup buatan sendiri dan stew kaya dengan mineral dan garam.
  • Segelas Meal Shakes untuk melegakan perut selepas seharian berpuasa dan menghalang anak anda dari terlebih makan.

 

KENAPA CADANGAN SAYA ANAK ANDA PERLU AMBIL MEAL SHAKES

√ Sumber yang baik untuk serat, protein, kalsium dan zink untuk
pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.
√ Membantu mengekalkan rasa kenyang yang lebih lama.
√ Sempurna untuk kanak-kanak dan remaja yang aktif.
√ Rasa yang sedap apabila ditambah ke dalam shakes, sup berkrim
dan ais krim!
√ Ibu dan ayah juga akan menyukainya.

 

7 Tips Ajar Anak kecil Berpuasa Kali Pertama

 

  1. KURANGKAN AKTIVITI LASAK

  • Kita sendiri sedia maklum. Kanak-kanak dengan aktiviti seharian mereka memang tidak dapat dinafikan.  Ibu sendiri kadang boleh lihat.  Walaupun anak mereka demam tapi mereka masih aktif bergerak dan bermain.
  • Namun, di bulan puasa ini, jika ibu membiarkan anak terlalu aktif, bagaimana ibadah puasa mereka yang baru dilatih dapat diteruskan seharian. Maka penting bagi ibu-ibu dapat mengawal aktiviti lasak anak-anak.

 

  1. TIDUR AWAL

  • Selain itu, tidur awal juga memainkan peranan dalam melatih anak-anak kecil untuk berpuasa.  Ini kerana memudahkan kita untuk kejutkan anak kecil yang kadang kala susah untuk dikejutkan.  Bila tidur awal dan cukup tidur anak pun senang dikejutkan.

 

  1. CERITA MENGENAI KEBAIKAN PUASA
  • Ini adalah satu perkara yang penting untuk ibu bapa beritahu kepada anak mereka terutamanya yang baru belajar berpuasa. Ibu bapa perlu memberitahu kepada anak apakah tujuan utama mereka perlu berpuasa.  Sebab apa?  Anak yang kecil mesti tertanya-tanya kenapa dengan tiba-tiba mereka tidak boleh makan dan minum. 
  • Yang memberi semangat kepada anak-anak adalah jika mereka berjaya berpuasa, akan dapat menyambut Hari Raya.

Macam mana dengan tips yang dikongsikan.  Diharapkan dapat memberi manfaat dan idea kepada ibu bapa yang ingin melatih anak untuk berpuasa.  Ya, orang kata melentur buluh biar dari rebungnya. 

 Tahniah kepada ibu bapa yang telah melatih anak anda dari kecil.  Teruskan usaha anda.  

 

Jika berminat untuk melatih anak anda puasa dengan Shaklee boleh Whats app akak segera ya.

 

7 tips ajar anak kecil berpuasa kali pertama

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *