7 Sunnah Puasa Mengikut Amalan Rasulullah

By | May 17, 2018

7 SUNNAH PUASA MENGIKUT AMALAN RASULULLAH

 

7 Sunnah Puasa Mengikut Amalan Rasulullah.  Selamat Menyambut Bulan Ramadhan buat semua umat Islam.  Alhamdulillah kita diberikan masa dan peluang lagi untuk tahun ini supaya dapat menunaikan ibadah puasa.  Tak dapat nak bayangkan rasa kelainan untuk menyambut puasa. 

Akak pasti yang sibuk mestilah ibu-ibu.  Betul kan? Mana tidaknya.  Ibu-ibu terpaksa memikirkan menu dan juadah untuk bersahur dan juga berbuka.  Pengalaman akak juga dah 13 tahun berkahwin ni.  Kita nak fikirkan menu anak-anak adalah lebih utama supaya anak-anak dapat bertahan untuk menunaikan ibadah puasa sehingga selesai.  

Baiklah.  Di dalam sibuk untuk membuat persiapan untuk berpuasa ini, akak nak kongsikan bersama 7 sunnah puasa mengikut amalan rasulullah.  Biar pun mungkin anda telah tahu perkara ini.  Tapi akak suka tekankan dan ingatkan semula agar ianya menjadi amalan yang lekat di minda kita. Jom kita tengok apa yang akak akan senaraikan.

7 SUNNAH PUASA MENGIKUT AMALAN RASULULLAH

 

BERSAHUR

Rasulullah menganjurkan kita untuk bersahur sebelum aktiviti menahan diri dari makan dan minum di siang hari dimulakan.

Bagaimana Rasulullah s.a.w bersahur?

Bersahur bukanlah dilakukan ditengah malam, tetapi ia dilakukan di awal pagi, iaitu waktu yang sangat hampir dengan waktu solat subuh.

Bersahur juga memberi kesegaran untuk kita menghabiskan hari siang kita dengan berpuasa.

Dari Anas Bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: 

Bersahurlah kerana pada sahur itu terdapat keberkatan

(HR: al-Bukhari)

Rasulullah s.a.w juga menekankan kepada kita untuk bangun bersahur kerana ia adalah salah satu dari ciri-ciri bersahur orang Islam.

Sabdanya: bermaksud:

 Perbezaan antara puasa kami dengan puasa ahlu al-Kitab adalah makan sahur

(HR:Muslim)

7 sunnah puasa mengikut amalan rasulullah

 

7 perkara sunnah mengikut amalan rasulullah

                                                                        Kredit kepada dream.co.id

 

Untuk mendapatkan rasa bertenaga, dan sihat sepanjang sahur akak menyarankan agar anda mengambil pemakanan yang seimbang dan tinggi khasiatnya.  Apa kata cadangan akak ini anda mengenai Set Berpuasa Shaklee diamalkan dan diambil semasa bulan puasa tahun ini.  Akak pasti anda akan dapat merasakan perbezaan dan perubahan diri anda berbanding tahun-tahun lepas.  

Rebutlah peluang yang ada sekarang semasa bulan puasa ini.  Promosi sehingga 10% kepada barangan yang terpilih.

 

MENYEGERAKAN BERBUKA

 

Manusia itu akan terus berada dalam kebaikan selagi mana

dia menyegerakan berbuka puasa

(al-Bukhari & Muslim)

 

Perbuatan melambat-lambatkan berbuka puasa adalah salah satu perbuatan yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. Masyarakat kita sering melihat perkara ini sebagai satu isu remeh.

 

Apa yang terjadi dalam rata-rata masyarakat kita di Malaysia, ketika masuknya waktu solat maghrib (waktu untuk berbuka puasa), mereka masih lagi berada di bazar-bazar ramadhan untuk membeli juadah mereka.

 

Penjual masih lagi melayan pelanggan tanpa terus berbuka walaupun azan maghrib telah berkumandang.

 

Ibu-ibu di rumah pula masih berada di dapur menyiapkan juadah berbuka puasa ketika azan maghrib bergema.

 

Ini kerana melewat-lewatkan berbuka puasa adalah amalan Yahudi dan Kristian.

 

Persiapan seharusnya dilakukan dengan segera agar seruan Rasulullah s.a.w untuk kebaikan umatnya dapat diamalkan sebaiknya.

 

Rasulullah telah bersabda di dalam satu hadithnya yang dilaporkan oleh Abu Daud & Ibn Majah yang sanadnya berstatus hasan seperti yang dinilai oleh al-Albani r.h yang bermaksud:

 

Agama ini akan sentiasa zahir (jelas) selagi mana umatnya menyegerakan berbuka puasa, ini kerana orang-orang Yahudi dan Kristian, mereka melewat-lewatkannya.

BERBUKA DENGAN KURMA

 

Pernah diriwayatkan dari Anas Bin Malik, seperti yang dilaporkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi yang bermaksud:

Rasulullah s.a.w apabila baginda berbuka puasa, baginda berbuka dengan beberapa biji kurma basah sebelum solat. Jika tiada kurma basah, baginda berbuka dgn kurma kering. Jika tiada kurma kering, baginda berbuka dengan beberapa teguk air. 

 

TIDUR SEBENTAR

Nabi s.a.w mengajarkan kepada kita agar sentiasa cergas ketika berpuasa di siang hari dan bersemangat melakukan amal ibadat di malamnya.

Antara kaedah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w adalah dengan tidur sebentar sebelum solat zohor, perbuatan itu dinamakan dengan Qailulah.

Ini untuk memudahkan kita bangun di waktu malam mengerjakan amal ibadat.

 

 

MENJAGA LIDAH

Rasulullah s.a.w bersabda dalam sepotong hadis yang diriwayat oleh Ahmad dan al-Tabarani yang bermaksud:

Ramai orang puasa, tetapi balasannya hanya lapar dan dahaga (tiada pahala) dan ramai orang berjaga malam (beribadah) balasannya hanyalah mengantuk (tiada pahala)

 

 

MEMBERI MAKAN ORANG YANG BERPUASA

 

Terlalu besar ganjarannya seperti yang diberitahu Rasulullah

 Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa (untuk berbuka puasa), dia akan mendapat balasan pahala yang sama seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun daripadanya

 

DOA KETIKA BERBUKA PUASA

 

7 sunnah puasa mengikut amalan rasulullah

 

 

Sekian serba sedikit mengenai 7 sunnah puasa mengikut amalan rasulullah.  Diharapkan puasa kita kali ini bukanlah sekadar puasa yang menahan lapar dan dahaga sahaja.  Moga dipermudahkan amalan ibadah puasa kita dan diberikan kesihatan yang baik untuk menunaikannya.

2 thoughts on “7 Sunnah Puasa Mengikut Amalan Rasulullah

  1. Pingback: 6 Masalah Sering Terjadi Semasa Berpuasa ⋆ BiLa AzieYaH TaiP BLoG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *