6 Masalah Sering Terjadi Semasa Berpuasa

By | May 16, 2018

6 MASALAH SERING TERJADI SEMASA BERPUASA

 

Kali ini akak hendak kongsikan kepada semua tentang 6 Masalah Sering Terjadi Semasa Berpuasa.  Dalam menjalani ibadah puasa yang mana kita perlu menahan lapar dan dahaga semestinya menguji ketahanan mental dan fizikal serta aktiviti harian kita.   Waktu kita berpuasa yang mana bukan rutin harian kita ada sesetengah mereka yang tidak terlepas daripada menghadapi masalah yang akak akan senaraikan ini.  

Apa kata kita tengok satu persatu masalah yang sering dihadapi semasa berpuasa.  

 

6 MASALAH SERING TERJADI SEMASA BERPUASA

 

KETIDAKHADAMAN (PEDIH ULU HATI)

Perut kita dicipta dengan persekitaran yang berasid untuk menghadam makanan dan memusnahkan bakteria.  Penghasilan asid perut yang berlebihan atau pengaliran balik asid perut ke dalam esophagus, boleh menyebabkan pedih ulu hati.  puasa biasanya mengurangkan jumlah asid perut.  walaubagaimanapun, pedih ulu hati boleh berlaku anda teringat mengenai makanan atau anda terhidu bau makanan di mana, secara semulajadi akan memberi isyarat kepada otak untuk meningkatkan penghasilan asid perut.

 

Solusi

Kawal ketidakhadaman(pedih ulu hati) dengan

  • makan secara sederhana
  • mengelakan makanan berminyak dan pedas
  • mengurangkan pengambilan kafein
  • mengambil protein yang berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi untuk menguatkan otot perut dan esophagus
  • mengambil pudina dan halia untuk membantu melegakan ketidakselesaan perut

6 masalah sering terjadi semasa berpuasa

SEMBELIT

Sembelit adalah perkara yang biasa dihadapi semasa berpuasa, disebabkan oleh kekurangan pengambilan cecair dan serat

 

Solusi

Penting bagi anda untuk

  • mengambil air yang mencukupi semasa sahur dan iftar
  • mengekalkan pengambilan makanan  yang tinggi dengan serat beserta buah-buahan dan sayur-saryuran
  • mengekalkan pergerakan usus yang normal dengan Herb-Lax iaitu julap semula jadi.

 

LETIH/LESU

Pengambilan nutrien dan tidur yang tidak mencukupi serta elektrolit menyebabkan tahap tenaga anda menurun.

Solusi

Semasa Ramadhan adalah penting untuk

  • mendapatkan rehat yang cukup dan tidur yang berkualiti untuk lebih kesegaran semasa bangun bersahur
  • pastikan badan anda terhidrat dengan Performance Drink
  • rancang pemakanan andan untuk sahur dan iftar anda dengan mengambil makanan yang memberikan tenaga berpanjangan seperti ESP Soy Protein.

 

SAKIT KEPALA

Dehidrasi yang berpuna daripada ketidakseimbangan elektrolit, kelaparan atau rehat yang tidak mencukupi boleh menyebabkan sakit kepala.

 

Solusi

Kurangkan sakit kepada.  Pastkan anda

  • kekalkan amalan diet yang sederhana dan seimbang – pastikan anda bangun untuk sahur.
  • pastikan anda mengambil Protein Soya ESP untuk tenaga berpanjangan dan rasa kenyang yang lebih lama
  • hidrat dan tingkatkan tenga dengan Performance Drink membekalkan gabungan unik elektrolit

 

DEHIDRASI

Secara semula jadi badan anda kehilangan elektrolit melalui pernafasan, perpeluhan dan pembuangan air kecil.  kehilangan yang berlebihan akan menyebabkan dehidrasi, dan pendedahan kepada haba, pengambilan air yang rendah sebelum memulakan puasa serta aktiviti fizikal akan menerukkan lagi dehidrasi

 

Solusi

Elakkan dehidrasi dengan:

  • berada di persekitaran yang sejuk
  • elakkan pendedahan berlebihan kepada haba
  • minum performance, minuman ideal yang menghidrat dan membekalkan tenaga untuk memastikan anda kekal cergas

 

PERTAMBAHAN BERAT BADAN DAN OBESITI

Anda mungkin mengalami penambahan berat badan yang tidak diingini kerana cenderung untuk makan secara berlebihan terutamanya dalam pengambilan makanan tinggi lemak.  Ini bertentangan dengan manfaat berpuasa.

 

Solusi

kekalkan berat badan optimum dengan:

  • makan secara sederhana
  • mengawal dan mendisiplinkan diri untuk mengamalkan pemakanan sihat
  • mengurangkan jurang nutrisi dengan Meal Shakes yang membekalkan 19 vitamin dan mineral penting 
  • mengambil lecithin, pengemulsi lemak semula jadi.

 

Masalah di atas serta solusi mengatasi masalah tersebut diharapkan dapat membantu kita semua.  Untuk kekal cergas dan sihat sepanjang hari semasa bulan Puasa ini, akak cadangkan agar anda di luar sana mengambil Set Berpuasa Shaklee yang akak sarankan.  Akak jamin dengan mengamalkan set ini anda akan rasakan kelainannya berbanding waktu puasa pada tahun-tahun yang lepas.  

 

Selain itu akak nak bagitahu juga.  Promosi Bulan Mei ini juga memberi peluang kepada anda di luar sana yang ingin mengambil peluang untuk kurus secara sihat sepanjang bulan Ramadhan dan tampil bergaya pada Hari Raya nanti.  Jadi rebut peluang yang ada ya cepat-cepat.

 

Itu sahaja yang dapat akak kongsikan untuk panduan bersama.  Diharapkan bulan puasa pada tahun ini kita dapat lakukan yang lebih baik disamping amalan-amalan yang wajib dan sunnah semasa bulan puasa.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *