Kebaikan Asid Folik Untuk Ibu Mengandung

By | May 15, 2018

KEBAIKAN ASID FOLIK UNTUK IBU MENGANDUNG

 

Kebaikan asid folik untuk ibu mengandung.  Hari ni akak nak kongsikan kepada anda terutama ibu mengandung dan bakal ibu untuk pengetahuan bersama.

APAKAH ASID FOLIK

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik

 kebaikan asid folik untuk ibu mengandung

MENGAPA PERLU ASID FOLIK

Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. 

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu. 

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhanti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda. 

KEBAIKAN ASID FOLIK UNTUK IBU MENGANDUNG

Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan yang kaya dengan folat: 

Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:

  • bayam, 1 cawan;
  • kacang bendi, setengah cawan;
  • asparagus, setengah cawan;
  • lentil, setengah cawan;
  • hati, 1 keping;
  • 11 batang taugeh brussels;
  • kacang mata hitam, 4 sudu makan;
  • emping bran, 7 sudu makan;
  • germa gandum, 25g / 1 aun;
  • betik sederhana besar.

Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:

  • brokoli kukus, 2 pucuk;
  • buah oren saiz besar;
  • nasi putih, setengah cawan;
  • oat, setengah cawan;
  • kacang merah, setengah cawan;
  • jagung saiz besar, 1;
  • biji bunga matahari, 1 aun.

Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit. Ingatlah bahawa asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan sedikit air sahaja. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur sebentar atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro ataupun mentah. 

Anda juga boleh mendapatkan banyak lagi idea makanan daripada pelan makanan harian kami yang mengandungi pelan pemakanan dari minggu ke minggu yang boleh anda ikuti dalam setiap trimester!

Sumber daripada Babycenter

PERSEPSI LUAR MENGENAI ASID FOLIK

Pernah dengan cerita-cerita kurang menarik mengenai asid folik?  Cerita ini dibuat dari mak-mak kita yang mengatakan bahawa jika kita mengambil asid folik baby akan besar?  Hmm dulu masa anak pertama saya dimomok dengan cerita ini.  Jadi nak makan asid folik saya selang-selangkan walhal kebaikan dia amat bagus untuk ibu mengandung

 

PILIHAN ASID FOLIK – B COMPLEX SHAKLEE

Jom kita tengok kandungan B-Complex Shaklee.

  • Lengkap dengan Kesemua Lapan Vitamin B
  • Kod Produk: 10164 (120 tablet)

 

Vitamin B memainkan peranan penting untuk fungsi tubuh kerana ia membantu menukar makanan kepada tenaga untuk sel-sel anda*

 

Keistimewaan Shaklee

 

Sistem Penyerapan Bioaktif Berpaten Asid Folik, salah satu vitamin B kritikal dan tidak mudah diserap. Maka, Shaklee membangunkan sistem penyerapan bioaktif berpaten yang menjadikan nutrien ini lebih mudah diserap untuk menyokong penyerapan. Teknologi berpaten ini adalah milik eksklusif Shaklee.

 

Nutritional Facts

Saiz Hidangan: 1 tablet (550.00 mg)

RAMUAN AMAUN SETIAP TABLET
Tiamin Mononitrat
(Menyediakan 7.73 mg Vitamin B1)
9.73 mg
Riboflavin
(Menyediakan 11.57 mg Vitamin B2)
11.81 mg
Niasiamida
(Menyediakan 132.58 mg Niacin)
134.60 mg
Piridoksin Hidroklorida
(Menyediakan 13.57 mg Vitamin B6)
16.71 mg
Asid Folik
(Menyediakan 184.30 mcg Asid Folik)
0.19 mg
Sinokobalamin
(Menyediakan 30.40 mcg Vitamin B12)
3.04 mg
Biotin
Biotin (Menyediakan 150.00 mcg Biotin)
14.99 mg
Kalsium D-Pantotenat
(Menyediakan 70.30 mg Asid Pantotenik & 6.10 mg Kalsium)
76.40 mg

 

 

 

Shaklee B-Complex membekalkan kesemua lapan vitamin B yang seimbang untuk menguatkan tubuh anda, melengkapi jurang nutrisi vitamin B.

Membekalkan kuantiti asid folik dan biotin cukup, sesuai untuk tubuh yang sihat

KKLIU 0610/2017
MAL12035068NCZ

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

KESIMPULANNYA

Baiklah.  Di atas akak dah terangkan serba sedikit mengenai kebaikan asid folik untuk ibu mengandung. Walau bagaimanapun, kepentingan untuk menjaga kesihatan adalah lebih penting.  Ibu mengandung juga perlu mendapat nutrisi yang sihat demi diri dan anak yang dikandung.  Akak juga mencadangkan agar ibu mengandung mengambil nutrisi tambahan di mana boleh didapati di dalam Set Kehamilan Shaklee

 

Jika ada sebarang pertanyaan dan berminat untuk membeli B complex atau sebarang produk Shaklee, boleh cepat-cepat whats app akak untuk sebarang pertanyaan.

 

kebaikan asid folik untuk ibu mengandung

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *