Petua Hilangkan Senggugut Dengan Berkesan

By | May 7, 2018

PETUA HILANGKAN SENGGUGUT

DENGAN BERKESAN

APA ITU SENGGUGUT?

 

Senggugut adalah kesakitan yang dialami semasa kedatangan haid.  Ianya sering menyerang wanita pada hari pertama dan kedua haid.  Namun begitu, ianya biasa berlaku di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid.

Rujukan senggugut juga boleh dilihat di myhealth

 

SIMPTOM-SIMPTOM PENYAKIT INI

 

  1.   Sakit Kepala
  2.    Letih
  3.    Muntah/mual
  4.    Berpeluh-peluh
  5.    Seram sejuk
  6.    Tidak bermaya
  7.   Sakit belakang (sepanjang kedatangan haid)
  8.   Haid yang tidak tetap

 

 

Anda mengalami simptom-simptom ini setiap kali PERIOD?

Bermacam-macam petua telah dicuba

DAH TAK TAHU NAK BUAT APA?

Jom Baca seterusnya.

 

 

PETUA HILANGKAN SENGGUGUT DENGAN BERKESAN

 

Di sini saya akan kongsikan kepada anda beberapa cara dan petua hilangkan senggugut dengan berkesan.

  1.  Rawatan alternatif
  2.  Set Senggugut Shaklee

 

Ya, akak faham bagaimana sakit dan perasaan anda ketika mengalami senggugut.  Akak juga dulu pernah mengalaminya.  Hanya tuhan dan orang yang mengalaminya sahaja faham dan tahu perasaan dan keadaan orang yang sakit senggugut. 

 

Ada yang menggambarkan sakit senggugut ni seperti sakit contraction semasa bersalin.  Bagi akak ada jugalah sakitnya macam tu.  Tapi bila kita sakit senggugut ni, keadaan seperti simptom-simptom yang akak senaraikan di atas tu memang terasa.  Perut kita rasa bagaikan dicakar-cakar dan ditoreh-toreh.  Segala aktiviti memang sukar untuk dilakukan dengan sempurna.

 

RAWATAN ALTERNATIF

 

Dulu, masa setiap kali senggugut, akak akan:-

 

  1. Pakai Stokin – sebab apa?  Sebab waktu ni kaki akak akan rasa seram sejuk.  Seluruh badan juga seram sejuk dan sengal-sengal rasanya.
  2. Badan mengerekot – Erm akak rasa semua faham kot apa itu mengerekot.  Kaki dibengkokkan sehingga ke badan untuk menahan sakit di perut
  3. Ambil botol isi air suam dan dituamkan ke perut – waktu ni rasa sakit perut tu amat lega. Kadang satu badan akak tuam juga.
  4. Mandi dengan air panas – bila badan dah rasa seram sejuk, kemudian dengan sakit pinggang dan sakit perut, apa yang akak buat?.  Bila mandi akak akan mandi air panas.  Siram je air panas rasa nikmat dan leganya walaupun perut tu masih rasa sengal.
  5. Minum air suam – waktu-waktu macam ni air suam atau air panas memang terasa lega bila kita amalkannya.
  6. Ubat tahan sakit –  tapi akak tak pernah ambil sebarang ubat tahan sakit atau ubat panadol menstrual.  

petua hilangkan senggugut

 

Selain di atas, akak nak share cara perawatan islam yang dipetik dari Rancangan Tanyalah Ustaz TV9.  Bagi anda yang beragama Islam bolehlah mencuba rawatan ini sebagai rawatan alternatif lain.

  1.  Ambil madu asli, letak depan sejadah buat solah hajat.
  2. Baca dalam madu tersebut Al-Fatihah, Ayat Qursi, Selawat dan Surah An-Nahl ayat 69
  3. Baca Ayat 69 sebanyak 21 kali
  4. Tiupkan dalam madu
  5. Ambil satu sudu madu letak dalam air suam dan minum satu kali sehari

 

Adalah lebih baik jika digunakan air zam-zam jika ada.

 

SET SENGGUGUT SHAKLEE 

 

petua hilangkan senggugut

Di dalam set ini terdapat 3 produk yang dicadangkan seperti GLA, ostematrix dan B-complex

GLA

  • Pati biji borage, iaitu biji tumbuhan yang merupakan sumber bagi GLA semulajadi
  • Pengambilan GLA boleh meringankan symptom penyakit ini.
  • Dapat mengurangkan kesensitifan payudara
  • Mengawal keinginan pengambilan makanan manis-manis

OSTEMATRIX

  • Pengambilan kalsium yang cukup dapat mengurangkan masalah penyakit ini.
  • Pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan dan emosi sebelum haid bermula.
  • Wanita yang menghidap penyakit ini juga kekurangan magnesium

B-COMPLEX

  • Vitamin B-complex khususnya vitamin B5, B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas penyakit ini.
  • Membantu mengurangkan rasa tertekan dengan vitamin B5
  • Mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita dengan vitamin B6
  • Menstabilkan para estrogen ke tahap normal

 

TESTIMONI PENGGUNA

 

Ok akak nak share satu testimoni daripada pelanggan akak yang telah ambil Set Senggugut Shaklee ini selama sebulan.  Alhamdulillah.  Adik ini gembira dan berpuas hati nampaknya.  Akak tumpang gembira dengan kesihatan yang lebih baik setelah ambil set ini daripada akak.  

Jika anda beli dengan akak, akak akan pastikan anda diberi rundingan yang terbaik buat pelanggan akak.  

 

petua hilangkan senggugut

 

 

 

petua hilangkan senggugut

 

 

Bagaimana?  Jangan biarkan senggugut ini berlarutan dan mengganggu kehidupan harian anda.  Hilangkan senggugut dengan Shaklee.  Apalah sangat wang ringgit untuk kesihatan diri sendiri berbanding jika anda sakit berlarutan.  Rawatan awal lebih baik.  Akak akan berikan konsultasi penuh jika anda membeli dengan akak.  Akak jamin dapat membantu anda menghadapi masalah ini.  Jangan lupa hubungi akak.   

Hubungi akak atau whats app 019-376.6967

 

petua menghilangkan senggugut

 

2 thoughts on “Petua Hilangkan Senggugut Dengan Berkesan

  1. ADAA

    bab guna ostematrix dengan gla tu memang membantu masalah senggugut ni. betul3 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *