CARA BERKESAN MENURUNKAN DARAH TINGGI
Cara berkesan menurunkan darah tinggi. Ya hari ini saya ingin kongsikan kepada anda mengenai tajuk ini. Perkongsian ini bukanlah sekadar perkongsian. Malah saya berharap anda di luar saya yang menghidap penyakit ini sedar akan bahaya dan tindakan yang perlu ada buat.
Sebelum ini saya juga telah kongsikan kepada anda mengenai Tips Mengurangkan Darah Tinggi.
APA ITU DARAH TINGGI?
Penyakit tekanan darah tinggi atau penyakit hipertensi adalah penyakit kronik yang boleh membawa kepada komplikasi teruk. Seramai 37% populasi Malaysia mengidap penyakit ini. Secara amnya penyakit ini tidak mempunyai penyebab khusus tetapi faktor seperti sejarah ahli keluarga yang mempunyai penyakit hipertensi, obesiti, tekanan (stress) dan diabetes telah dikaitkan kepada punca penyakit ini.
Penghidap penyakit ini lazimnya tidak mempunyai sebarang gejala (symptom) khusus. Tekanan darah yang tinggi akan menyebabkan organ-organ seperti jantung, otak dan ginjal didedahkan kepada tekanan tinggi yang kronik. Pendedahan kepada hipertensi ini akan mengakibatkan komplikasi saluran darah sempit di otak dan jantung menyebabkan stroke (angin ahmar) dan serangan jantung. Kegagalan ginjal (buah pinggang) juga boleh berlaku jika tekanan darah yang tinggi tidak dikawal. Penyakit ini boleh dielakkan dengan mengamalkan cara hidup sihat.
Sumber daripada: Myhealth
ARTIKEL MENGENAI DARAH TINGGI
BACAAN TEKANAN DARAH
Terdapat dua jenis bacaan iaitu systolik dan diastolik
- Kadar biasa untuk systolik (tekanan atas) adalah di antara 100 mmHg hingga 140 mmHg
- Kadar biasa untuk diastolik (tekanan bawah) pula adalah di antara 60 mmHg hingga 90 mmHg
Jika kadar kedua-dua bacaan tersebut sentiasa di luar kadar biasa untuk tempoh masa yang panjang, walaupun selepas anda berehat, maka seseorang itu disahkan menghidapi masalah bagi penyakit ini.
TANDA DAN GEJALA DARAH TINGGI
Penyakit ini adalah salah satu penyakit kronik yang ditakuti oleh orang ramai dan berbahaya jika tidak dikesan dan dikawal. Malah seseorang itu tidak mengetahui dirinya menghidap penyakit ini kerana tiada gejala dan tanda khusus yang dialami.
Walau bagaimanapun gejala penyakit ini adalah seperti:-
- sakit kepala yang teruk
- sakit tengkuk mungkin disebabkan oleh tekanan darah yang tinggi.
Tetapi individu yang mengalami gejala ini hendaklah berjumpa Doktor untuk mendapatkan kepastian iaitu dengan mengambil bacaan tekanan darah. Penyakit hipertensi yang tidak terkawal akan menyebabkan komplikasi stroke (angin ahmar) dan serangan jantung.
CARA MENGAWAL DARAH TINGGI
Cara untuk mengawal penyakit ini adalah:
- Mengamalkan cara hidup yang sihat seperti bersenam secara berkala.
- Amalkan permakanan sihat dan seimbang
- Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi garam dan kolestrol berlebihan
- Kekalkan jisim berat badan unggul (BMI <23)
- Pengurusan stress secara berkesan
- Tidak merokok
- Mengamalkan cara hidup aktif
- Menjalankan pemeriksaan tekanan darah secara berkala
Selain dari langkah-langkah di atas, pesakit yang menghidap penyakit ini hendaklah patuh kepada rawatan ubat-ubatan yang diberi oleh Doktor.
CARA BERKESAN MENURUNKAN DARAH TINGGI
Baiklah, saya faham di luar sana terdapat lambakan produk dan cara untuk menurunkan penyakit ini. Namun, suka saya tekankan apakah yang Shaklee dapat lakukan untuk mereka yang menghidapi penyakit ini.
APA YANG TERDAPAT DI DALAM SET INI
Dalam Shaklee ini terdapat 4 produk yang saya cadangkan.
- Vivix
- Garlic Complex
- Coq-trol
- Omega
VIVIX
Vivix Shaklee mempunyai resveratrol tinggi yang membantu dalam mengurangkan risiko penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Resveratrol dapat menurunkan trigliserida, LDL dan lemak berlebihan di dalam darah serta meningkatkan nisbah kolesterol HDL dan LDL.
Kandungan Vivix yang mengandungi resveratrol juga berperanan sebagai “pembersih pembuluh darah”, Membantu menurunkan kepekatan darah dan mencegah terbentuknya pembekuan darah.
Resveratrol yang terkandung di dalam Vivix juga dapat mencegah terbentuknya arteosklerosis (keradangan pada pembuluh darah), mencegah kekejangan pembuluh darah, mengawal bekalan darah normal ke seluruh jaringan dan organ tubuh. Ia juga dapat memperbaiki pengerasan pembuluh nadi dan tekanan darah serta mencegah penyakit yang berkaitan dengan saluran darah jantung.
Pesanan:-
Untuk mendapatkan harga vivix yang murah anda boleh klik di link berkenaan
GARLIC COMPLEX
- Menurunkan tekanan darah, menurunkan kolesterol dalam badan dan memelihara kesihatan selular. Garlic Complex dapat mengeluarkan raksa plumbum dan logam lain yang berbahaya yang merupakan antara penyebab high blood pressure
COQ-TROL
- berfungsi untuk menurunkan tekanan darah sistolik dan ianya juga baik untuk kesihatan jantung.
OMEGA GUARD
- Fungsi utama adalah membantu mengekalkan tekanan darah normal dan mencegah salur darah daripada tersumbat. Mengelakkan strok dan mencegah darah beku dalam badan
TESTIMONI PENURUNAN DARAH TINGGI
Baiklah, itulah serba sedikit mengenai Cara Berkesan Menurunkan Darah Tinggi yang dapat saya kongsikan kepada anda. Saya harap anda berpuas hati. Jika ada sebarang permasalahan atau pertanyaan boleh berhubung dengan saya.
NORAZIAH BINTI NORDIN
019-3766967
Pingback: Tekanan Darah Tinggi Semasa Mengandung
Pingback: 10 Kesalahan Perlu Dielak Semasa Mengundi ⋆ BiLa AzieYaH TaiP BLoG