Tips Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi Semulajadi

By | March 20, 2018

 TIPS MENGURANGKAN TEKANAN DARAH TINGGI SEMULAJADI

 

Tips mengurangkan tekanan darah tinggi.  Ya, kali ini saya akan mencungkil apa yang menyebabkan tekanan darah tinggi.  Kita sedia maklum rakyat Malaysia ramai yang menghidap tekanan darah tinggi ini. saya akan kongsikan kepada anda tips mengurangkan tekanan darah tinggi.  Harapan saya perkongsian ini memberi manfaat kepada anda di luar sana.

 

  Anda mempunyai masalah 

TEKANAN DARAH TINGGI?  

MASIH DIBELENGGU MASALAH INI BERTAHUN-TAHUN LAMANYA

RASA RIMAS DENGAN MASALAH TEKANAN DARAH TINGGI?

YES. ANDA BERADA DI HALAMAN YANG BETUL.

JOM BACA TIPS DARI SAYA

TEKANAN DARAH TINGGI

 

Penyakit tekanan darah tinggi atau penyakit hipertensi adalah penyakit kronik yang boleh membawa kepada komplikasi teruk. Seramai 37% populasi Malaysia mengidap penyakit tekanan darah tinggi. Secara amnya penyakit tekanan darah tinggi tidak mempunyai penyebab khusus tetapi faktor seperti sejarah ahli keluarga yang mempunyai penyakit darah tinggi, obesiti, tekanan (stress) dan diabetes telah dikaitkan kepada punca penyakit ini.

 

Pengidap tekanan darah tinggi lazimnya tidak mempunyai sebarang gejala (symptom) khusus. Tekanan darah yang tinggi akan menyebabkan organ-organ seperti jantung, otak dan ginjal didedahkan kepada tekanan tinggi yang kronik. Pendedahan kepada tekanan darah tinggi ini akan mengakibatkan komplikasi saluran darah sempit di otak dan jantung menyebabkan stroke (angin ahmar) dan serangan jantung. Kegagalan ginjal (buah pinggang) juga boleh berlaku jika tekanan darah yang tinggi tidak dikawal. Penyakit tekanan darah tinggi boleh dielakkan dengan mengamalkan cara hidup sihat

 

Sumber daripada:  Myhealth

7 TIPS MENGURANGKAN TEKANAN DARAH TINGGI

 

1.Kurangkan berat badan.

Langkah pertama yang dititikberatkan adalah mengurangkan berat badan. Di sini anda perlu mengambil inisiatif untuk mengurangkan atau mengawal berat badan. Saya cadangkan anda dapat mengurangkan berat 5kg untuk permulaan.  Ini kerana penurunan berat badan dapat memberikan impak yang ketara dan mudahkan untuk memberi kesan ubat daripada doktor.

 

2.  Bersenamlah dengan kerap. 

Dalam usaha penurunan berat badan, apa kata anda bersenam dengan kerap.  Untuk permulaan cuba untuk bersenam dalam 30-45 minit pada hari minggu. Paling kurang pun 3-4x seminggu. Pada masa yang sama ini juga bantu kurangkan berat badan.

 

3. Kurangkan pengambilan garam 

Pengambilan garam dalam pemakanan seharian perlulah dikurangkan kepada kurang daripada 2.3g sehari. Garam umpama pasir yang serap air dan tingkatkan tekanan darah. Kurangkan kicap,telur, ikan masin dan jangan tambah garam pada makanan yang sudah dihidang. Perlu diingatkan 1 sudu teh sudahpun mengandungi 2.3g!

 

4. Jangan merokok: 

Kesan nikotin rokok dapat tingkatan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga sejam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pun lebih tinggi sepanjang masa.

 

5. Kurangkan Stres. 

Dalam kehidupan seharian stress tidak dapat dielakkan. Stres kerja, duit, kesesakan jalan dan macam-macam lagi tingkatkan tekanan darah buat sementara waktu. Kalau anda mempunyai kronik stres, sudah tentu ia memudaratkan kesihatan anda dan boleh akibat serangan jantung, strok dan macam-macam lagi. Seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak dari stres yang berpanjangan.

 

6.  Amalkan diet yang lebih baik. 

Untuk jadikan anda lebih sihat dan terhindar daripada sebanyak penyakit kronik, diet seharian amatlah penting untuk mengawal dan kurangkan tekanan darah.

 

Berikut adalah beberapa tips yang anda boleh amalkan:

    • Ketahuilah keperluan kalori seharian anda. Ini boleh mengawal jumlah makanan dan pasa masa yang masa bantu anda kawal atau kurangkan berat badan.
    • Makan 5-7 hidangan sehari tapi dalam sukatan yang kecil.
    • Lebihkan serat (fiber) seperti grains, nasi perang, buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
    • Kawal kolesterol. Biasanya masalah tekanan darah tinggi, berat badan di sampingi dengan masalah kolesterol tinggi. Pastikan anda kawal tahap kolesterol anda dan elak makanan berkolesterol tinggi seperti makanan laut, organ-organ seperti paru-paru, kurangkan lemak-lemak haiwan dan tingkatkan pengambilan serat.
    • Pastikan ada sumber potassium dalam diet anda. Ia dapatkan kurangkan kesan garam pada tekanan darah. Pisang adalah pilihan potassium yang baik dan mudah didapati.
    • Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein.

 

7.  Jangan leka: 

Pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap untuk memantau keadaan kesihatan anda. Walaupun anda tidak mempunyai masalah hypertension, pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap 12 bulan sekali.

 

Selain dari langkah-langkah di atas, pesakit yang menghidap penyakit tekanan darah tinggi hendaklah patuh kepada rawatan ubat-ubatan yang diberi oleh Doktor.

3 thoughts on “Tips Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi Semulajadi

  1. Pingback: Petua Menurunkan Tekanan Darah Tinggi Semasa Hamil

  2. Pingback: Cara Menurunkan Kolestrol Dengan Cepat

  3. Pingback: Ubat Kencing Manis Paling Berkesan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *