Makanan Tambah Susu Ibu Yang Berkhasiat

makanan tambah susu ibu yang berkhasiat

 

MAKANAN TAMBAH SUSU IBU YANG BERKHASIAT

 

Hai, hari ini saya ingin kongsikan kepada ibu-ibu mengenai tajuk

makanan tambah susu ibu yang berkhasiat.  

 

Anda Ibu Menyusu?  Mengalami Masalah Penyusuan?  

Nak Menambahkan Susu Badan?

Nak Menyusukan bayi anda secara eksklusif?

 

 

Tahukah anda susu badan dianggap sebagai makanan yang ideal

untuk bayi anda.

 

Kandungan nutrien dan antibodi dalam susu ibu amat baik untuk pertumbuhan sihat bayi anda dan melindungi mereka daripada penyakit yang lazim untuk bayi.

 

Di sini saya ingin kongsikan makanan tambah susu ibu yang berkhasiat kepada ibu-ibu.  Makanan tambah susu ibu yang berkhasiat ini pasti membuahkan hasil bagi ibu yang mengamalkannya.

 

MEMPERKENALKAN

SET PENYUSUAN SHAKLEE

 

makanan banyakkkan susu ibu yang berkhasiat

 

 

KEBAIKAN SET PENYUSUAN SHAKLEE

  • Menyediakan tubuh ibu seoptimum mungkin bagi menghasilkan susu badan yang banyak dan pekat.
  • Melengkapkan keperluan nutrisi yang cukup untuk ibu dan bayi.
  • Meningkatkan antibodi ibu dan juga si comel.
  • Membantu ibu-ibu menjadi lebih bertenaga.
  • Mengelakkan kelesuan dan juga masalah sembelit ibu.
  • Memberi refleksi kulit yang lebih cantik dan glowing kepada ibu, tiada lagi wajah pucat ketika berpantang dan menyusu.
  • Membantu bayi tidur dengan lebih lena dan kurang meragam kerana susu yang pekat dan mengenyangkan.
  • Membantu memulihkan masalah eczema pada bayi.
  • Tidak lagi diserang kekejangan kaki kerana adanya ostematrix
  • Rambut tidak lagi gugur kerana adanya ESP 

dan banyak lagi kebaikan yang terdapat di dalam set penyusuan ini.

 

MAKANAN TAMBAH SUSU IBU YANG BERKHASIAT

 

Apa yang terdapat di dalam set makanan tambah susu ibu yang berkhasiat ini.  Terdapat 7 produk di dalam set ini.  Di sini saya akan terangkan serba sedikit kebaikan yang terkandung dalam set ini.

 

ESP

ESP Shaklee dengan indeks glisemik yang rendah iaitu sekitar 39, membantu ibu menyusu mendapat tenaga berpanjangan. Bagaimana indeks glisemik memberikan kesan ini?

Memahami bagaimana indeks glisemik makanan memberi kesan tahap tenaga anda boleh membantu anda sentiasa alert dan fokus sepanjang hari. Tubuh manusia menghadamkan dan metabolisme makanan dengan indeks glisemik rendah secara perlahan-lahan. Dengan itu ia menyediakan jumlah tenaga berterusan untuk tubuh.

Bagi makanan dengan indeks glisemik yang tinggi pula, makanan mudah dihadamkan dan karbohidrat akan tersedia untuk otot gunakannya dengan segera. Sebab itu selepas kita makan nasi (indeks glisemik tinggi), kita akan mudah rasa lapar sebab karbohidrat telah digunakan dengan segera.

 

VITALEA

 

Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita disyorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak.  Contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lagi.

Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

 

OSTEMATRIX

 

Kebaikkan OSTEMATRIX SHAKLEE untuk ibu menyusu:

– Bayi anda mudah lawas

– Anda juga mudah lawas

– Gigi semakin kuat dan tidak berdarah

– Tiada masalah sakit tulang belakang

– Memperbaiki masalah gastrik (ibu yang baru melahirkan selalu kesuntukan masa untuk makan)

– Membantu mengawal berat badan (mengurangkan rasa lapar akibat kekurangan glikogen)

– Menyediakan kalsium yang bermutu tinggi kepada anak

– Tiada lagi masalah kaki kejang

– Bantu perbanyakkan susu ibu

– Seimbangkan paras kalsium semasa haid

– Mencegah osteoporosis

 – Mengurangkan PMS

– Alternatif bagi ibu yang tak suka/tak boleh ambil susu laktosa

– Mengawal tekanan darah

– Menguatkan daya ingatan

– Meningkatkan kesihatan tubuh

B COMPLEX

Mengapa B complex penting dalam menjadikan seorang wanita itu kelihatan cantik? Jom baca fakta-fakta ini untuk kita tahu lebih mendalam mengenai kebaikan vitamin B complex ini.

Antaranya :-

 

  • Vitamin B membantu sebagai penenang. Ada ibu-ibu yang adakala berada dalam keadaan stress yang disebabkan oleh banyak faktor, antaranya urusan kerja, rumahtangga dan sebagainya. Maka di sini vitamin B Complex memainkan peranan yang sangat penting. Apabila seseorang ibu itu tenang, maka flow susunya juga akan lebih lancar malah lebih banyak lagi dari keadaan gelisah, atau gundah gulana.

 

  • Vitamin B Complex sangat penting dalam menukarkan makanan kepada tenaga. Tidak dinafikan ada sesetengah orang akan merasa cepat lapar akibat makan b complex namun ianya tidak akan membuatkan seseorang itu gemuk, seperti yang selalu dikatakan oleh orang tentang B complex.

 

OMEGA

Ibu menyusu dengan Omega Guard Shaklee. Apakah kaitannya? DHA yang terkandung di dalam Omega Guard Shaklee akan menyingkirkan lemak berlebihan yang tidak diperlukan oleh badan. Jadi ibu menyusu akan kekal langsing dalam tempoh penyusuan, ditambah lagi dengan kebenaran bahawa pembakaran lemak akan menjadi aktif semasa sesi penyusuan dilakukan. Gabungan inilah yang akan menghasilkan badan yang sihat dan langsing kepada ibu menyusu. Ibu-ibu akan menerima 2 pakej kebaikan iaitu badan ramping dan sihat, dapat juga menyusukan bayi.
Ada lagi rahsia kebaikan Omega Guard Shaklee ni? Bayi yang disusukan oleh ibu yang mengambil Omega Guard Shaklee juga akan mendapat kebaikan bersama, DHA akan membantu bagi mengoptimumkan fungsi otak. Otak anak akan lebih aktif dan hasilnya anak semakin pintar. 

VITAMIN C

 

7 sebab mengapa ibu menyusu perlu mengambil vitamin C Terbaik dalam kehidupan seharian.

  1. Membentuk kologen – Vitamin C dalam penyusuan susu ibu mampu merangsang pembentukan kolagen. Kolagen merupakan sebatian asas otot, tisu,gusi, rangka dan tulang rawan. Sekiranya kekurangan vitamin C kawasan ini akan cepat hilang elastik yang menyebabkan proses penuaan.
  2. Kecantikan kulit – Kulit akan lebih cerah dan kurang berlaku masalah kulit kering dengan pengambilan vitamin C secara teratur dan berterusan. Vitamin C boleh disalurkan secara konsisten bagi memastikan kulit bayi anda kekal cantik.
  3. Sebagai anti-oksidan yang kuat – Vitamin C merupakan antioksidan atau salah satu cara untuk melawan penyakit.
  4. Meningkatkan sistem imun badan – membantu membina sel darah merah dalam tubuh untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, mengukuhkan sistem imun.
  5. Membantu meningkatkan kesan pemulihan – membantu dalam penghasilan kulit baru, alergi dan memudarkan parut.
  6. Mengelakkan terjadinya insomnia – Penyusuan susu ibu kebiasaannya berkait rapat dengan kurang tidur, dengan pengambilan vitamin C ia membantu fikiran lebih tenang, kurang stress dan masalah mental seperti keresahan.

ALFALFA

Keistimewaan alfalfa dalam set penyusuan ini adalah sebagai milk booster.  Selain itu ianya juga membantu memekatkan susu ibu.  Senangkan je nak dapat milk booster.  Ambil dan amalkan anda akan dapat hasilnya.

 

TESTIMONI SET PENYUSUAN

 

Jom kita tengok beberapa feedback daripada pelanggan yang telah membeli set ini.  Yang pasti mereka yang telah membeli set ini dan mengamalkan set ini berpuas hati dengan hasil yang mereka dapat dan mereka perolehi.

 

Anak sihat, ibu pasti gembira.  Jom kita tengok.

 

makanan tambah susu badan yang berkhasiat
Feedback dari pelanggan: Nampak tak kepuasan yang terpancar dari ibu ini yang telah mengambil langkah bijak untuk mengambil set ini. Mereka gembira saya pun gembira

 

 

makanan tambah susu badan yang berkhasiat
Feedback dari pelanggan: Pelanggan ini berpuas hati dan keterujaan di dalam menggunakan set penyusuan shaklee ini. Mana tidaknya. Set Penyusuan Shaklee ini memberi kebaikan kepada ibu dan juga anak.

 

 

 

 

CIRI-CIRI SET PENYUSUAN

 

ESP

ESP adalah protin soya terbaik dalam bentuk serbuk. Ia melancarkan pengaliran susu. Mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Anak juga membesar mengikut kadar tumbesaran yang memberangsangkan.

VITA-LEA

Mengikut kajian setelah bayi berusia 6 bulan, kandungan zat besi dalam susu ibu menurun. Pengambilan Vita-Lea dapat membantu mengekalkan kandungan zat besi yang diperlukan

ALFAFA COMPLEX

penggalak susu utama. Menjadikan susu lebih creamy kerana kandungan lemaknya dan menjadikan anak cepat kenyang. Ibu juga mudah lawas dan anak tidak kembung

OSTEMATRIX

sumber kalsium magnesium. Mengekalkan paras kalsium dalam darah  dan mengelakkan susu merudum semasa haid. Memberi rasa segar berpanjangan. Bantu kekalkan tenaga.

VITAMIN C

meningkatkan imunisasi ibu. Bayi yang minum susu ibu juga mendapat manfaat imunisasi dan meningkatkan antibodi anak. Luka juga ibu cepat sembuh

 

 

TAWARAN MENARIK

 

Saya faham ibu-ibu mesti mempunyai pengalaman dan pelbagai petua untuk menambahkan susu badan.  Namun begitu demi khasiat yang lebih baik untuk ibu dan anak saya memang cadangkan anda mengamalkan mengambil makanan tambah susu ibu yang berkhasiat ini. 

 

 

Jika ibu-ibu beli set ini dengan saya, anda akan dapat

FREE MEMBERSHIP

pembelian seterusnya lebih nilai harganya

nasihat cara pemakanan set menyusu ini dengan betul

 

 

Kerana apa?  Ya, saya faham ramai ibu-ibu di luar sana ingin memberi penyusuan kepada bayi anda selama yang mungkin.  Jadi apa salahnya anda mencuba Set Penyusuan ini.  Saya pasti bila anda mengamalkan set ini hasrat dan impian ibu pasti tercapai.  Macam mana tu?  Hubungi saya segera!!!

 

019-376697

019-3766967

 

Akhir sekali, saya doakan agar ibu dapat menyusukan bayi anda di samping mendapat khasiat yang lebih baik demi kesihatan ibu dan bayi. Kebaikan susu ibu kepada bayi anda memang tidak dapat dinafikan. Dengan adanya makanan tambah susu ibu yang berkhasiat ini, dapat membantu ibu di luar sana menyusu bayi anda secara eksklusif.  Jangan lupa hubungi saya jika mempunyai sebarang masalah dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai set ini.  

 

Saya doakan ibu di luar sana berjaya di dalam mengejar impian memberi susu ibu kepada bayi anda.  Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Insya Allah.

 

 

Related posts

One Thought to “Makanan Tambah Susu Ibu Yang Berkhasiat”

Leave a Comment