Stretch Mark dan Tips Menghilangkannya

Strecth Mark dan tips menghilangkannya

 

STRETCH MARK DAN TIPS MENGHILANGKANNYA

 

Stretch Mark dan Tips Menghilangkannya.  Hari ini saya akan kupaskan mengenai perkara ini.  Stretch mark ini biasanya terjadi kepada ibu hamil.

 

STRETCH MARK?

Adalah rekahan kulit adalah parut kecil yang terjadi di permukaan kulit.  Ini adalah akibat daripada kesan regangan kulit.  Ia terjadi semasa perut ibu hamil semakin membesar. Namun begitu, ia adalah normal. Walau bagaimanapun, tidak semua ibu hamil mengalaminya.  Alhamdulillah saya dua kali mengandung dan tidak mengalaminya.

Oh, ya!  Mengikut perbualan saya bersama rakan-rakan yang mengalaminya, strech mark ini mengakibatkan ibu yang mengandung akan menggaru bahagian berkenaan.  Kenapa perlu menggaru?  Kata mereka ia mengakibatkan kegatalan yang amat sangat dan tidak tertahan.  

 

TERDAPAT 2 JENIS STRETCH MARK:-

  • Stretch mark berwarna putih dan stretch mark berwarna gelap
  • Stretch mark berwarna putih adalah stretch mark kekal. Manakala stretch mark yang berwarna kehitaman atau gelap masih boleh dihilangkan, namun bukanlah 100% dapat hilang.

 

stretch mark tips menghilangkannya
Gambar contoh stretch mark

 

Strecth mark akan membuat perut bakal ibu mula ada kesan garis yang biasanya terus kekal walaupun selepas melahirkan anak. Kesan rekahan ini biasanya terjadi di bahagian perut, payu dara, punggung, pinggul, paha dan ada juga di bahagian lengan. Tetapi ada juga ibu yang bernasib baik tidak mengalami rekahan ini.

Termasuklah saya.  Semasa hamil kedua-dua orang anak saya, tiada sebarang rekahan yang saya alami.  Alhamdulillah.

 

STRETCH MARK DAN TIPS MENGHILANGKANNYA

  1. Rajin menyapu losyen yang mengandungi minyak zaitun, minyak kelapa atau aloe vera. Tujuan losyen adalah untuk mencegah kulit daripada kering dan mencegahnya daripada merekah akibat regangan semasa hamil.
  2. Waktu paling baik menyapu losyen iaitu selepas mandi agar kulit kelihatan lebih sihat dan sentiasa lembap.
  3. Elakkan pengambilan minuman berkafein dan beralkohol yang boleh menyebabkan kulit kering. Banyakkan minum air mineral yang boleh membantu melembapkan kulit.
  4. Makan banyak buah-buahan, minum air masak, yogurt dan susu segar bagi memastikan badan sentiasa cukup bekalan air.
  5. Jika terasa gatal, jangan digaru secara kasar. Gunakan losyen dan sapu dengan lembut pada bahagian stretch mark yang gatal itu dan gosok lembut sehingga hilang rasa gatalnya.

 

 

CADANGAN DARIPADA SAYA UNTUK MENGATASI STRETCH MARK DAN TIPS MENGHILANGKANNYA

 

1. Vitamin E

adalah antioksidan yang kuat yang akan menembusi lapisan kulit kita dan membantu proses penyembuhan luka semula jadi. Menurut Teenbodybuilding.com pengambilan vitamin E sebenarnya boleh membantu mencegah daripada menjadi teruk. Vitamin E adalah antioksidan yang membantu mengekalkan kesihatan tisu kulit dan membran. Oleh itu, vitamin E adalah berkesan pada kedua-dua mencegah dan merawat.

Stretch Mark dan tips menghilangkannya

Ibu hamil tidak boleh makan vitamin E kerana ia antioksidan. Jadi ambil 1 biji capsul vitamin E dan cucuk dengan jarum dan sapukan rata ke permukaan kulit stretch mark itu. Biarkan selama 40 min dan kemudian basuh dengan air bersih. Lakukan 3 kali sehari iaitu selepas mandi waktu pagi, tengah hari dan sebelum tidur malam.

2. ESP

adalah serbuk protein dari Non GMO soya yang dapat  membina sel-sel  kulit badan.  Protein diperlukan untuk membaiki tisu dan pembinaan tisu baru. Setiap sel memerlukan protein untuk mengekalkan kehidupan. Protein juga bahan utama yang digunakan untuk menggantikan sel-sel mati. Jadi sel-sel mati di bahagian perut yang menimbulkan stretch mark dapat dibuang dengan lebih berkesan.

Strecth mark dan tips menghilangkannya

3. Vitamin C 

Jangan tak tahu bahawa Vitamin C terkenal dengan keupayaan untuk membantu menyembuhkan luka-luka kulit dan tisu parut yang rosak itu.  Nutrien dalam vitamin C adalah penting untuk kesihatan keseluruhan kulit anda. Vitamin C juga boleh diambil secara lisan atau secara topikal.

strecth mark dan tips menghilangkannya

Apa yang penting semasa mengandung, ibu hamil perlu elakkan lemak tepu dan jaga pertambahan berat badan. Jangan naik terlampau banyak berat badan kerana kegemukan memburukkan lagi rekahan di badan kita.

 

KESIMPULANNYA

Jadi macam mana dengan penerangan saya di atas.  Ada ibu-ibu yang mengalaminya.  Saya nasihatkan jangan dibiarkan lama. Nanti parut tu susah nak hilang.  Baik kita cegah sebelum terkena.  Rawat awal sebelum terlambat.  Betul tak.  Jika ada ibu yang mengalaminya jangan segan-segan untuk bertanya dan berurusan dengan saya.  Saya sedia membantu.

 

 

Related posts

Leave a Comment