Cafe Bang Chik Char Kuey Teow

By | December 7, 2016

Petang ni kami berdua saja keluar.  Anak-anak di rumah Mama Long.  En Chenta cadangkan untuk makan Char Kuey Teow.  Aiseyman… Sebagai peminat tegar Char Kuey Teow dengar je orang nak makan CKT apa lagi mestilah nak.

Tapi dulu dah pernah makan sekali kat sini.  Dulu dah pernah rasa.  CKT kat sini tak menepati tekak ku.  Huhuhu..  Jangan marah arr..  Tapi memandangkan En Chenta yang ajak, ku OK kan saja.  Manalah tau kot resepi dia dah tukar.  Lagi pun dah ada perubahan pada rupa bentuk gerai.  Dulu hanya meja-meja di luar jalanan sahaja.  Kini dah ada kedai + jerai meja di jalanan masih ada.  Bukakan hati untuk merasa..

Ku order CKT speciallah…  Sekali En Chenta pun order sama sekali.  OK 2 CKT special.  Sebelum order siap mataku memerhati keadaan sekeliling.  Sekumpulan budak India yang bertutur dalam loghat Kedah.  Ralit memerhatikan mereka.  Oh.. gerai ni di samping jual CKT ada juga menjual nasi lemak bungkus.  Sekumpulan budak India tadi semuanya mengambil sorang sebungkus.  Macam dah biasa makan nasi lemak di situ.  Sebungkus harga RM1.50.

Oh lupa pulak nak bagitau Café Bang Chik Char Kuey Teow ni di mana.  Café di terletak berdepan dengan Maybank di Pekan Alor Star.  Berdekatan juga dengan KFC.  Kalau rasa nak menyinggah itulah lokasinya ya.   Seperti mana ku maklumkan tadi, café ni dah ada kedainya sendiri.  Rupanya dalam kedai jual lain, luar kedai jual lain.  Di dalam kedai jual western.  CKT dimasak di luar kedai.  Maybe masih dalam renovation atau apa ku pun tak tahu.

Beberapa minit kemudian, order kami pun sampai.  Harga bagi sepinggan CKT special RM5.  Ok standard harga.  Bila pinggan order tu dihidangkan di depan mata.  Zasss otak ku memproses dan berkata dalam hati…. Nampak sikit dan macam biasa je rasanya.  Belum rasa tapi otak ku dah menilai…   Apa yang ada dalam CKT special ni?  Kerang, udang dan telur mata separuh masak.

Singgah je di mulut… hmm ok memang rasa so so je.  Macam sedap ku masak lagi hayooo…  Takpalah.. rezeki benda makan.  Jadi makan sahajalah.  En Chenta minta cili.  Yang sampainya cili api hijau yang di blend bersama kicap yang cair yang ditambah air. Redho jela apa yang dihidangkan.  Dengan harapan tadi kot nak dapat cili jeruk.  Tapi hampa.

Makan..makan zass zass telan dah habis sebab portionnya kecik je.  Takpala janji perut beralas.  Siap-siap bayar… cecepat ambil gambar gerai dan ku doakan moga CKT dia lebih sedap dari dulu dan sekarang.  Amin..

Cakap pasal CKT ni, dulu ada satu gerai yang sedap di Dengkil.  Dalam seminggu adalah 2 kali kami sekeluarga wajib pergi.  Aku dan anak-anaklah peminat tegar CKT ni.  Anak perempuan ku siap tapau lagi walaupun dan makan kat situ.  Tapi sayang seribu kali sayang.  Dia dah pindah le tah ke mana.  Kata dah pindah ke KL.  Moga perniagaannya lebih berjaya kat sana.  Hari tu ada makan kat Puchong.  Not bad juga.  Nanti kalau makan kat sana ku review ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *