Nasi Impit Goreng Simple Janji Kenyang

nasi impit goreng simple janji kenyang

NASI IMPIT GORENG SIMPLE JANJI KENYANG

 

Nasi Impit Goreng Simple Janji Kenyang.  Hari ni saya nak kongsikan kepada anda satu resepi.  Resepi apa tu.  Mungkin bagi sesetengah anda yang masih tak tahu resepi ni.  Ye lah. Mana taknya.  Kalau di kedai-kedai makan pun jarang menyediakan menu ni.

Korangkan pernah tak alami masalah macam ni terutamanya masa rayalah selalu terjadi.  Korang buat nasi impit tapi berlebih pulak.  Kira salah bajetlah.  Haa mesti adakan.  Jika perkara ni terjadi jangan risau. Korang boleh buat menu special dari nasi impit ni.  Akak pastilah mesti bertambah-tambah korang makan.  Upps.. kalau gumuks jangan salahkan akak ya.

Biasa waktu malam akak jarangla makan nasi.  Selalu ambil salad dan Cinch Shaklee aje.  Tapi kadang-kadang itu nak juga layan tekak.  Ye ke idak.  Jadi bagi melayan tekak ni kadang-kadang macam-macam berlegar difikiran.  

Alahai macam panjang pulak ye leteran ni.  Ok jom kita tengok apa menu tu.

Menu special ni adalah Nasi Impit Goreng.  Haa… Pernah dengar tak?  Tak pernah kan.  Kali ni akak nak bagi menu yang simple yang campak-campak kira bahan ni memang adalah di rumah.  

NASI IMPIT GORENG SIMPLE JANJI KENYANG

Bahan-Bahan

 

nasi impit goreng simple janji sedap

 

  • nasi impit (terpulang kepada anda berapa kampit yang ingin digunakan) kira lebihan la ya
  • minyak untuk menumis
  • 2 biji telur
  • cili mesin
  • serbuk perencah nasi goreng(jika suka)
  • serbuk maggi cukup rasa (jika suka)
  • garam
  • bawang putih bawang merah (untuk menumis)
  • belacan (jika suka)
  • sayur

 

Cara Memasak

  1.  Tumiskan bawang putih, bawang merah dan belacan sehingga kekuningan naik bau
  2. Kemudian ambil cili mesin 2 sudu atau ikut kepedasan yang anda mahu
  3. Setelah pecah minyak ambil telur dan pecahkan
  4. Jika suka, ambil perencah nasi goreng dan masukkan
  5. Masukkan kicap (optional) jika suka
  6. Nasi impit yang telah dipotong dimasukkan ke dalam kuali 
  7. Gaul sebati dan rasakan dengan garam dan maggi cukup rasa 
  8. Akhir sekali, masukkan sayuran yang anda suka 
  9. Siap. Hidangkan panas-panas.

 

CADANGAN TAMBAHAN RAMUAN

  • boleh masukkan ayam, sotong atau udang sebagai tambahan campuran di dalam nasi impit
  • bawang goreng dan daun bawang sebagai hiasan

 

Akhir sekali dari saya.  Jangan lupa cuba ya.  Saya pasti sekali cuba mesti nak buat lagi.  Tak susahkan.

 

 

 

Related posts

Leave a Comment