Hidup Lebih Aktif Dengan Mengambil Omega 3

By | January 17, 2018

HIDUP LEBIH AKTIF DENGAN MENGAMBIL OMEGA 3

 

Hidup Lebih Aktif Dengan Mengambil Omega 3.  Ya, Omega 3.  Terdapat pelbagai dan banyak jenis omega 3 di pasaran.  Kita hanya perlu bijak memilih dan menilai tahap keaslian sesuatu jenama.  

HIDUP LEBIH AKTIF DENGAN MENGAMBIL OMEGA 3

Sendi adalah sambungan antara dua tulang yang membolehkan anda memusingkan kepala, membengkokkan siku, menggerakkan pinggul, berjalan, melompat, dan melakukan perkara lain yang anda ingin lakukan.

Bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, terdapat sedikit kesakitan dan keperitan yang mungkin boleh menjejaskan kehidupan anda dan menyebabkan aktiviti harian tidak selesa.

Berita baik. Omega-3 terkenal dengan manfaat kesihatan dan kebaikannya untuk sendi yang sihat seperti:

Menangani keradangan

Keradangan adalah penyebab utama sakit sendi. Ia boleh menjejaskan sendi anda menyebabkan ia menjadi merah, bengkak dan sakit. Omega-3 didapati berkesan untuk menangani keradangan dengan:

– Membantu mengurangkan pengeluaran eikosanoid dan cytokine yang menyebabkan degradasi rawan serta mengakibatkan kesakitan pada sendi.

– Mengurangkan pengeluaran tandatanda keradangan yang menyebabkan keradangan.

Membantu mengurangkan kekejangan sendi, bengkak dan sakit

Oleh kerana fungsinya yang hebat dalam mengawal keradangan, Omega-3 didapati berupaya membantu mengurangkan kesakitan, kekejangan dan bengkak pada bahagian sendi.3

 

Menggalakkan pergerakan dan kelenturan sendi.

Omega-3 bergabung bersama sel yang menghasilkan rawan sendi dan ianya membantu mengawal proses biasa untuk mengekalkan ketebalan tulang rawan pada sendi anda, bagi menghasilkan pergerakan dan kelenturan sendi yang lebih baik.

 

Bertindak sebagai pelincir sendi

Pelincir sendi dihasilkan secara semulajadi oleh sel pelincir tertentu pada sendi anda. Omega-3 juga:

– Umpama seperti pelincir yang dipanggil cecair sinovial yang melindungi dan melincirkan sendi.

 – Membolehkan pergerakan sendi yang selesa.

– Membolehkan sendi yang sakit dan berkeriut bergerak dengan bebas.

Jika anda inginkan pergerakan yang selesa dan lancar, pertimbangkan pengambilan asid lemak Omega-3 sebagai sebahagian daripada diet harian anda

 

 

Rujukan

  1. James M, Proudman S, Cleland L. Fish oil and rheumatoid arthritis: past, present and future. Proc Nutr Soc. 2010 Aug;69(3):316-23. PMID: 20509981.
  2. Artemis P. Simopoulos. Omega 3 fatty acids in inflammation and autoimmune diseases. Journal of the American College of Nutrition, Vol. 21, No. 6, 495–505 (2002)
  3. Volker D et al, Efficacy of fish oil concentrate in the treatment of rheumatoid arthritis, J Rheumatol. 2000 Oct;27(10):2343-6.
  4. Moghaddami M et al, Synovial fluid and plasma n3 long chain polyunsaturated fatty acids in patients with inflammatory arthritis. Prostaglandins Leukot Essent Fatty Acids. 2015 Jun;97:7-12

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *