Gambar Kopi Cap Gantang Sedap Diambil

gambar kopi cap gantang sedap diambil

GAMBAR KOPI CAP GANTANG SEDAP DIAMBIL

Gambar kopi cap gantang sedap diambil.  Ya, gambar kopi yang saya letak di dalam blog dan di post ke FB telah diambil.  Gambar kopi tu memang saya tak letak apa-apa watermark.  Siapa tu yang ambil gambar kopi cap gantang

gambar kopi cap gantang sedap diambil

Jika dilihat pada tarikh berkenaan adalah 9 Disember 2016.

 

 

GAMBAR KOPI CAP GANTANG SEDAP DIAMBIL

Siapa tu yang ambil gambar kopi cap gantang sedap tu?  Masa tu entah kenapa ku rasa macam nak search tajuk kopi cap gantang ni.  Sebab apa?  Sebab rasa hairan juga kenapa post kopi ni naik.  Masa tu tengah-tengah search eh macam kenal gambar ni.  Tapi kenapa ada pada agrobazaaronline.

 

 

Lepas klik gambar berkenaan dan search.  Ya, betul itu gambar kopi cap gantang yang ku upload.  Terus rasa kecewa dan sakit hati.  Bagi saya jika peniaga kecil yang ambil untuk kegunaan mereka ok la.  Ya, faham peniaga kecil akan guna gambar tu sebab modal kecil.  Adakalanya mereka tiada pun produk tersebut dan hanya bergantung harap pada gambar. 

 

Masalah sekarang ni adalah syarikat yang besar.  Kurang pasti sama ada dari syarikat kopi cap gantang tu yang beri sumber atau agrobazaar yang cari sumber gambar berkenaan.

 

gambar kopi cap gantang sedap diambil

Bila search google gambar ni pun ada juga.

 

 

gambar kopi cap gantang sedap diambil

Ini antara gambar yang diambil yang diletakkan di dalam chart pembelian online. 

Tiga gambar yang sama pada harga yang berbeza.

 

 

NAK SELESAI MACAM MANA

 

Semalam saya telah menghubungi nombor yang tertera di google dengan harapan bahawa itu adalah pemilik syarikat berkenaan.  Panggilan telefon tidak diangkat.  Ok kemudian saya berhubung melalui whats app.  Pemilik nombor berkenaan mengatakan dia bukan pemilik syarikat berkenaan seperti yang tertera di google.  Dia sendiri mengatakan dia juga tertekan apabila orang menghubungi beliau dan bertanyakan mengenai kopi.

OK fine.  Cara ni pun tak dapat juga.  Saya juga telah menghantar email kepada agrobaazar untuk perkara ini.  Namun sehingga hari ni masih tiada jawapan daripada mereka.  

 

Hari ini 17 Januari saya sekali lagi berhubung terus dengan Gantang Enterprise melalui whats app.  Ya saya mohon dia keluarkan gambar berkenaan dan ambil gambar sendiri untuk perniagaan sendiri dan bukan gambar google.  Ya dia mengaku dia memang ambil gambar yang di google.  Haih.  

 

Buat masa sekarang saya perlu tunggu dan beri masa kepada Gantang Enterprise untuk mengeluarkan semula gambar yang diletakkan di Agrobazaaronline.  Kita tunggu.  

 

Peringatan untuk diri sendiri juga perlu letak watermark pada gambar sendiri.  Tak kisah peniaga kecil atau besar tetap akan ambil gambar yang ada di google untuk kepentingan diri sendiri.

 

 

Related posts

Leave a Comment