10 Cara Merawat Bengkak Susu

10 cara merawat bengkak susu

10 CARA MERAWAT BENGKAK SUSU

 

10 Cara Merawat Bengkak Susu.  Kali ini saya akan rungkaikan 10 cara merawat bengkak susu.  Saya percaya perkara ini mesti ada terjadi kepada ibu yang menyusukan bayi mereka.  Saya akan lebih fokuskan kepada ibu muda yang pertama kali menyusukan bayi mereka.

 

Penyusuan ibu adalah proses semulajadi. Walau bagaimanapun dalam 2 minggu pertama, penyusuan mungkin sukar bagi ibu terutama jika ini adalah pengalaman pertama anda. Berikut adalah beberapa masalah biasa yang dialami oleh sesetengah ibu:

  • Kebengkakkan payu dara
  • Puting melecet
  • Tidak cukup susu

 

Kebengkakkan payu dara

Sebab-sebab:

Kebengkakkan payu dara adalah disebabkan peningkatan isipadu susu yang mengakibatkan kongesi salur darah di dalam payu dara. Ia berlainan dengan kepadatan payu dara. Payu dara yang padat masih boleh ditekan, lembut dan fleksibel.

 

Tanda-tanda dan gejala:

Tanda-tanda kebengkakkan payu dara:

  • Payu dara menjadi keras dan sakit, kelihatan berkilat.
  • Bahagian areola kelihatan pejal.

 

Komplikasi/kesan sampingan:

Kebengkakkan payu dara boleh menyebabkan:

  • Kesukaran untuk bayi menyusu
  • Kesukaran untuk mengeluarkan susu

 

Sumber diperoleh daripada Masalah Penyusuan Susu Ibu

 

10 CARA MERAWAT BENGKAK SUSU

  1. Mandi air suam selama 20 minit. Tuju air suam ke bahagian payu dara.  Kemudian buat urutan secara membulat ke seluruh bahagian payudara dengan sedikit tekanan di bahagian ketulan.
  1. Isi air panas dalam botol storage susu. Golek-golekkan di bahagian ketulan sambil urut pada payudara.
  1. Lakukan urutan dari atas ke bawah, tuju ke arah tumpuk hitam(areola) di seluruh payudara.
  1. Susukan bayi sekerap mungkin. Golekkan botol air panas tadi pada kawasan bengkak semasa menyusu.  Selang selikan dengan urutan pada payudara.
  1. Jika bayi sudah tidak mahu menyisui akibat kekenyangan, pam sekerap mungkin sehingga bengkak surut. Lakukan setiap 2 jam dengan sedutan rendah.  Golekkan botol air panas tadi sepanjang sesi mengepam.  Selang selikan dengan urutan pada payu dara.
  1. Elak minum ais buat masa ini. Tingkatkan pengambilan air suam 1 gelas 300-350 ml setai 1 jam.  Lagi kerap, lagi bagus.
  1. Gunakan cara marmet(perah guna jari sendiri) apabila pam pun dah tak keluar susu. Ini kerana saluran susu tersumbat.  Marmet sangat penting ketika ini.
  1. jika kelihatan merah-merah pada kulit di bahagian payudara yang bengkak. Ini tanda anda mengalami radang payudara.  Gunakan rold compress (tuam dengan tuala sejuk/botol storage berisi air sejuk (iced water) selama 10-15 minit dulu sebelum hot impress untuk menghilangkan radang.
  1. jika mengalami radang payudara, saya sarankan anda berjumpa dengan doctor untuk pemerhatian dan rawatan lanjut.
  1. elak sebab-sebab yang menyebabkan bengkak susu terjadi kembali.

 

Baiklah, di atas adalah cara yang kita boleh buat sendiri di rumah.  Namun, saya juga mempunyai cara yang lebih selamat untuk diamalkan dan pasti bengkak susu tidak akan terjadi.  Saya cadangkan kepada anda untuk mengambil lechitin.

 

10 cara merawat bengkak susu

 

 

APA YANG LECHITIN BUAT UNTUK BENGKAK SUSU

Jika anda masih belum tahu tentang fungsi Lecithin Shaklee, Lecithin sebenarnya berfungsi sebagai emulsier ataupun kita sebut sebagai pemecah lemak secara semulajadi.

 

Fungsi Lecithin tadi itulah sebenarnya yang membuatkan Lecithin Shaklee sangat disyorkan untuk ibu-ibu yang mengalami bengkak susu.

 

Susu ibu kandungannya juga terdiri daripada lemak. Lecithin Shaklee pula membantu memecahkan dan mencairkan lemak-lemak dalam susu ibu.

 

Jadi susu yang tersumbat tadi akan dipecahkan dan bengkak susu pun hilang. Lega rasanya apabila bengkak susu hilangkan.

 

Amalkan makan secara konsisten untuk kesihatan tubuh badan, mendapatkan bentuk badan ideal dan juga untuk menguatkan daya ingatan ibu.

 

Ini sangat bagus kerana ada ibu yang mengadu mudah lupa dan sukar mengingat terutama semasa dalam pantang. Jangan risau, Lecithin ini selamat dimakan walaupun ibu dalam pantang.

 

 

10 cara merawat bengkak susu

TESTIMONI 1 MENGGUNAKAN LECITHIN

 

10 cara merawat bengkak susu

TESTIMONI 2 MENGGUNAKAN LECITHIN

 

BACAAN ALTERNATIF

Oh ya kepada ibu-ibu yang baru melibatkan diri dalam penyusuan, saya cadangkan anda rujuk di beberapa halaman:-

a.  susuibu.com

b.  babycenter.com

 

 

Akhir kata dari saya, tahniah kepada ibu-ibu yang menyusu bayi anda.  Saya harapkan anda berpuas hati dengan 10 cara merawat bengkak susu yang saya jelaskan.  Jika anda mempunyai sebarang permasalahan boleh hubungi saya.  Jika nak order cecepat whats app saya ya.  Konsultasi yang terbaik akan saya berikan.

 

Related posts

One Thought to “10 Cara Merawat Bengkak Susu”

Leave a Comment