6 Cara Menghilangkan Jerawat

By | January 4, 2018

6 CARA MENGHILANGKAN JERAWAT

6 Cara Menghilangkan Jerawat. Anda mempunyai masalah jerawat?  Tak sembuh-sembuh malah makin teruk?  Mari saya kupas apakah jerawat.

APAKAH ITU JERAWAT?

Jerawat adalah keadaan di mana terdapat bintik atau benjolan pada permukaan kulit.  Masalah kulit ini terjadi apabila liang roma tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati. Masalah jerawat boleh dikategorikan dari biasa kepada masalah yang  teruk.  Acne vulgaris termasuk bintik hitam, bintik putih, papul, nodus dan ‘cyst’ adalah di antara masalah jerawat yang paling biasa.

JENIS-JENIS JERAWAT

  • Jerawat tanpa keradangan seperti bintik hitam dan bintik putih
  • Jerawat berserta keradangan kulit dan mengandungi nanah

 

BAGAIMANA MENGHINDARI JERAWAT

  • Jangan picit jerawat
  • Jangan kerap menyentuh muka
  • Minum banyak air kosong
  • Amalkan makanan seimbang
  • Ambil vitamin secara sederhana
  • Tukar alat solek, span dan berus setiap 6 bulan sekali bagi mengelak pertumbuhan bakteria.
  • Gunakan penyegar dari bahan semulajadi seperti jus lemon, kulit pisang dan teh hijau untuk kulit yang berminyak.
  • Guna alat solek produk penjagaan diri  ‘bukan-komedogenik’.

Kredit kepada Myhealth mengenai sumber jerawat.

 

Baiklah, di pasaran sekarang terdapat pelbagai produk kecantikan yang dikatakan mampu untuk menghilangkan jerawat.  Selain itu, produk itu juga dikatakan mampu untuk memberikan kulit halus dan mulus setelah menggunakannya.  Ada juga menyakinkan pengguna dengan mengatakan produk mereka mampu memberikan kecantikan dalam masa yang singkat.

 

Kepada pengguna yang inginkan kecantikan kulit dalam masa yang singkat, mereka akan terpengaruh.  Selain itu harga yang ditawarkan juga adalah murah.

 

TERFIKIRKAH anda kesan terhadap kulit?  Bahan kimia di dalam produk tersebut amat tinggi.  Amat menyedihkan apabila diguna, ia memberi kesan terbakar pada kulit, bertambahnya lagi jerawat, kulit menjadi gatal dan lain-lain.

 

Suatu ketika dulu saya pernah terpengaruh dengan iklan satu produk tersebut.  Kononnya nak mulus seperti yang dihebohkan di dalam iklan tersebut.  Namun apa yang terjadi?  Naik rasa gatal pada kulit muka.  Kemudian menyebabkan saya garu dan seterusnya muka menjadi bengkak.  Perasaan stress pada kulit sendiri.  Bila bertanyakan kepada penjual.  Dikatanya itu proses detoks kerana sebelum ini saya memakai produk yang tinggi bahan kimia.  Ok cuba positif lagi selama 2 hari.  Makin lama tak tahan rasanya.    Maka saya bertukar kepada produk yang lebih selamat.

 

Selain daripada itu,  saya juga ingin kongsikan kepada anda semua mengenai 6 cara menghilangkan jerawat secara semulajadi atau alami.

 

6 CARA MENGHILANGKAN JERAWAT

  1. Ubi kentang
  2. Bedak sejuk
  3. Lemon
  4. Minyak kelapa dara
  5. Biji manjakani
  6. Timun

 

1. Ubi kentang

 

Ia kaya dengan vitamin dan mineral.  Selain itu, kanji dalam ubi kentang juga boleh menghaluskan kulit wajah dan hilangkan jerawat.

Caranya:  hiris kentang nipis-nipis dan tempekkan kepada kulit muka.  Kalau nak, boleh juga buat hirisan tebal dan urutkan pada bahagian berparut atau blend dan dijadikan masker.  Biarkan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum dibilas dengan air suam.

 

2. Bedak sejuk

6 cara menghilangkan jerawat

 

Bedak sejuk memang popular sebagai cara tradisional untuk menjadikan kulit halus.  Ia menyerap dapat menyerap minyak dan menutup pori.  Pori terbuka boleh menyebabkan punca terjadi jerawat.  Memakai bedak sejuk memang terbaik.

 

Caranya:  pecahkan bedak sejuk dan campurkan dengan air.  Buat pekat-pekat.  Lumur dan urutkan campuran pada kulit muka dan biarkan semalaman.  Amalkan setiap hari.  

 

Selain itu ada juga beberapa campuran yang anda boleh amalkan di dalam bedak sejuk ini.  Contohnya bedak sejuk dicampurkan dengan asam jawa dan ada juga dengan serbuk kayu manis.  Semua amalan ini adalah untuk cara menghilangkan jerawat.

 

3. Lemon

6 cara menghilangkan jerawat

 

Ia adalah asid alfa hidroksil semulajadi. Ianya adalah sejenis asid AHA yang fungsinya khusus untuk membantu kulit baru tumbuh seterusnya mengurangkan parut jerawat.

 

Caranya:  Perah sedikit jus lemon ke dalam mangkuk.  Jika kulit anda adalah sensitif, masukkan bersama sedikit air.  Kalau kulit anda tidak sensitif, maka boleh je kalau tak letakkan air.  Gunakan kapas dan sapukan ke muka dan biarkan kering.  Kemudian bilas.

 

4. Virgin coconut oil atau minyak kelapa dara

 

6 cara menghilangkan jerawat

 

 

Ia lebih berkhasiat daripada minyak kelapa biasa kerana cara penghasilan minyak yang tidak menggunakan haba.

Caranya:  titiskan minyak kelapa dara ke tapak tangan.  Urut perlahan-lahan ke muka anda dengan minyak, dan biarkan.  Biarkan setengah jam dan boleh cuci.

 

 

5. Biji manjakani

6 cara menghilangkan jerawat

 

Biji Manjakani biasanya kita dengar hanyalah untuk kegunaan dalaman wanita sahaja.  Tetapi biji manjakani juga boleh untuk hilangkan parut jerawat.

Caranya:  rebus biji manjakani sehingga air menggelegak dan menjadi pekat.  Toskan selepas ianya suam.  Kemudian blend atau tumbuk dan sapukan pada wajah atau bahagian parut jerawat.  Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih.

 

6. Timun

Timun mengandungi kadar air yang sangat tinggi, tidak lupa juga vitamin A, vitamin C dan magnesium.

Caranya:  hiris timun segar dan tempekkan pada kulit muka yang berparut.  Biarkan setengah jam, kemudian bilas dengan air sejuk.

Madu adalah segala raja makanan dan penyembuh penyakit.  Carilah madu asli kalau tak petua ni tak menjadi.

Caranya:  ambil sedikit dan urutkan pada kulit muka dan biarkan.  Agak kering boleh cuci muka.

 

 KESIMPULANNYA

Dengan adanya 6 cara menghilangkan jerawat ini, suka saya tekankan kepada anda kita perlu merawat kulit dan kecantikan dari dalam.  Macam mana tu?  Saya sarankan anda menggunakan SET KECANTIKAN SHAKLEE.

 

Seperti mana yang kita tahu, kecantikan luaran bermula dari dalam.  Jadi  jika anda amalkan dan menggunakan set kecantikan Shaklee, bersama dengan tips yang saya berikan, saya pasti kulit anda pasti mulus.  Jadi 6 cara menghilangkan jerawat ini adalah salah satu usaha jika anda menghadapi masalah jerawat.

 

Ketahui lebih lanjut di dalam Set Kecantikan Shaklee.

 

 

KENAPA PERLU BELI DENGAN SAYA 

PENGEDAR SHAKLEE PUTRAJAYA 0193766967

Kepada setiap pelanggan yang membeli dengan saya, saya akan beri konsultasi yang terbaik kepada anda.  Yang penting konsultasi ini adalah PERCUMA.  Saya komited kepada semua pelanggan yang membeli dengan saya.

Oh ya.  Saya juga merupakan seorang Crew di dalam Program Now Everyone Can Kurus di mana program ini adalah satu program kuruskan badan secara online.  Program ini mengambil masa 30 hari dan akan dipantau melalui telegram. 

Sehingga kini program ini telah bertahan selama 34 batch sehingga November 2017.  Ya telah ramai kami bantu kepada mereka yang ingin kuruskan badan secara sihat.  Kami bantu anda dari segi cara pemakanan dan juga latihan harian.  Segala tips akan diberi kepada peserta.  Mudah, menarik dan senang bukan.  Sesuai kepada mereka yang banyak memberi alasan susah untuk bersenam di luar rumah.  Mempunyai anak kecil dan tiada masa untuk bersenam. 

 

BERMULANYA SAYA DENGAN SHAKLEE

Untuk makluman semua, sebelum saya serius di dalam Shaklee saya memang telah menggunakan Shaklee.  Tapi saya bukan pengguna tegar.  Guna pun sampai vitamin tu expired.  Tidak konsisten.  Jadi mana nak dapat hasil.  Betul tak?  

Bermula 2 tahun lepas November 2015 saya telah melibatkan diri dengan Shaklee secara serius.  Kenapa serius?  Sebab waktu tu saya nak kuruskan badan.  Masa tu badan dah rasa gemuk oiii… Baju banyak sendat.  Lemak berlapis-lapis.  Bermulanya dari sini saya menjadi pengguna tegar supplemen Shaklee.  Yes dalam masa 60 hari memang terbukti berkesan kepada saya.  Saya berjaya menurunkan berat badan dari 65kg ke 54kg.  Syukur Alhamdulillah.

Bermula dari situ juga, saya dapat rasakan kehebatan kesan menggunakan supplement Shaklee.  Ya, hanya mereka yang konsisten mengguna Shaklee sahaja yang tahu kesan dan kebaikan ke atas kesihatan diri masing-masing.

 

KENALI SAYA PENGEDAR SHAKLEE PUTRAJAYA 0193766967

Nama saya Noraziah dan anda boleh panggil saya Aziah.  Anda juga boleh follow saya

 

 

 

OK.  Rasanya itu sahaja serba sedikit mengenai saya.  Jangan lupa hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan mengenai Shaklee.  

 

6-Cara-Menghilangkan-Jerawat

One thought on “6 Cara Menghilangkan Jerawat

  1. Pingback: Set Kecantikan Kulit Shaklee Bak Artis Korea - BiLa AzieYaH TaiP BLoG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *