Kehamilan Yang Memerlukan Caesarean

kehamilan yang memerlukan caesarean

Kehamilan Yang Memerlukan Caesarean

Kali ini saya ingin kongsikan kepada anda semua mengenai Kehamilan Yang Memerlukan Caesarean.  Saya antara ibu-ibu yang pernah bersalin secara pembedahan caesarean sebanyak 2 kali. 

Tidak dinafikan, semakin dekat tarikh bersalin, semakin risau bakal ibu kerana bimbang tidak boleh melahirkan bayi secara normal.

Sebenarnya ramai ibu hamil yang cukup takut kalau perlu melahirkan bayi secara pembedahan caesarean. Perkara yang akan merunsingkan fikiran mereka memikirkan kos bersalin secara caesarean yang sangat mahal.  Ini berlaku jika mereka memilih hospital swasta. Selain itu proses penyembuhan luka yang mengambil masa lama. 

Namun, ada beberapa perkara yang dihadapi oleh ibu hamil membuatkan doktor perlu memilih kaedah bersalin secara pembedahan caesarean. 

Kehamilan Yang Memerlukan Caesarean:-

  1. Bayi lambat lahir
  2. Bayi hampir lemas
  3. Kedudukan kepala bayu ditak masuk laluan kelahiran
  4. Ibu hamil bayi kembar
  5. Ukuran bayi yang terlalu besar

Bayi lambat lahir

Keadaan ini berlaku jika tempoh seminggu yang diberikan oleh doktor untuk jangkaan ibu bersalin tetapi masih tiada tanda bersalin.  Justeru proses pembedahan secara caesarean akan dijalankan.

Bayi hampir lemas

Denyut jantung bayi mengalami kenaikan dan penurunan sepanjang proses bersalin. Biasanya doktor akan menyarankan bakal ibu melahirkan secara pembedahan kerana bimbang bayi lemas.

Ini terjadi kepada diri saya sendiri bagi dua orang anak saya.  Anak pertama semasa di dalam bilik bersalin, doktor menyatakan bayi hampir lemas dan hampir makan najis.  Maka pembedahan perlu dijalankan segera.  Anak yang kedua pula, jantungnya berhenti 4 kali.  Caesarean perlu dijalankan demi keselamatan nyawa anak saya. 

Kedudukan kepala bayi tidak masuk laluan kelahiran

Keadaan ini terjadi apabila kepala bayi tidak masuk ke laluan kelahiran maka sukar untuk melalui kelahiran normal.  Di kalangan kita menyebut perkara ini bayi berada dalam keadaan songsang.

Ibu hamil bayi kembar

Salah satu keadaan sebab kelahiran caesarean perlu dilakukan iaitu jika ibu hamil bayi kembar. Bagaimanapun bukan bermakna kelahiran normal tidak boleh berlaku namun ia agak berisiko.

Ukuran bayi yang terlalu besar

Memang sukar hendak menentukan saiz sebenar bayi menjelang hari bersalin. Namun, sekiranya doktor mendapati ukuran bayi terlalu besar dan berisiko jika ibu bersalin normal maka pembedahan caesarean mesti dilakukan.

Kesimpulannya, apa pun keadaan sama ada bersalin secara normal atau caesarean, yang penting adalah keselamatan nyawa ibu dan anak.  Ibu tidak perlu risau dengan kelahiran yang perlu ditempuhi.  Keputusan daripada doktor perlu diterima kerana mereka lebih arif keadaan semasa ibu melahirkan bayi.

 

Bagi ibu di luar sana yang inginkan tenaga dan cukup nutrisi boleh baca di link Set Berpantang Shaklee

 

kehamilan yang memerlukan caesarean

 

Leave a Comment