Persediaan Untuk Memulakan Penyusuan

persediaan untuk memulakan penyusuan

 PERSEDIAAN UNTUK MEMULAKAN PENYUSUAN

 

Susu ibu adalah yang terbaik untuk anak.  Jika anda inginkan anak mendapat permulaan yang baik dalam hidup mereka, galakkan isteri untuk menyusu dengan susu ibu.  Buat ibu-ibu di luar sana, sebelum penyusuan kepada anak anda, saya ingin kongsikan persediaan kepada ibu sebelum bersalin mengenai penyusuan.

 

PERSEDIAAN UNTUK MEMULAKAN PENYUSUAN.  Antaranya ialah

 

  1. CARI ILMU

Tanpa ilmu amat sukar ibu untuk menyusukan anak.  Ilmu apa yang saya maksudkan tu?  Ilmu yang saya maksudkan ini adalah mengenai penyusuan.  Banyak yang perlu ibu tahu mengenai penyusuan.  Antaranya bagaimana untuk memperbanyakkan susu, bagaimana cara penyimpanan susu, makanan apa yang memperbanyakkan susu, faedah penyusuan dan lain-lain. 

Ilmu ini seperti ibu sedia maklum boleh dapatkan melalui media, pembacaan majalah seperti Pa & Ma dan bertanya kepada mereka yang lebih berpengalaman.

 

  1. BERGAUL DENGAN IBU YANG SUSUKAN ANAK

Selain ilmu yang boleh di google di internet.  Ibu-ibu juga boleh bergaul dengan ibu yang menyusukan anak sambil bertukar pandangan.  Ini kerana melalui ibu yang menyusu kita mudah mendapatkan tips dan pengalaman daripada mereka yang lebih berpengalaman.  Mudah juga bagi kita berbicara sesama sendiri mengenai masalah yang sama.

 

  1. SERTAI GROUP MENYUSUKAN ANAK DI MEDIA

Ibu masa kini mudah dan lebih terdedah kepada media.  Jadi sebelum bersalin ibu-ibu boleh sertai group ibu menyusu yang banyak ditubuhkan seperti di facebook.  Antara group yang ada adalah Kelab ibu hamil berpantang dan menyusu, Group ibu hamil dan menyusu.

 

  1. BERITAHU SUAMI DAN AHLI KELUARGA TERDEKAT

Kenapa kita perlu bertitahu suami dan ahli keluarga terdekat?  Saya berikan sebab ini supaya ahli keluarga terdekat boleh memberi sokongan kepada ibu-ibu untuk teruskan menyusukan anak.  Untuk menyusukan bayi kita memang memerlukan kerjasama dan sokongan dan galakan daripada mereka.

 

  1. PILIH HOSPITAL

    Bukan nak memburukkan mana-mana hospital, tetapi ibu perlu tahu ada sesetengah hospital yang akan memberi anak susu formula sebelum diberi kepada ibu untuk penyusuan.  Ada juga yang menjauhkan anak daripada ibu untuk memberi peluang ibu berehat.  Jadi terpulang kepada ibu pilihan hospital mana untuk bersalin. 

    Suka saya tekankan, jika pilihan bersalin di hospital kerajaan, mereka memang menggalakkan penyusuan susu ibu.  Namun, terpulang pada masing-masing untuk memilih yang mana terbaik untuk anda dan anak anda.

    Saya sangat bersetuju dengan hospital Kerajaan.  Walaupun kita bersalin secara pembedahan, penyusuan susu ibu tetap dititik beratkan.  Mereka akan ajar kepada kita cara yang sepatutnya walaupun kita dalam keadaan yang sakit.  Jangan risau.  Saya sendiri telah mengalaminya bagi dua orang anak saya.  Apa yang penting adalah anak kita mendapat khasiat susu kita yang pertama.

  2. SET PENYUSUAN YANG HEBAT

    Pemilihan set penyusuan adalah penting bagi ibu menyusu.  Ini kerana ia membantu dari segi penghasilan susu yang lebih berkualiti dan baik bagi bayi anda. Saya cadangkan kepada anda Set Penyusuan Shaklee di mana telah terbukti keberkesanan di dalam membantu ibu menyusu.

 

Di samping Set Penyusuan Shaklee yang saya cadangkan di atas, ibu juga boleh melakukan amalan secara semula jadi.  Apa yang dimaksudkan oleh saya ialah amalan cara membanyakkan susu badan.  Boleh baca di entry 20 makanan banyakkan susu badan.

 

Kesimpulan di sini, kepada bakal ibu di luar sana yang ingin menyusu secara eksklusif perlulah membuat persediaan untuk memulakan penyusuan dengan rapi. Pilihan terbaik adalah di tangan ibu sendiri.

Related posts

Leave a Comment