Percutian Krabi-Phuket-Hat Yai Menaiki Kancil

percutian krabi-phuket-hat yai

PERCUTIAN KRABI-PHUKET-HAT YAI MENAIKI KANCIL

 

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini saya ingin berkongsi kepada anda semua percutian Krabi-Phuket-Hat Yai dengan menaiki kancil.  Ya, kami pergi ke sana menaiki kancil sahaja.  Hebat tak?  Tapi kancil yang kami naiki ni 1.0 cc nya. Jadi nak kejar kereta-kereta besar tu bolehlah dengan kelajuan 130 ke 140/km. Percutian kali ini adalah anjuran tempat kerja Encik Suami saya.  Cadangan percutian kali ini adalah menaiki kereta dan 9 keluarga yang terlibat.  

 percutian krabi-phuket-hat yai

Bagi percutian Krabi-Phuket-Hat Yai ini, perkara yang perlu disediakan:

  1. Passport kami 4 beranak – RM600
  2. Tukaran mata wang asing THB 10 000 = RM1,277

TEMPAT BERKUMPUL

 

Tempat berkumpul ahli kumpulan percutian Krabi-Phuket-Hat Yai adalah di Padang Besar.  Semua wajib berkumpul jam 7 pagi.  Memandangkan masa berkumpul adalah adalah 7 pagi, Encik suami telah buat planning supaya kami tidur dalam kereta sahaja.  Jimat di situ tak perlu nak sewa homestay atau hotel.

Mujurlah rumah mak mertua dan rumah kami sendiri ada di Kedah.  Maka pit stop dari Putrajaya adalah di Kedah.  Kami keluar rumah jam 9 malam.  Persinggahan kami adalah makan di Kuala Perlis.  Perjalanan dari Langgar, Kedah ke Kuala Perlis adalah 1 jam 15 minit di mana perjalanan disusuli dengan hujan.  Kami makan ketam di kedai no 4.  Menu ketam berempah, sotong celup tepung, kalian ikan masin, siakap stim dan siakap tiga rasa.  Jumlah perbelanjaan makan malam di Jeti Kuala Perlis ni adalah Rm92 ringgit.  Pegang perut kekenyangan rasanya.  Kemudian kami lepak di tepi gerai di tepi jalan sambil bersembang.

 

 

 

percutian krabi-phuket-hat yai
                   Ketam Berempah… ish sedap

 

percutian krabi-phuket-hat yai
                                           Siakap steam, siakap tiga rasa

 

 

percutian krabi-phuket-hat yai
                                                      Kailan ikan masin

 percutian krabi-phuket-hat yai

percutian krabi-phuke-hat yai
                   Kali ni kami pilih gerai Ikan Bakar SM 4

PERCUTIAN KRABI-PHUKET-HAT YAI

 

Perjalanan diteruskan ke Padang Besar.  Tak ingat pula jam berapa kami berada di sana.  Mata dah mengantuk.  Encik suami cari tempat untuk berenti tidur.  Kami berenti di tepi jalan di mana situ berhampiran dengan kawasan perumahan.  Bolehla..janji tempat tu terang mata pun dah mengantuk sangat.  Azan subuh berkumandang.  Kami mencari masjid yang berhampiran untuk menunaikan solat subuh.  Sesudah menunaikan solat, rupanya ada beberapa keluarga dari group percutian ni solat di situ juga.  Maka berkumpullah kami di situ.  Kemudian mencari stesyen minyak untuk memenuhkan tangki minyak.  Kami ke Petronas Padang Besar.  Ketika itu jam 6.40 pagi.  Stesyen minyak pun tak buka lagi.  Hmm terpaksa menunggu.  Akhirnya jam 7.30 pagi baru buka dan masing-masing memenuhkan tangki minyak kereta masing-masing.  Tangki dipenuhkan RM50.

percutian krabi-phuket-hat yai

PERJALANAN PERTAMA

Sebelum perjalanan diteruskan, kami bersarapan pagi di warung tepi stesyen minyak.  Pekena pulut ayam.  Tak pernah makan seumur hidup ni.  Selalu pulut di makan dengan sambal bilis, ikan masin.  Pulut ayam ni ayam goreng + bawang goreng.  First time makan alamak takda kuah.  Rasa tak boleh jalan tu yang letak sambal ikan bilis tu. 

 

 

 

percutian krabi-phuket-hat yai
                                         Pulut ayam

percutian krabi-phuket-hat yai

Selesai bersarapan kami bertolak untuk pemeriksaan imigresen.  Selesai urusan passport dan kastam maka bermulalah destinasi kami yang pertama iaitu Krabi.  Ketua kumpulan pilih untuk ambil jalan jauh.  Kalau ikut jalan dekat perjalanan berbukit, jalan tak berapa nak cantik dan berliku.  Ok follow je.  Bermula jam 9 pagi.  Semasa perjalanan ke Krabi singgah sebentar di Trang Andaman Gateway. 

percutian krabi-phuket-hat yai
                                                                      Trang Andaman Gateway

Tempat ni masih dalam pembinaan.  Tapi setakat nak ambil gambar sebagai kenangan dengan patung-patung gajah yang sedia ada bolehlah.  Jadi ambil kesempatan singgah di sini dalam 15 minit ambil gambar sebagai kenangan. 

percutian krabi-phuket-hat yai

percutian krabi-phuket-hat yai

 

percutian krabi-phuket-hat yai
  Gambar ni kelakar. Aisyah siap kata gajah ni tengah       bagi kuasa dari gajah kecik ke gajah besar. Kuasa        sedang diberi kepada dia. Rasa nak guling-guling                                               ketawa…

Perjalanan diteruskan.  Hmm bila la nak sampai ni.  Sign board Krabi dah banyak nampak tapi destinasi tak sampai-sampai lagi.  Jam 3 waktu Thailand kami berhenti makan di Nuer Thong Grilled Chicken. 

percutian krabi-phuket-hat yai

Menu popular di sini adalah ayam grilled.  Tapi kami sekeluarga tak order pun huhu.  Masing-masing dengan nasi goreng.  Yang ambil order boleh berbahasa melayu loghat Kelantan.  Ok senang.  Jumlah makan tengahari THB 385.  Jauh perjalanan kami dan akhirnya tiba juga di penginapan.  Di Krabi kami menginap di The Krabi Forest Homestay.

TIBA DI KRABI

Menjejak kaki di dalam bilik terbau haruman yang wangi. Eh atas katil siap tuala berbentuk itik hati gitu.  Ok puas hati.  Wifi pun disediakan.  Berehat sebentar keletihan sepanjang perjalanan. 

percutian krabi-phuket-hat yai

percutian krabi-phuket-hat yai

percutian krabi-phuket- hat yai

Jam 5 petang kami keluar untuk ke pantai yang berhampiran.  Sepanjang perjalanan ke pantai banyak gerai-gerai menjual makanan dan cenderahati.  Boleh pilih yang mana berkenan.  Mandi sampai puas hati. 

percutian-krabi-phuket-hat yai

percutian krabi-phuket-hat yai

percutian krabi-phuket-hat yai

 

 

percutian krabi-phuket-hat yai
Tong air disediakan kepada pengunjung untuk basuh kasut dan kaki daripada pasir. Baguskan..

Balik ke homestay singgah beli pancake.  Pilih saja gerai yang mana berkenan di hati.  Saya order 4 pancake perisa, coklat, banana coklat, corn cheese, pineapple coklat.  Purata pancake harga THB 50. 

percutian krabi-phuket-hat yai

percutian krabi-phuket-hat yai

percutian krabi-phuket-hat yai

Mandi, rehat, solat maghrib.  Kemudian lewat malam baru kami keluar makan.  Gerai makan di tepi jalan hamper tutup.  Jam 10 malam gerai tutup.  Oh bermacam-macam makanan ada.  Tinggal pilih sahaja.  Memandangkan kami keluar lewat, maka nasi goreng saja menjadi pilihan.  Jumlah makan malam THB 220.  Beli Keychain bernilai THB 100.  Puas berjalan di sepanjang jalan Ao Nang Road. 

percutian krabi-phuket-hat yai

Ups, rupanya di malam hari ada beberapa pondan di sepanjang jalan ini.  Kurang pasti apa kegiatan mereka.  Tapi yang saya nampak siapa nak ambil gambar dengan mereka perlu bagi duit.  Yang lain-lain kurang pasti. 

Penat berjalan balik semula ke homestay dan makan nasi goreng.  Eh penuh polestrin kami dibungkusnya.  Maklumlah kami ada pelanggan terakhir gerai berkenaan.  Rezeki.  Tapi tak habis sebab banyak sangatkan.  Tak larat perut.  Tengok tv, rehat dan tidur.  Esok perjalanan ke Phuket pulak.  

Selesai hari part 1 percutian Krabi-Phuket-Hat Yai.  Saya sambung part 2 pula ya nanti.

 

 

Related posts

Leave a Comment