Tips Mencegah Keputihan Pada Wanita

TIPS MENCEGAH KEPUTIHAN PADA WANITA

 

Tips mencegah keputihan pada wanita.  Ini adalah topik yang saya akan kupas dalam artikel kali ini.  Ada pelbagai kemungkinan yang menyebabkan keputihan pada wanita.  Antaranya perubahan hormon, jangkitan kuman, faktor kebersihan dan juga disebabkan oleh jangkitan virus.  Bagi mengelakkan masalah keputihan ini terjadi, wanita haruslah mengambil berat tentang kebersihan kawasan vagina.  Kawasan vagina yang tidak dijaga kebersihannya dengan baik, akan menimbulkan masalah keputihan.

 

Berikut adalah tips mencegah keputihan pada wanita yang perlu diamalkan:-

 

  1. Bersihkan selalu organ intim anda. Bersihkan dengan menggunakan pembersih yang tidak menyebabkan gangguan kestabilan pH pada kawasan vagina.
  1. Gunakan produk pembersih yang diperbuat daripada bahan semula jadi atau pun bahan susu.
  1. Produk yang diperbuat daripada bahan susu dapat menjaga pH seimbang dan juga dapat meningkatkan bakteria baik yang diperlukan pada bahagian vagina.
  1. Elakkan penggunaan sabun antiseptik kerana ia kurang baik untuk vagina dalam jangka masa panjang. Ini kerana ia bersifat keras.
  1. Jangan menggunakan bedak yang bertujuan membuat vagina wangi atau kering. Struktur bedak sangat kecil dan halus, dan ini menyebabkan ia mudah terselit dan tidak dapat dibersihkan dengan baik.  Ia boleh mengundang datangnya kulat pada vagina.
  1. Keringkanlah selalu vagina anda selepas mandi, cuci vagina sebelum anda berpakaian
  1. Gunakan seluar dalam yang kering. Jika anda perlu berada di luar untuk waktu yang lama, bawalah seluar dalam lebih untuk diganti bila perlu.  Ini juga sesuai untuk digunakan ketika anda mahu menunaikan solat
  1. Gunakan seluar ataupun pakaian yang memiliki ruang udara yang cukup, seperti kain atau skirt. Jangan terlalu kerap menggunakan seluar yang ketat, ini akan menyebabkan pengudaraan di kawasan kewanitaan boleh terganggu.
  1. Gunakan seluar dalam dari bahan cotton ataupun jenis kain yang boleh menyerap peluh dengan baik
  1. Sewaktu datang haid, selalulah menukar tuala wanita yang digunakan. Elakkan penggunaan tuala wanita yang sama terlalu lama.  Terutamanya pada waktu aliran yang banyak.
  1. Gunakan panty liner pada waktu yang dirasakan perlu sahaja dan jangan gunakan untuk tempoh yang terlalu lama.
  1. Jika anda stress, ambil waktu bergembira ataupun bercuti. Tenangkan fikiran.  Ini kerana stress juga menjadi penyebab berlakunya keputihan
  1. Kerangkan kegiatan yang boleh membuatkan anda keletihan, kepanasan dan banyak mengeluarkan peluh. Jika sudah melakukan aktiviti tersebut, segera mandi dan bersihkan tubuh terutamanya pada kawasan kemaluan.

 

Itu adalah antara beberapa tips penjagaan daripada saya.  Kredit juga diberikan untuk Harian Metro online – Perlu Tahu Beza Keputihan.

 

Selain daripada penjagaan di atas, saya juga suka mencadangkan kepada anda untuk mengambil Set Keputihan Shaklee ini.  Di dalam set ini terdapat:-

  1.  Alfafa
  2. GLA complex; dan
  3. Garlic complex.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai keputihan, anda juga boleh baca di:- 

6 Warna Keputihan Yang Harus Anda Tahu

Cara Menghilangkan Keputihan

 

tips mencegah keputihan pada wanita

 

 

 

Akhir kata, hubungi saya jika anda mempunyai sebarang masalah dan persoalan.  

Insya Allah saya akan beri yang terbaik.

Related posts

Leave a Comment