Apa Itu Osteoporosis – Tulang Rapuh

apa itu osteoporosis tulang rapuh

 OSTEOPOROSIS

Hari ini saya akan kupas mengenai osteoporosis.  Bagi permulaan tajuk ini saya hanya akan kupas mengenai pehamanan penyakit ini.  

Makanan diet rendah kalsium, kurang olahraga, dan rokok juga dapat meningkatkan risiko untuk menghidapi penyakit ini. Amatlah penting untuk mengetahui semua penyebab osteoporosis sehingga kita dapat mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan penyakit ini dan menurunkan risiko patah tulang.

 

OSTEOPOROSIS

Osteoporosis adalah keadaan kemerosotan kepadatan normal tulang menyebabkan tulang menjadi rapuh.  Ia menyumbang kepada keadaan poros tulang dan menjadikan tulang seperti span dan rapuh dari dalam   masalah yang berlaku pada tulang rangka ini melemahkannya dan menyebabkan risiko tulang retak atau patah semakin meningkat. 

Tulang normal mengandungi protein, kolagen dan kalsium yang menjadikannya kuat  tulang yang mempunyai masalah penyakit ini pula menyebabkan tulang patah.  Keretakan boleh terjadi sama ada dalam bentuk retak (seperti pinggul retak) atau rekahan mampat pada tulang vertebra tulang belakang. 

Tulang belakang, pinggul dan pinggang adalah kawasan yang biasa mengalami retak tulang yang turut berkemungkinan berlau pada tulang rangka lain.  Dianggarkan satu daripada tiga wanita dan satu daripada 12 lelaki berumur melebihi 50 tahun kini menderita akibat penyakit ini di seluruh dunia.

SIMPTOM OSTEOPOROSIS

Penyakit ini tidak mempunyai simptom khusus melainkan berlakunya retak tulang dengan mudah.  Sesetengah retak tulang ini sukar dikesan sehingga bertahun-tahun lamanya sehinggakan pesakit sendiri tidak sedar dirinya mengalami penyakit ini sehingga mengalami retak tulang yang menyakitkan. 

Retak di bahagian vertebra tulang belakang boleh menyebabkan kesakitan teruk dari bahagian belakang hingga ke sisi badan.  Selepas beberapa tahun, keretakan tulang belakang boleh berulang dan menyebabkan kesakitan kronik bahagian belakang terutamanya di pinggang dan pinggul yang kelihatan seperti berbonggol.

apa itu osteoporosis

Keadaan tulang normal di sebelah kiri

dan 

keadaan tulang yang mengalamai osteporosis

Retakan yang berlaku secara normal dipanggil retakan trauma minimum atau retak stress.  Contohnya sesetengah pesakit yang mengalami osteoporosis boleh menyebabkan retak stress lebih teruk di kaki ketika berjalan.  Retak pinggul pula biasanya berlaku disebabkan oleh terjatuh.  Di kalangan penghidap osteoporosis, retak pinggul boleh berlaku walaupun hanya disebabkan kemalangan kecil.  Retak pinggul juga sukar dirawat kerana kualiti tulang yang teruk.

Artikel yang berkaitan boleh klik di bawah: 

Kebaikan Kalsium Ostematrix 

Related posts

One Thought to “Apa Itu Osteoporosis – Tulang Rapuh”

  1. […] Ibu hamil memerlukan kalsium yang lebih.  Kenapa ya?  Ini kerana orang kata ibu hamil makan untuk dua orang dan perlu minum susu. […]

Leave a Comment