6 Warna Keputihan Yang Harus Anda Tahu

6 warna keputihan yang harus anda tahu

6 WARNA KEPUTIHAN YANG HARUS ANDA TAHU

Keputihan merupakan cairan yang keluar dari dalam vagina.  Munculnya keputihan boleh bersifat wajar apabila terjadi dalam jumlah yang tidak berlebihan.  Namun, sebaliknya boleh jadi gejala penyakit apabila datang dengan hal-hal yang membuat diri sendiri tidak selesa.  Misalnya warna yang bukan dari biasa, bau yang tidak sedap, tekstur atau rasa sakit yang timbul di area kulit organ kewanitaan.

 

Oleh kerana itu, sebagai perempuan, setidaknya anda perlu mengetahui berbagai warna keputihan yang mungkin dihidapi pada bila-bila masa sahaja.  Warna keputihan juga berkait rapat dengan kesihatan terutama kesihatan organ intim.  Seterusnya saya akan memberitahu serba sedikit mengenai 6 warna keputihan yang harus anda tahu.

 

6 WARNA KEPUTIHAN YANG HARUS ANDA TAHU:-

1. Jernih dan elastic

Keputihan seperti ini biasanya muncul setelah berakhirnya masa mentruasi yang kemunculan awalnya bewarna agak pekat.  Cuba ambil cairan keputihan pakai jari, lalu regangkan di antara dua jari.  Jika bewarna jernih dan elastic setelah ditentangkan secara maksima, itu tanda kalau kamu sedang mendekati masa ovulasi dan keputihan ini bersifat normal.

2. Warna putih

Keputihan seperti ini muncul biasanya sebelum dan setelah masa menstruasi.  Namun anda patut berwaspada jika cairan putih yang keluar disertai rasa gatal dan bau kurang sedap seperti hamis, boleh jadi hal tersebut jadi tanda-tanda bahagian kewanitaan anda dan mengalami jangkitan kulat.  Segera berjumpa ke doktor adalah langkah tepat.

3. Warna kuning

Anda patut berhati-hati apabila cairan keputihan yang keluar dari vagina bewarna kuning.  Ini kerana organisma kuman yang tumbuh dan bersarang di sana.  Biasanya kuman-kuman masuk melalui hubungan seksual.   Bakteria vaginalis juga menjadi penyebab keputihan jenis ini.

4. Warna coklat

Biasanya keputihan yang datang dengan warna coklat terjadi pada waktu haid, kehamilan di awal, atau menopause.  Keputihan ini juga boleh jadi tanda penyakit vagina anda.  Jika keputihan bersifat abnormal, misalnya disertai dengan rasa sakit pinggang dan punggung dan bau tidak sedap, anda patut bimbang mungkin ini tanda awal penyakit kanser serviks atau pelvis inflammatory disease.

5. Warna hijau

Jika cairan keputihan muncul dalam jumlah besar dan disertai bau yang busuk juga sakit pada organ kewanitaan, kamu wajib bimbang kalau keputiahn ini menjadi gejala infeksi orang reproduksi.  Tichomonas vaginalis merupakan protozoa penyebab cairan keputihan menjadi bewarna kehijauan.  Pada tahap keputihan yang teruk, kamu akan mengalamai rasa panas dan gatal di sekitar area kewanitaan.  Penyebabnya adalah nisseria gonorrhoe atau GO.

6. Warna kelabu

Keputihan yang keluar dengan warna kelabu disertai gatal, bau tidak sedap dan bengkak kemerahan pada sekitar bibir vagina perlu dapat perhatian serius dari doktor.  Boleh jadi disebabkan oleh bakteria berbahaya.   Parahnya warna kelabu diikuti dengan darah dan bersifat encer.  Kemungkinan kamu sedang mengalami kanser.

Apapun warna keputihan yang anda alami, jika ia kelihatan tidak normal dan mempunyai tanda dengan bau atau rasa sakit, anda boleh menghubungi doktor untuk dapat diatasi dengan cepat. 

CADANGAN SAYA UNTUK MEMULIHKAN KEPUTIHAN

 

Cara mencegah Penyakit Keputihan

 

Mencegah adalah sentiasa lebih baik daripada mengubati. Pengetahuan dan kesedaran mengenai cara-cara menghindari penyakit keputihan adalah sangat penting kepada kaum wanita agar gaya hidup yang sihat dan selamat dapat diamalkan. Sebagai langkah pencegahan daripada penyakit keputihan, berikut adalah amalan-amalan yang disarankan kepada semua wanita:

 

  • Sentiasa memastikan bahagian faraj berada dalam keadaan bersih dan kering.
  • Elakkan penggunaan pembersih faraj yang menganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.
  • Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita semasa menstruasi (haid).
  • Gunakan pelapik seluar dalam (panty liner) pada saat yang diperlukan sahaja. Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada kain satin.
  • Jangan menggunakan sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj.
  • Elakkan pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
  • Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang.
  • Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.
  • Basuh bahagian sulit dengan air yang bersih dan buang air kecil selepas aktiviti seks.
  • Berjumpa dengan pegawai perubatan dengan segera dan melakukan pemeriksaan vagina jika terdapat sebarang tanda-tanda yang dinyatakan di atas.
  • Melakukan apa-apa aktiviti yang menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan seperti melancong.

Kredit diberikan kepada myhealth.gov.my mengenai sumber ini.

 

 

Apa yang saya cadangkan jika anda mengalami keputihan adalah dengan mengambil set ini.  Boleh juga rujuk di SINI (Cara Menghilangkan Keputihan)

 

 

6 warna keputihan yangharus anda tahu

 

Secara keseluruhannya penjagaan kewanitaan anda adalah penting demi kesejahteraan diri sendiri juga. Dengan pengetahuan serba sedikit mengenai 6 warna keputihan yang harus anda tahu saya harap ianya membantu.  Oleh itu jika anda ada sebarang kemusykilan dan sebarang masalah dan juga pertanyaan, boleh hubungi saya di talian yang tertera.  Insya Allah saya sudi membantu.  Jangan lupa hubungi saya ya.

Related posts

2 Thoughts to “6 Warna Keputihan Yang Harus Anda Tahu”

  1. […] Anda juga boleh  klik di sini mengenai Warna Keputihan. […]

Leave a Comment