Kalsium Penting Untuk Ibu Hamil

By | February 10, 2017

KALSIUM PENTING UNTUK IBU HAMIL

 

Ibu hamil memerlukan kalsium yang lebih.  Kenapa ya?  Ini kerana orang kata ibu hamil makan untuk dua orang dan perlu minum susu.

 

Tapi, ramai ibu di luar sana yang tidak boleh minum susu.  Alasannya..

tak lalu…

tekak tak boleh terima..

nak termuntah balik kalau minum susu…

 

TAPI… kalau tidak minum susu macam mana keperluan kalsium hendak diperolehi?

KENAPA KALSIUM PENTING UNTUK IBU HAMIL

 

kalsium penting untuk ibu hamil

 

  1. Mengelakkan kekejangan otot

Perkara ini adalah perkara biasa yang akan terjadi kepada ibu hamil.  Kekejangan otot ini berlaku tidak kira masa.  Sama ada ibu sedang tidur atau semasa melakukan aktiviti harian.  Bagi ibu-ibu di luar sana mesti anda pernah mengalami kekejangan kaki dan pelbagai ragam semasa kejadian bukan.

Bagaimana untuk mengelakkan kekejangan

  • Senaman regangan kaki. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding.  Pastikan tapak kaki melekap pada lantai.  Tahan selama lima saat.  Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.
  • Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudia tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali.  Buat pada kedua-dua belak kaki.  Kemudian, ulangan dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.
  • Cuba elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah
  • Cuba elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang
  • Mandi dengan air suam sebelm masuk tidur
  • Minum banyak air.

Sumber diperolehi di http://www.babycenter.com.my

 

  1. Menguatkan tulang ibu bagi menampung berat janin secara fizikal

Bulan bertambah bulan, berat ibu hamil semakin meningkat.  Ini bermakna ibu juga perlu menampung berat badan termasuk berat anak yang dikandung.  Maka, kekuatan tulang ibu hamil perlu supaya ibu hamil tidak merasa sakit tulang belakang untuk menampung berat yang semakin memberat.

 

  1. Melegakan sakit pinggang, tulang belakang dan kaki terutamanya apabila perut semakin membesar.

Betapa pentingnya kalsium yang mencukupi kepada ibu hamil supaya dapat mengelakkan masalah sakit pinggang, tulang belakang dan kaki.

Keadaan ini disebabkan oleh kelonggaran ligamen yang mengikat tulang dan sendi.  Ia juga disebabkan oleh postur yang kurang baik akibat kehamilan yang kian membesar.

 

  1. Melembutkan najis dan mengelakkan sembelit sepanjang waktu hamil

Masalah sembelit sering berlaku juga kepada ibu hamil.  Antara faktor yang menyebabkan sembelit bagi ibu hamil adalah rasa kerisauan, kurang pergerakan fizikal dan kurang pemakanan yang berserat. Tubuh seorang wanita hamil mengandungi hormone progrestron yang banyak dan menyebabkan usus memproses makanan menjadi lambat.

 

  1. Bekalan untuk pertumbuhan tulang dan gigi bayi yang kuat dan sihat

Semua sedia maklum.  Bayi akan menyerap semua khasiat daripada ibu hamil untuk tumbesaran.  Jadi amat penting ibu hamil mengambil kalsium yang secukupkan bagi pertumbuhan tulang dan gigi bayi mereka agar kuat dan sihat.

 

TESTIMONI

 

kalsium penting untuk ibu hamil

 

 

 

kalsium penting untuk ibu hamil

 

 

 

kalsium penting untuk ibu hamil

 

 

 

 

kalsium penting untuk ibu hamil

 

 

 

PROMOSI

 

kalsium penting untuk ibu hamil

 

 

Pisstt… saya nak bagitau anda semua.  Ostematrix ada promosi bulan ni.  Apa kata anda cuba untuk kesihatan diri sendiri.  Lebih baik juga jika anda hadiahkan kepada orang tersayang.  Saya pasti jika anda mengamalkannya anda dapat rasakan perubahan di dalam diri anda. 

 

Oh, ya!  Saya dah amalkannya.  Anda bila lagi.  Jangan tunggu sehingga promosi habis.  Menyesal nanti.  Jangan lupa hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan ya.  

 

 

kalsium penting untuk ibu hamil

One thought on “Kalsium Penting Untuk Ibu Hamil

  1. Pingback: Tips Untuk Mengawal Mabuk Hamil - BiLa AzieYaH TaiP BLoG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *