Sembelit Selepas Bersalin Cara Mengatasinya

Sembelit selepas bersalin

SEMBELIT SELEPAS BERSALIN

 

Sembelit-selepas-bersalin
Perkara yang merunsingkan jika terjadi kepada ibu-ibu

 

Sembelit selepas bersalin.  Anda pernah mengalaminya?  Mungkin ada yang mengalaminya setiap kali tempoh selepas bersalin. Ngerinya dengar.

 

MAKSUD SEMBELIT

 

Sembelit ialah apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit. Setiap orang pernah mengalami sembelit dalam kehidupan mereka dan selalunya ia disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak baik.

Kredit kepada portal Myhealth

 

Oh, saya juga pernah mengalaminya semasa lepas bersalin anak yang pertama.  Memang sangat menyeksakan dan sedikit sebanyak mengganggu emosi saya ketika sedang berpantang. Saya berada dalam tandas berjam-jam sampai kebas kaki saya dibuatnya.  Saya berpantang di rumah mak saya sendiri.  Bayangkan tandas pula adalah tandas menyangkung. Amatlah seksa rasanya.  Mesti anda nak tahu apa tips untuk elakkan sembelit ni kan.  Jom baca seterusnya.

 

PUNCA SEMBELIT SELEPAS BERSALIN

Dari pengalaman dan pembacaan saya, ini antara kenapa saya boleh sembelit selepas bersalin. Punca sembelit selepas bersalin adalah kerana pergerakan najis di dalam usus menjadi perlahan.  Faktor yang menyebabkan usus kita menjadi perlahan adalah seperti berikut:

 

  • Otot pada abdomen menjadi kendur menyebabkan tekanan pada dalam abdomen menjadi lebih rendah dari biasa.

 

  • Otot pada saluran usus mengendur kerana kadar hormone progestrerone yang tinggi semasa hamil dulu.

 

SEBAB LAIN KENAPA SEMBELIT SELEPAS BERSALIN

 

Adalah biasa jika anda tidak dapat membuang air besar selama beberapa hari pertama selepas melahirkan bayi. Kira-kira 20% ibu-ibu mengalami sembelit selepas melahirkan.

Di hospital, anda mungkin tidak rasa hendak membuang air jika anda diberi enema semasa peringkat awal kelahiran. Ada juga sebab-sebab fizikal anda mungkin tidak boleh membuang air besar:

 

  • Jumlah hormon progesteron yang tinggi dalam badan anda semasa hamil boleh menyebabkan sembelit.

 

  • Sistem pencernaan anda berfungsi dengan lebih perlahan semasa proses kelahiran.

 

  • Ubat yang diberi untuk kelegaan sakit semasa proses kelahiran, seperti petidina boleh menyebabkan usus anda berfungsi lebih lemah.

Kemungkinan masalah membuang air besar lebih tinggi jika:

 

  • melalui kelahiran dibantu, seperti forseps atau ventouse;
  • mengambil pil zat besi yang boleh menyebabkan sembelit;
  • mengalami koyakan yang teruk semasa melahirkan.

Kredit kepada halaman babycenter mengenai sembelit 

 

 

Itu melalui pembacaan.  Ini adalah pengalaman saya pula. Saya akui saya kurang minum air.  Mak saya kata, dalam pantang tak elok minum air banyak-banyak.  Tapi zaman-zaman dulu kalau berpantang memang tak digalakkan minum air banyak kerana ditakuti perut buncit dan saluran faraj berair. Pengambilan jamu atau akar kayu yang bersifat panas juga menyebabkan badan kekurangan air, sekaligus menyebabkan sembelit.

 

Setiap hari saya hanya makan ikan kering campur nasi putih sahaja. Saya memang tidak mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan kerana takut sejuk.  Kata mak saya. Padahal ianya penting kerana mempunyai serat yang tinggi dan ia membantu untuk mengelakkan sembelit.

 

Untuk anak yang kedua pula,  saya berpantang sendiri.  Bila dah ada pengalaman sebelum ini, jadi pemakanan tu saya jaga dengan sebaiknya.  Semasa berpantang saya banyakkan sayur-sayuran hijau seperti sup sawi.  Hari-hari menu sup sawi pun takpe.  Nasiblah saya ni bukan jenis jemu.  Buah pula saya ambil oren.

 

Sekarang ibu-ibu semua dah tahukan penyebab anda sembelit. Jadi mari saya kongsikan pula bagaimana nak mengatasi masalah ini.

 

 

TIPS MENGATASI SEMBELIT SELEPAS BERSALIN

 

  1. Banyakkan minum air. Ia bukan sahaja dapat mengatasi sembelit, tetapi dapat juga mencegah jangkitan pada pundi kencing. Selain itu, dengan banyakkan minum air dapat membantu penghasilan susu ibu yang banyak. Kekurangan air akan menyebabkan luka lambat baik dan juga air susu menjadi kurang.

 

  1. Makan makanan yang kaya dengan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin C juga amat digalakkan bagi mempercepatkan penyembuhan luka.

 

  1. Jika terasa ingin membuang air besar segeralah ke tandas. Ketahuilah, lebih lama anda menahan, lebih keras najis dan akan menyebabkan keadaan menjadi lebih sukar.

 

  1. Lakukan banyak pergerakan seperti berjalan dan senaman ringan kerana ini akan memudahkan anda membuang air besar.

 

  1. Pengambilan supplement juga dapat membantu. Ibu digalakkan berpantang dengan OSTEMATRIX, mengandungi Kalsium dan sangat diperlukan untuk membantu pergerakan otot-otot badan yang lancar. Pengambilan kalsium yang mencukupi akan dapat melancarkan pergerakan usus besar sekaligus membantu mengatasi masalah sembelit. Selain itu, kadar keperluan kalsium seorang ibu menyusu juga lebih tinggi berbanding yang tidak menyusu. Maka ianya sangat sesuai untuk diamalkan setiap ibu di dalam pantang.  Ia juga mengandungi Magnesium di mana ia bersifat laksatif. Magnesium melembutkan najis sekaligus memudahkan pembuangan.

 

sembelit-selepas-bersalin

 

TESTIMONI 

 

Bersama ini saya sertakan testimoni-testimoni yang telah mengambil ostematrix semasa mereka berpantang dan mengalami sembelit.

 

sembelit-selepas-bersalin

 

 

sembelit-selepas-bersalin

 

sembelit-selepas-bersalin

 

 

PENGEDAR SHAKLEE PUTRAJAYA

 

Ahaaa… macam mana dengan keterangan dan testimoni-testimoni semua tu.  Berminat tak untuk mencuba dan mengetahu kebaikannya.  Jom beli dengan saya.  Segala tips dan rahsianya saya akan berikan kepada anda yang membeli dengan saya.  Bukan masalah sembelit sahaja dapat diselesaikan.  Banyak juga kebaikan ostematrix yang anda perolehi jika mengambil ostematrix ini.

 

Jadi apa tunggu lagi.  Hubungi saya segera untuk kesihatan diri anda.

 

 

sembelit selepas bersalin

Related posts

One Thought to “Sembelit Selepas Bersalin Cara Mengatasinya”

Leave a Comment