Cara Hilangkan Bengkak Susu

cara hilangkan bengkak susu

CARA HILANGKAN BENGKAK SUSU

 

Bagi setiap ibu penyusuan kepada bayi amatlah penting. Cara memperbanyakkan susu badan juga memainkan peranan penting bagi ibu-ibu menyusu badan. Ibu-ibu juga boleh melawat dan membaca mengenai penyusuan dan bayi di halaman babycenter untuk menambah ilmu yang sedia ada.  Bengkak susu kerap kali dialami oleh ibu yang baru melahirkan.  Biasanya selepas seminggu bersalin, susu ibu akan menjadi semakin banyak.

 

Tanda-tanda anda mengalami bengkak susu ialah apabila payudara berasa sangat membengkak, sakit, berdenyut, terasa berketul serta berasa penuh, berat dan tidak selesa. Kadang-kala bengkak itu sampai ke bawah ketiak.  Jika bengkak itu agak serius, anda juga mungkin akan mengalami demam. Walaubagaimanapun, keadaan ini adalah bersifat sementara sahaja.  Maka, di sini saya ingin kupaskan lebih lanjut bagaimana Cara Hilangkan Bengkak Susu.

 

 

cara hilangkan bengkak susu badan

 

Bila sebut sahaja bengkak susu, ibu yang pernah mengalaminya pasti akan berkata:-

 

kalau boleh tak nak kena lagi!!!

 

aduh, sakitnya!!

 

Saya juga pernah mengalaminya semasa anak pertama.  Tuhan sahaja yang tahu sakitnya.  Rasa macam nak cabut sahaja.  Tapi apakan daya.  Kira pada masa tersebut, saya tiada pengalaman dan pengetahuan mengenai bengkak susu.  Dalam beberapa hari kena bengkak susu, saya demam.

 

Pada masa tersebut, mak saya pun tidak dapat membantu kerana beliau sendiri tiada pengalaman.  Beliau ada mengatakan cara hilangkan bengkak susu dengan sikat tapi tiada kesungguhan di situ.  Merananya saya pada masa tersebut.  Masa tu juga suami saya tiada kerana berkursus.  Masa tu jugalah nak balik kampung nak tunjuk baby kat nenek.  Ya Allah, betapa azabnya sepanjang berjalanan menaiki van.  Dengan keadaan ayah saya yang baru pandai bawa van.

 

Selain daripada hisapan secara langsung daripada bayi, apa kata jika kita cuba beberapa tips dan petua untuk kurangkan bengkak susu ini.

 

Di sini, saya berikan tips dan petua bagaimana Cara Hilangkan Bengkak Susu.

  • Bra sokongan

    Pastikan kita mengenakan bra menyusu yang dapat menyokong payu dara pada waktu malam. Jangan terlalu longgar atau terlalu ketat.

 

  • Susukan bayi dengan kerap, selang 2 – 3 jam sekali

    Kalau bayi tidur, tidak salah untuk mengejutkan bayi agar menyusu.  Ya, memang macam kepenatan pada waktu malam untuk bangun menyusu, tetapi ia lebih baik daripada terjadinya bengkak susu.  Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara.

    Jika bengkak, mungkin bayi agak susah untuk menyusu dengan betul, lekapan pada areola mungkin sukar.. jadi cuba perah dengan tangan/pam susu perlahan-lahan agar areola menjadi sedikit lembut. Dengan itu, bayi lebih mudah untuk melekap dan menyusu dengan betul.

 

cara hilangkan bengkak susu

 

  • Boleh juga menggunakan tuala yang di tuam dengan air panas.

    Air panas merangsang pengeluaran susu. Tuam tuala tadi di dada atau boleh juga mandi air suam.  Insyallah, boleh.

 

  • urut payu dara

    Ketika bayi tengah menyusu, apa kata kalau kita urut payu dara yang dihisap bayi tadi perlahan-lahan, ianya akan membantu pengeluaran susu.  Ia akan melancarkan pengeluaran susu sekaligus mengurangkan bengkak susu itu sendiri

 

  • pam payu dara

    Jika payu dara terlalu penuh, apa kata pam ia secepat yang mungkin. Jangan tunggu hingga ia mula membengkak.   Secara tidak langsung ianya boleh menambahkan stok susu kita.  Susu yang berlebihan, tidak memudaratkan jika kita pam ia keluar.  Malah ia akan menyihatkan kita dan  terhindar dari bengkak.  Apa yang penting untuk kita tahu, penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika ibu mengepam lebih daripada keperluan bayi. Jadi sebab itu baik untuk kita sediakan jadual mengepam yang konsisten.

 

  • Gunakan sikat.

    Ya sikat rambut.  Sikat perlahan-lahan payu dara kita dari arah atas hingga ke puting, berulang-ulang.. Insyallah, aliran susu kita akan lancar semula.

 

  • Daun kubis

    Pun boleh membantu.  Ambil kubis dan tekup pada payu dara yang membengkak.  Daun kubis ini bagus kerana ia agak sejuk.  Tapi cara ini buat sekali sekala sahaja kerana kubis tidak bagus digunakan untuk setiap kali bengkak susu.  Ia boleh menyebabkan SUSU kita menjadi KERING.

  • cara hilangkan bengkak susu
  • cuka

    Ambil cuka makan dan campurkan dalam mangkuk.. ambik kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara. sapu sekeliling sahaja ye, hindarkan dari terkena puting. Sapu setiap kali bengkak hingga ia sembuh

 

  • Daun sirih dan minyak zaitun

    pun boleh kurangkan bengkak susu tau.. banyak khasiat daun sirih ni..ambil daun sirih, layur pada permukaan panas, macam kita layurkan daun pisang tu.. opps lupa pula, sapukan minyak zaitun pada daun sirih sebelum dilayur.. apabila daun tersebut sudah suam-suam panas, tekuplah pada payu dara yang membengkak tu… ianya sangat-sangat membantu melancarkan semula pengeluaran susu dan mengurangkan rasa sakit akibat bengkak.

cara hilangkan bengkak susu

 

  • Jumpa doktor

    Akhir sekali, jika sudah tidak tertahan sakitnya, teruslah berjumpa doktor.  Kalau nak tahu, ada juga bengkak yang sampai tahap perlu dibedah untuk mengeluarkan susu yang berbaki.  Ada juga yang terpaksa mengambil ubat untuk menghentikan pengeluaran susu.

 

Nasihat saya, mungkin kepada ibu yang baru, jika terjadinya bengkak susu, jangan dibiarkan.  Ibu-ibu perlu ada pengetahuan mengenai penyusuan bayi dan ini amat penting bagi kepentingan dan kesihatan ibu serta bayi.

 

 

 

 

Related posts

One Thought to “Cara Hilangkan Bengkak Susu”

Leave a Comment