6 Petua Banyakkan Susu Badan

6 PETUA BANYAKKAN SUSU BADAN

Alhamdulillah kerana anda adalah merupakan ibu yang menyusukan badan bagi anak anda.  Di sini saya ingin kongsikan 6 Petua Banyakkan Susu Badan.  Ya, saya faham ibu-ibu di luar sana mungkin mempunyai masalah di dalam menyusu badan secara efektik.  Namun demikian,  saya ingin kongsikan petua ini agar ibu-ibu di sana dapat banyakkan susu badan untuk kepentingan anak-anak anda.

  1. Kerapkan menyusu atau mengepam

Susukan bayi sekurang-kurangnya 3 jam sekali. Sama juga dengan rutin memerah susu (jika berpisah dengan bayi).

 

  1. Pam pada waktu malam

Jadikan amalan mengepam pada waktu malam sebagai rutin. Hormon prolaktin banyak dihasilkan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi.

 

  1. Jangan tunggu penuh

Elakkan daripada tabiat menunggu payu dara penuh sebelum menyusukan bayi ataupun mengepam. Yakinlah, payu dara sentiasa mengandungi susu. Apabila dikosongkan, tubuh akan berusaha untuk menghasilkan lebih banyak susu.

 

  1. Minum banyak air

Ibu perlu minum banyak air kosong sepanjang tempoh penyusuan. Ibu digalakkan minum 3 liter air setiap hari.

 

  1. Menyusu atau mengepam lebih lama

Jangan hadkan masa setiap kali menyusu atau mengepam. Biarkan bayi menyusu sepuas-puasnya sebelum tawarkan payu dara yang lain. Sewaktu memerah pula, ambil masa antara 15-20 minit bagi setiap payu dara. Pastikan payu dara benar-benar kosong sebelum berhenti memerah.

 

  1. Amalkan supplement untuk menambah susu badan

Kepada ibu-ibu yang menyusukan badan, saya cadangkan anda mengamalkan Set Penyusuan Shaklee.  Kenapa saya cadangkan set ini?  Ini disebabkan telah ramai testimoni yang berjaya menyusukan anak-anak mereka secara efektif.  Kita berusaha sedaya upaya untuk yang terbaik bagi anak-anak kita.

Insya Allah jaminan saya, susu ibu-ibu akan lebih banyak, tempoh menyusu badan yang lebih lama dan anak cepat kenyang jika mengamalkan set ini.

Selain mengamalkan Set Penyusuan Shaklee, anda juga boleh amalkan makanan yang menambahkan susu badan.

Apalah sangat wang ringgit berbanding kesihatan anak di dalam proses penyusuan.

 

Akhir kata daripada saya,  semoga berjaya di dalam penyusuan ibu yang lebih efektif.  Jangan lupa calling saya jika ada sebarang pertanyaan.  Saya sedia membantu.

 

 

 

 

 

Related posts

Leave a Comment