20 Makanan Untuk Banyakkan Susu Ibu

20 makanan untuk banyakkan susu ibu

20 Makanan Untuk Banyakkan Susu Ibu

 

Penyusuan susu ibu amat penting kepada bayi. Ibu yang menyusukan bayi sama ada secara eksklusif ataupun tidak, perlu berusaha sepenuhnya untuk memenuhi keperluan bayi masing-masing.

Di sini saya ingin kongsikan 20 makanan untuk banyakkan susu ibu.   Di dalam penyusuan susu ibu memang memerlukan sokongan bahan lain juga.  Berikut adalah makanan yang boleh membantu memperbanyakkan susu ibu.

 

20 MAKANAN UNTUK BANYAKKAN SUSU IBU.

 

1 – Jantung Pisang

20-Makanan-Untuk-Memperbanyakkan-Susu-Ibu

Amalkan memakan jantung pisang celur. Jantung pisang yang dicelur enak dimakan dengan sambal belacan. Ia bukan sahaja sedap malah ia membantu menambah susu ibu.

Selain celur, jantung pisang ni boleh buat kerabu.  Jangan tak tau ya.  Sedap tau.  Boleh bertambah-tambah nasi.  

 

2 – Lobak Putih

Kikis lobak putih dan parut. Campur lobak putih dengan 1 gelas air panas dan biarkan sehingga suam. Minum 2 kali sehari.

Kalau anda tak lalu nak minum,  lobak putih ni boleh digoreng dan buat sebagai sayuran biasa makan bersama nasi.

 

 3 – Pucuk Daun Betik

20-makanan-untuk-banyakkan-susu-ibu

Pucuk Daun Betik memang sedap dibuat ulam walaupun rasanya sedikit pahit. Cicah dengan sambal belacan. Ia berupaya menambah susu badan.

Jika anda tak tahan dengan rasa pahit daun betik ni, saya ada tips untuk hilangkannya.  Semasa rebus daun betik ni boleh letakkan asam keping semasa rebus.  Selain tu kalau kita duduk di kampung boleh masukkan tanah liat semasa merebus.  Tanah liat ni nenek saya yang bagitahu tipsnya.  

Saya harap tips ni membantu.

 

 4 – Longan Kering

Longan yang kering yang biasa boleh didapati di kedai singseh elok diamalkan. Rebus longan kering dalam anggaran 1 cawan kecil dengan beberapa cawan air (3 – 4 cawan air).  Biar sehingga longan tersebut kembang. Minum air rebusan tersebut.

 

 5 – Daun Sirih

Daun sirih boleh menambah susu ibu yang sedikit dan kurang lancar. Ambil daun sirih dan sapu dengan minyak kelapa. Layurkan daun tersebut pada api dan tekap pada sekeliling payudara anda.

 

6 – Kerap Menyusukan Bayi

 Semakin kerap anda menyusukan bayi, semakin banyak susu yang akan terhasil. Galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan hingga 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin menghasilkan lebih banyak susu.

 

7 – Kepelbagaian Ulam

Orang Melayu lama mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Antara jenis makanan yang dipercayai dapat menambah susu ialah ulam-ulaman.  Antaranya ialah seperti cekur manis, pegaga, peria, ulam raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lobak putih.

 

8 – Halba

 

20-makanan-untuk-banyakkan-susu-ibu

Rempah halba boleh menambahkan pengeluaran susu. Cuci halba dengan sempurna dan keringkan. Kemudian, simpan dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari.

 

9 – Jintan Hitam

Jintan hitam juga boleh menambahkan pengeluaran susu. Cara pengambilannya sama seperti halba.

 

10 – Memperbanyakkan minum air kosong

Anda perlu minum air sehingga 8 gelas sehari. Yang paling penting anda perlu minum air kosong mengikut keperluan tubuh. Selain daripada air kosong, anda juga boleh mengambil minuman lain seperti susu dan air kacang soya.

 

11 – Urutan Payudara

Kerap melakukan urutan payudara ketika sedang mandi atau beberapa kali sehari. Lebih afdal jika anda meminta suami anda urutkan. Di samping itu, perhatikan diet anda. Jangan memakan makanan segera atau minuman berkafein. Ia tidak sihat untuk ibu dan bayi. Amalkan lebih banyak memakan buah-buahan dan sayur-sayuran.

 

12 – Sengkuang

 Kisar buah sengkuang dan rebus dengan sedikit gula. Minum air sengkuang selalu.

 

13 – Minyak Kelapa 

Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian, layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payudara anda. Amalkan setiap hari.

 

14 – Bunga Melur

20-makanan-untuk-banyakkan-susu-ibu

Ambil bunga melur dan giling hingga halus. Tampalkan padal sekeliling payudara anda di waktu pagi sebelum mandi.

 

15 – Daun Betik 

 Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum 2 atau 3 kali sehari.

 

16 – Daun Kubis

 Ambil 2 kelopak daun kubis bulat dan tekap pada payudara anda. Anda juga boleh lenyek-lenyekkan kelopak daun kobis bulat tersebut dan tampalkan pada payudara. Petua ini juga boleh mengurangkan bengkak susu semasa dalam pantang.

 

17- Bubur Kacang

Bubur kacang hijau dicampurkan dengan beras merah baik untuk memperbanyakkan air susu badan serta memekatkan susu ibu.

 

18 – Daun Kucai

Ambil daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus. Amalkan memakannya bersama nasi.

 

Pilihan 19:

Ambil petola, bayam dan daun turi . Masak lemak manis dan amalkan selalu sewaktu makan tengah hari.

 

Pilihan 20:

Sayur bendi dibuatkan sebagai ulam dan cicah dengan sambal.

 

Selesai senarai 20 makanan  untuk banyakkan susu ibu.  Diharapkan panduan ini dapat membantu ibu-ibu di luar sana dalam membanyakkan susu badan.  Penyusuan susu badan amat baik untuk tumbesaran anak anda.  Jadi, jangan lepaskan peluang ini dengan mengamalkan 20 makanan untuk banyakkan susu ibu.

 

PILIHAN ALTERNATIF

Di samping 20 makanan untuk banyakkan susu ibu yang telah saya senaraikan di atas, saya juga ingin mencadangkan kepada ibu-ibu supaya mengambil Set Penyusuan Shaklee Lengkap untuk memperbanyakkan lagi susu ibu.  Di samping itu, di dalam set itu juga saya percaya susu ibu-ibu akan lebih mendapat khasiat. Saya jamin susu akan lebih pekat dan anak cepat kenyang.

Jika ibu mempunyai masalah bengkak susu, saya syorkan untuk membaca diruangan berkenaan.

Akhir kata dari saya, saya doakan ibu-ibu berjaya di dalam menyusu anak masing-masing supaya anak lebih bijak dan cergas.  Wassalam..

 

BACAAN ALTERNATIF

Oh ya kepada ibu-ibu yang baru melibatkan diri dalam penyusuan, saya cadangkan anda rujuk di beberapa halaman:-

a.  susuibu.com

b.  babycenter.com

 

 

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

 

 

Saya adalah salah seorang pengedar Shaklee di Malaysia.  Apa yang ada di website Shaklee anda juga boleh hubungi saya untuk pembelian atau sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee.  

Jika ingin jana pendapatan bersama Shaklee pun boleh juga bertanya kepada saya. InsyaAllah saya akan beri yang terbaik kepada anda.

KENAPA PERLU BELI DENGAN SAYA 

PENGEDAR SHAKLEE PUTRAJAYA 0193766967

Kepada setiap pelanggan yang membeli dengan saya, saya akan beri konsultasi yang terbaik kepada anda.  Yang penting konsultasi ini adalah PERCUMA.  Saya komited kepada semua pelanggan yang membeli dengan saya.

Oh ya.  Saya juga merupakan seorang Crew di dalam Program Now Everyone Can Kurus di mana program ini adalah satu program kuruskan badan secara online.  Program ini mengambil masa 30 hari dan akan dipantau melalui telegram. 

Sehingga kini program ini telah bertahan selama 34 batch sehingga November 2017.  Ya telah ramai kami bantu kepada mereka yang ingin kuruskan badan secara sihat.  Kami bantu anda dari segi cara pemakanan dan juga latihan harian.  Segala tips akan diberi kepada peserta.  Mudah, menarik dan senang bukan.  Sesuai kepada mereka yang banyak memberi alasan susah untuk bersenam di luar rumah.  Mempunyai anak kecil dan tiada masa untuk bersenam. 

BERMULANYA SAYA DENGAN SHAKLEE

Untuk makluman semua, sebelum saya serius di dalam Shaklee saya memang telah menggunakan Shaklee.  Tapi saya bukan pengguna tegar.  Guna pun sampai vitamin tu expired.  Tidak konsisten.  Jadi mana nak dapat hasil.  Betul tak?  

Bermula 2 tahun lepas November 2015 saya telah melibatkan diri dengan Shaklee secara serius.  Kenapa serius?  Sebab waktu tu saya nak kuruskan badan.  Masa tu badan dah rasa gemuk oiii… Baju banyak sendat.  Lemak berlapis-lapis.  Bermulanya dari sini saya menjadi pengguna tegar supplemen Shaklee.  Yes dalam masa 60 hari memang terbukti berkesan kepada saya.  Saya berjaya menurunkan berat badan dari 65kg ke 54kg.  Syukur Alhamdulillah.

Bermula dari situ juga, saya dapat rasakan kehebatan kesan menggunakan supplement Shaklee.  Ya, hanya mereka yang konsisten mengguna Shaklee sahaja yang tahu kesan dan kebaikan ke atas kesihatan diri masing-masing.

 

KENALI SAYA PENGEDAR SHAKLEE PUTRAJAYA 0193766967

Nama saya Noraziah dan anda boleh panggil saya Aziah.  Anda juga boleh follow saya

  • email saya puannoraziah@gmail.com

 

Related posts

7 Thoughts to “20 Makanan Untuk Banyakkan Susu Ibu”

  1. […] Selain mengamalkan Set Penyusuan Shaklee, anda juga boleh amalkan makanan yang menambahkan susu badan. […]

  2. […] Oh, ya.  Selain itu anda boleh menambah sedikit pembacaan di halaman bertajuk Makanan Untuk Memperbanyakkan Susu Badan.  […]

  3. […] setiap ibu penyusuan kepada bayi amatlah penting. Cara memperbanyakkan susu badan juga memainkan peranan penting bagi ibu-ibu menyusu badan. Ibu-ibu juga boleh melawat dan membaca […]

  4. […] Di samping Set Penyusuan Shaklee yang saya cadangkan di atas, ibu juga boleh melakukan amalan secara semula jadi.  Apa yang dimaksudkan oleh saya ialah amalan cara membanyakkan susu badan.  Boleh baca di entry 20 makanan banyakkan susu badan. […]

  5. ayu

    menarik sebagai panduan

    1. yes boleh dijadikan panduan bagi ibu-ibu yang menyusu

Leave a Comment