Kopi Cap Gantang Sedap

KOPI SEDAP KOPI CAP GANTANG

Hari ni nak cerita pasal kopi sedap.  Dulu aku bukanlah penggemar kopi.  Tapi bolehlah minum.  Aku adalah penggemar nescafe.  Sebab mak aku memang bancuh nescafe hari-hari dan itu adalah minuman rutin kami sekeluarga.

Aku jadi peminat kopi ni sejak kahwin.  Huhuhu sebab apa?  Sebab mak mertua pula air rutin sekeluarga adalah kopi.  First time rasa kopi ni terus jatuh cinta sedap haih.  Kopi apa depa bancuh ni.  Maka tahulah aku nama kopi tu Kopi Cap Gantang.  Bermula dari situlah.  Setiap kali minum bukan secawan saja ya. Kata sedap… jadi paham-paham sajalah.

Kopi Cap Gantang ni adalah keluaran bumiputera dan memang takda di pasaraya besar.  Kopi ni dibuat di daerah Baling, Kedah.  Di Kedah memang banyak industry-industri kecil ni.  Antara kopi yang aku tahu kopi cap raga, cap matahari, cap tarbus.  Banyak oiii.. Tapi tak pernah la rasa sebab dah jatuh hati dengan Cap Gantang punya pasal.  Mungkin satu hari nanti akan dicuba.

Harga bagi pek besar ni RM4 sahaja.. Mana nak dapatkan..  Ok cau dulu… jika anda peminat tegar kopi kita sama… Tapi saya tetap dengan Kopi Cap Gantang…

 

Related posts

Leave a Comment