Keguguran – Ini Kisah Saya

keguguran ini kisah saya

KEGUGURAN – INI KISAH SAYA

Ini adalah kisah mengenai diri saya.  Saya juga pernah alami keguguran.  Saya alami keguguran di waktu kandungan saya 6-7 minggu usianya.  Hanya Tuhan yang tahu kesedihan saya waktu itu.  Kejadian ini berlaku pada 1 Oktober 2016.  Kira ‘Trajedi Oktober’ bagi saya.  Pada waktu ini orang yang saya perlukan di sisi(suami) tiada kerana dia pulang ke kampung.

Ketika itu saya sedang menonton televisyen bersama anak perempuan saya.  Saya dapat rasakan satu keadaan yang tidak selesa.  Saya pergi ke tandas dan amat terkejut apabila ada tompokan coklat dan darah di seluar saya.  Dikuatkan semangat dan hati untuk tidak fikir yang bukan-bukan.

Rutin harian mesti diteruskan.  Memandangkan di dalam keadaan sedemikian, saya tak berapa larat nak berdiri lama.  Namun, saya kuatkan juga untuk pergi membeli makanan tengahari dan mengambil anak sulung daripada tuisyen.

Dalam pada itu saya dapat rasakan perut seakan senggugut.  Namun rasa yang saya rasa tidaklah berapa kuat.  Selain itu saya rasakan kaki saya seram sejuk dan saya ambil keputusan untuk memakai stokin.  Pada sebelah petang saya rasakan ingin membuang air besar.  Pergi ke tandas dengan perlahan-lahan.  Semasa saya buang air besar, bunyi blap.. blappp..blappp…  Allah… saya nampak darah berketul-ketul keluar.

Masa darah berketul-ketul keluar saya dapat merasakan sesuatu akan terjadi pada saya.  Sedih dan pilu rasanya.  Saya menangis kerana tahu apa akan terjadi seterusnya.  Namun saya kuatkan semangat juga untuk hari itu.  Perkara ini saya maklumkan pada suami.  Saya minta dia pulang segera.  Namun apakan daya.  Dia pulang ke kampung pun menumpang orang lain dan akan pulang pada  hari Isnin.

Malam tu semasa nak solat maghrib sekali lagi saya rasakan ingin buang air besar.  Semasa buang air besar, sekali lagi berlaku perkara yang sama.  Blap..blap..blap keluar darah berketul-ketul.  Sebelum buang air besar, saya sempat ambil urine test untuk uji kandungan saya.  Ya,  masih positif.  Tapi telah samar-samar.

 

keguguran ini kisah saya
Tanda positif telah berkurangan. Sebelum ini line tu terang.

Selepas selesai solat maghrib, saya ambil keputusan untuk ke klinik swasta untuk pemeriksaan lanjut.  Saya gagahkan diri untuk ke klinik walaupun perasaan bercampur baur.  Saya ceritakan keadaan saya dan rahim saya discan tetapi doktor mengatakan terlalu awal untuk dia lihat kandungan saya.

Kemudian, doktor mencadangkan saya untuk mengambil ubat kuatkan rahim ‘Duphaston’ selama 3 hari.

 

keguguran ini kisah saya
Duphaston – diberi oleh doktor selama 3 hari untuk menguatkan rahim

3 HARI KEMUDIAN

3 hari berlalu, pagi itu saya membuat keputusan untuk buat pemeriksaan di klinik kerajaan pula.  Sebelum ke klinik, saya membuat pemeriksaan urine test sendiri.  Allahhu  Akbar… saya redho keputusan ini.  Saya juga telah jangkakan pada hari pertama lagi.  Keputusan urine adalah negative.  Menangis saya semahu-mahunya pagi itu sebelum ke klinik.

Di klinik saya ceritakan semua apa yang berlaku pada saya.  Doktor scan rahim dan ya memang sudah kosong dan nampak bengkak sedikit.  Doktor mengatakan saya tidak perlu D&C disebabkan telah keluar secara semulajadi.  Maka bermulalah hari saya BERPANTANG.

Doktor pula tidak memberi cuti rehat kepada saya.  Tak taulah sama ada dia lupa atau nampak saya sihat dah kuat sahaja.  Saya ambil cuti rehat 3 hari, campur sabtu dan ahad untuk berpantang di rumah.

Bila dikenangkan semua apa yang saya makan dan buat mungkin juga.  Semasa balik bercuti di rumah mak mertua, mak mertua ada memberi rebung kepada saya.  Menu sepanjang minggu selepas bercuti itu adalah rebung.  Gulai daging rebung, pajeri rebung, masak lemak cili api rebung.  Semua sedap-sedap belaka.  Maklumlah dapat rebung yang segar dan manis rasanya.  Orang kata rebung tu tajam dan bisa   Saya juga ada buat video skipping.  Huhuhu…

 

ITU SEMUA ADALAH TAKDIR

Walau apa pun itu semuanya adalah alasan semata.  Qadaq dan qadar telah ditentukan oleh Allah.  Percaya kepadaNya kerana mesti ada yang lebih baik selepas ini.  Saya terima seadanya apa yang terjadi.  Tidak menyalahkan sesiapa pun dalam hal ini.  Saya suka mengingatkan di sini jika anda keguguran, maka ingatlah Allah selalu.  Ini mungkin satu ujian daripada Allah dan pada masa yang sama ia adalah rahmat daripada Nya.

Mungkin Allah hendak kita tahu, jika anak yang lahir itu tidak sempurna sifatnya, kita mungkin tidak dapat menanggung ujian yang Allah beri.  Oleh itu, jangalah bersedih dan rasa kesal dengan apa yang ditakdirkan  oleh Allah kepada kita.

Apabila kita mengandung ini bermakna anda boleh mengandung semula selepas keguguran dan terbukti anda tidak mandul.   Maka peluang untuk mengandung semula adalah cerah.  Allah memberi ujuan dan rahmat melalui banyak cara.  Yang diuji dan teruji pasti menerima ganjaran daripada Allah.

JANGAN LUPA

Percayalah.  Walau apa pun set yang kita ambil, saya tetap syorkan kepada anda Set Berpantang atau keguguran Shaklee diambil semasa pantang.  Nak tahu cara makan dan bila masa sesuai?  Apa lagi… jangan lupa hubungi saya untuk mendapatkan harga yang lebih nilai.

 

 

keguguran ini kisah saya

Related posts

Leave a Comment