Macam Mana Nak Kurus, Jika Ada 5 Tabiat Ini

By | November 10, 2016

macam mana nak kurus jika ada 5 tabiat ini

 

MACAM MANA NAK KURUS, JIKA ADA 5 TABIAT INI

Sedih dan berasa rendah diri jika penimbang tidak bergerak?

Hal ini boleh mengganggu mood anda.  Macam-macam cara telah dicuba untuk kurus dan turunkan berat badan tapi usaha yang dilakukan tetap tidak menampakkan kejayaan.

Ini mungkin disebabkan oleh rutin atau kebiasaan yang anda lakukan setiap hari.  Ketahui 5 kesalahan yang perlu dielak dalam usaha anda kurus dan menurunkan berat badan.

1. BANYAK MAKAN MAKANAN BERGORENG, MASIN, BERLEMAK DAN BERGULA.

Elakkan dari makanan bergoreng, masin, berlemak dan bergula.  Ini akan membuatkan kalori  dalam tubuh bertambah sehingga menjadi lemak yang degil.  Selain itu makan yang banyak mengandungi garam juga perlu dikrangkan atau dielakkan sama sekali.  Selain boleh mengakibatkan hipertensi, terlalu banyak garam di dalam tubuh membuatkan cairan tubuh terkumpul di dalam badan.  Akibatnya, berat badan anda susah hendak turun.

2. STRESS

Semasa stress satu hormon dirembeskan iaitu hormone kortisol.  Hormon ini merangsang nafsu makan, melambatkan metabolisma dan meningkatkan kehadiran lemak di bahagian perut.  Buatlah aktiviti yang dapat mengembirakan anda seperti riadah atau mendengar lagu.

3.  TIDUR YANG TIDAK MENCUKUPI

Dalam kajian yang dilakukan, tidur yang tidak mencukupi akan meningkatkan hormone rasa lapar dan menurunkan hormon rasa kenyang.  Terdapat juga kajian membuktikan bahawa individu yang kurang tidur dari 4 jam sehari mempunyai peluang obesity sehinga 73 peratus lebih tinggi.  Kajian juga mengatakan bahawa jika tidur dalam anggaran 8 jam sehari kadar kebakaran kalori adalah sebanyak 500 kalori.  Bukan senang untuk bakar kalori dalam kadar tersebut.

4.  TIDAK MELAKUKAN SENAMAN

Alasan sibuk menjadi asalan utama untuk melakukan senaman.  Sambal bekerja, anda masih boleh melakukan senaman ringan seperti berdiri semasa menaip.  Silang-silangkan tangan atau ayunkan kaki semasa duduk di kerusi.  Walaupun kadar kebakaran bagi aktiviti ini tidak sehebat mana, namun dia mampu memberi pembakaran kalori.

5.  TIDAK MAKAN DIMEJA MAKAN

Jika anda mempunyai tabiat makan, membaca sambil menonton ia membuatkan anda tidak dapat menikmati makanan dengan sepatutnya.  Akhirnya anda mudah tergoda untuk mencari sesuatu untuk dikunyah.  Kalori yang masuk dalam tubuh akhirnya sukar dikawal.

MACAM MANA NAK KURUS?

Saya cadangkan anda ambil supplimen.  Jika perkara di atas telah anda lakukan tetapi masih belum dapat membantu anda. Anda disarankan untuk mengambil supplimen Set Kurus Shaklee bagi membantu untuk anda kurus secara sihat.

Seperti sedia maklum terdapat pelbagai supplimen kurus di pasaran sekarang.  Tapi saya suka sarankan anda mencuba Set Kurus Shaklee seperti di link tersebut.  Terdapat pelbagai pakej mengikut bajet dan keperluan anda.

 

macam mana nak kruus jika ada 5 tabiat ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *