Kegemukan Selesai Dengan Set Kurus Shaklee

By | November 10, 2016

KEGEMUKAN SELESAI DENGAN SET KURUS SHAKLEE

 

Kegemukan atau obesiti adalah satu penyakit kronik yang sedang menular di kalangan masyarakat dunia dan Malaysia khususnya. 10 tahun dahulu, obesiti hanyalah dikenal pasti sebagai faktor risiko kesihatan terutamanya untuk penyakit kardiovaskular khususnya penyakit jantung. Tetapi sejak 5 tahun kebelakangan, masalah obesiti ternyata adalah satu penyakit yang membawa kesan buruk terhadap kesihatan dan kepada penyakit-penyakit serius pada individu yang terdedah kepada obesiti terutamanya penyakit jantung, diabetes dan seterusnya kematian.

Statistik di Malaysia melalui National Health Morbidity Survey yang dijalankan pada tahun 2011 mencatatkan 15.1% rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas adalah obese. Ini menunjukkan peningkatan berbanding dengan 14% pada tahun 2006. Ini bermakna seramai 2.6 juta populasi dewasa di Malaysia adalah obese menjadikan Malaysia negara tertinggi mempunyai kadar obesiti di kalangan negara-negara asia tenggara.

 

DEFINISI

Obesiti adalah satu keadaan yang kompleks di mana seseorang individu itu mempunyai lemak berlebihan. Ia adalah penyakit kronik yang memerlukan rawatan susulan berpanjangan, terapi dan perhatian yang wajar oleh pengamal perubatan. Lelaki dikatakan obese sekiranya mempunyai kadar lemak berlebihan sebanyak 25%. Manakala wanita pula di katakan obese apabila lebihan lemak sebanyak 35%.

 

Obesiti boleh di ukur menggunakan penggiraan Body Mass Index – atau BMI (Indeks Jisim Badan). BMI adalah indeks pengukuran berat badan berbanding dengan ketinggian. Formula adalah seperti tertera:

 

Indeks Jisim Tubuh (BMI)              =   Berat badan (kilogram)

(Tinggi(meter) X Tinggi (meter)

 

Faktor Risiko Kegemukan (Obesiti)

Mengapa obesiti berlaku? Apakah faktor penyumbang kepada obesiti? Faktor risiko obesiti adalah:

 

  • Umur.

Peningkatan umur akan menyebabkan kadar metabolisma menurun. Oleh itu kenaikan berat badan akan ketara walaupun tiada sebarang pertukaran dan penambahan di dalam tabiat pemakanan dalam aspek jumlah, jenis dan kekerapan.

  • Gender.

Kaum wanita mempunyai lebih kebarangkalian untuk menjadi obese berbanding dengan lelaki. Ini adalah kerana wanita mempunyai kadar metabolisma yang rendah berbanding kadar metabolism yang tinggi di kalangan kaum lelaki. Masalah obesiti ini akan menjadi meruncing apabila wanita mencapai menopause.

Faktor keturunan.

 

  • Aktiviti fizikal.

Kurang melakukan aktiviti fizikal dan tidak menjaga pemakanan adalah faktor yang sangat penting di dalam peningkatan obesiti.

  • Faktor psikologi.

Ramai individu yang makan berlebihan apabila menghadapi tekanan atau ketidak stabilan emosi.

  • Penyakit.

Walaupun tidak kerap, obesiti boleh berlaku kepada pesakit yang mempunyai penyakit hypothyroidism, kemurungan atau penyakit di bahagian otak yang menyebabkan pesakit makan berlebihan.

  • Ubat-ubatan.

Ubat seperti steroid atau ubat untuk merawat kemurungan boleh menyumbang kepada obesiti.

Implikasi Kegemukan (Obesiti)

Obesiti menyumbang kepada banyak penyakit kronik yang boleh membawa kematian. Penyakit-penyakit ini boleh merendahkan kualiti hidup pesakit. Antara penyakit-penyakit yang disebabkan oleh obesiti:

  • Diabetes Mellitus
  • Penyakit hepatobiliary (fatty liver dan batu hempedu)
  • Dyslipidaemia (kolesterol tinggi)
  • Metabolic syndrome
  • Sleep apnoea
  • Penyakit jantung koronari
  • Cerebrovascular disease
  • Kegagalan jantung
  • Tekanan darah tinggi (hypertension)
  • Osteoarthritis
  • Gout
Mengapa Perlu Tahu Tahap Kegemukan (Obesiti)
Pesakit tersebut boleh mengambil langkah mengurangkan berat badan. Jika perlu, pesakit akan diberi rawatan sewajarnya. Pesakit juga boleh mendapatkan kaunseling untuk merawat obesiti. Pesakit digalakkan menghitung BMI sekurang-kurangnya 3 – 4 bulan sekali atau setiap kali ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

Penurunan berat badan akan menurunkan BMI dan penyakit kronik yang dihidapi akan lebih mudah di kawal. Penurunan BMI juga boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik seperti tersenarai di atas.

Rawatan Dan Pengendalian

Pesakit yang mempunyai obesiti perlulah berjumpa doktor untuk mendapat rawatan yang sewajarnya. Terdapat beberapa ubatan obesiti yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Walau bagaimana pun, pembedahan juga adalah satu pilihan rawatan dan pakar bedah akan mengendalikan kes-kes obesiti rumit.

 

Cara Mencegah Kegemukan (Obesiti)

  • Amalan pemakanan.
  • Kurangkan makanan bergoreng, santan, lemak, bergaram.
  • Kurangkan minuman bergas dan minuman manis.
  • Baca label makanan terutama kandungan kalori.
  • Pilih makanan sihat seperti kukus, rebus dan bakar.

Cadangan saya untuk anda mengurangkan berat badan.

Walau apa pun keadaan anda, mencegah adalah lebih baik sebelum terlewat.  Saya cadangkan anda mengamalkan hidup sihat dan pemakanan yang sihat.

Saya juga mencadangkan anda mengambil supplement seperti set kurus Shaklee.  Oh ini bukan ubat kurus ya!  Pengambilan Set Kurus Shaklee ini dapat membantu anda di dalam proses penurunan berat badan.

Selain daripada itu jemputlah joint Program now everyone can kurus bagi tujuan mencegah obesiti.  Dalam program ini kami terapkan pemakanan dan gaya hidup sihat.  Insya Allah membuahkan hasil yang anda idamkan.

kegemukan selesai dengan set kurus shaklee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *