Penjagaan Semasa Berpantang

By | November 8, 2016

PENJAGAAN SEMASA BERPANTANG

Berpantang.  Bila bercakap mengenai cara berpantang, pada zaman ini mungkin tidak lagi menjadi kewajipan.  Namun begitu masih terdapat beberapa perkara di dalam cara berpantang secara tradisional ini masih diamalkan.

Antara cara pantang tradisional ialah bertungku, berurut, dan mandi rempah ratus.  Berbengkung juga masih diamalkan.  Namun demikian, bengkung sekarang juga telah ditukar kepada bengkung moden.  Jika dulu untuk berbengkung adalah susah untuk kita melilit.  Zaman sekarang bengkung telah bertukar kepada zip dan melekat dan lebih memudahkan pengguna.

Di sini saya ingin kongsikan cara saya berpantang semasa saya gugur tempoh hari.  Memandangkan usia kandungan semasa gugur baru mencecah 6-7 minggu sahaja, maka saya ambil yang asas sahaja untuk penjagaan semasa gugur.

APA YANG SAYA AMBIL SEMASA BERPANTANG?

Penjagaan semasa berpantang

Keperluan Asas yang saya ambil semasa keguguran

MINYAK HERBANIKA NONA ROGUY

Minyak ini saya gunakan untuk melumurkan kaki sehingga betis sebelum saya memakai stoking.  Saya gunakannya selepas waktu mandi.  Minyak ini dan ada sedikit bau.  Namun ianya amat selesa.  Antara khasiat minya ini ialah:-

  • Membantu meredakan ketegangan urat saraf di kepala, leher dan tengkuk semasa proses kelahiran anak dan melancarkan aliran darah
  • Melegakan serta mengatasi sakit-sakit sendi dan otot-otot
  • Memecahkan angin dan lendir yang terkumpul di sendi-sendi
  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka jahitan, memecahkan pengumpulan angin di usus dan rahim dan mengecutkan rahim secara luaran.

REMPAH MANDI JAMU MAK DARA

Mandian ini adalah untuk mengekalkan kehangatan badan ibu-ibu dan menyingkirkan sel-sel kulit mati pada tubuh.  Antara khasiat rempah mandi jamu mak dara

  • Membuang angin dan mengelakkan angin dari memasuki liang tubuh dan menyegarkan tenaga tubuh yang lemah.
  • Selain itu ia juga sesuai untuk menghilangkan bau badan dan kesan-kesan hitam akibat kulit pecah.

TUNGKU

 

Penjagaan semasa berpantang

Tungku herba

 

Di pasaran terdapat pelbagai jenis tungku.  Semuanya terpulang pada kita untuk membuat pilihan. Memandangkan tiada pilihan, saya beli sahaja tungku herba dari Leesa Formula.  Tungku jenis ini terdapat campuran herba di dalamnya.  Keadaan tungku juga tidak berat dan mudah dikendalikan ibu sendiri semasa pantang.

Apa yang perlu tungku tersebut dikukus supaya haba panas dapat diserap dan boleh digunakan.

Antara kegunaan tungku ini ialah:

  • Untuk wanita lepas bersalin
  • Bahagian perut – mempercepatkan pengecutan rahim, melancarkan pengeluaran darah kotor dan membakar lemak.
  • Bahagian badan – mengurangkan ketegangan otot, menyegarkan badan dan melancarkan perjalanan darah.

BERURUT

Walaupun saya gugur di awal kehamilan, namun saya tetap jalankan proses berurut.  Saya berurut selepas 2 minggu keguguran.  Tujuan dan kepentingan semasa berurut adalah untuk memulihkan tenaga, mengembalikan otot-otot yang lemah, membuang angina dalam badan dan melancarkan perjalanan darah.

Semasa proses berurut, mak bidan akan mencari urat-urat yang tersimpul.  Alhamdulillah.  Urat saya cantik kata mak bidan.  Cuma saya ada masalah urat pada bahagian kaki kiri sahaja.  Bila dekat situ memang terasa bisanya.  Seperti biasa bila berurut mak bidan juga akan menaikkan peranakan si ibu.

Baiklah, sebenarnya bermacam-macam cara kita boleh amalkan di dalam berpantang.  Suka saya ingatkan, jagalah pemakanan dan diri semasa waktu berpantang.  Orang tua-tua selalu berpesan.

Kalau nak pakai lama badan tu makan tu masa pantang kenalah jaga

 

Sebab apa?  Badan kita di dalam waktu pantang ini adalah lemah.  Jika tidak jaga pemakanan dan tatalaku boleh menyebabkan pelbagai perkara seperti bentan, demam dan sakit urat.

Walau apa pun cara kita berpantang saya harapkan kepada ibu-ibu di luar sana jagalah kesihatan diri.

Cara-berpantang-tradisional-semasa-keguguran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *