Wajib Cuba Menu Kekal Langsing Bersama Set Kurus Shaklee

wajib cuba menu kekal langsing bersama set kurus shaklee

MENU KEKAL LANGSING BERSAMA SET KURUS SHAKLEE

 

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

 

Kali ini saya hendak kongsikan menu kekal langsing yang wajib anda cuba.  Walaupun kita berdiet tidak semestinya menu yang dimakan tidak sedap.  Siapa kata menu diet tidak sedap?

Hari ini, saya kongsikan resepi antara menu kekal langsing yang saya buat sepanjang saya berdiet dan menjaga pemakanan sihat.  Saya pasti anda semua teruja untuk mencuba menu kekal langsing yang saya kongsikan.

 

Antara Menu Kekal Langsing ialah: 

 

  1. BUBUR OAT AYAM SEDAP
menu kekal langsing wajib cuba bersama set kurus shaklee
Bubur Oat Ayam Sedap

 

Bahan:-

  • 5 sudu oat
  • Ayam (bahagian dada) – ayam telah dimasak/direbus
  • Bunga kubis
  • Lobak merah (diricih halus)
  • Lada hitam (ditumbuk halus)
  • Bawang putih (diketuk)
  • Daun Bawang (diricih)

 

Caranya:

  • Masukkan bunga kubis, lobak merah, bawang putih.  Masak sehingga agak lembut
  • Campurkan oat dan ayam
  • Tambahkan sedikit air
  • Masak oat sehingga masak.
  • Taburkan lada hitam dan daun bawang
  • Sedia untuk dihidang

 

LAZAT MENJILAT JARI

 

 

 

  1. AYAM PANGGANG BERKHASIAT

menu kekal langsing wajib cuba bersama set kurus shaklee
Ayam Panggang Berkhasiat

 

Bahan:

  • Ayam
  • Lada hitam
  • Serbuk bawang putih
  • Rempah kari
  • Herbs (spagethi Bolognese)
  • Lemon

 

Caranya:

  • Lada hitam ditumbuk halus
  • Gaulkan semua bahan lain bersama sehingga sebati
  • Lebih sedap jika ayam diperap lebih lama
  • Panggang ayam sehingga masak
  • Setelah masak boleh diperahkan lemon di atas ayam

 

“SELAMAT MENCUBA”

 

 

 

  1. SUNQUICK FLOAT ESP

    wajib cuba menu kekal langsing bersama set kurus shaklee
    Sunquick Float ESP

Bahan

  • 1 biji limau sunquick
  • ESP Shaklee
  • Air
  • Ais

Caranya

  • Kupas kulit limau
  • ESP Shaklee satu scoop
  • Blend bersama air dan ais
  • Siap diminum

 

“ANDA PASTI TERMIMPI-MIMPI KEENAKANNYA”

 

 

4. YUMMY OVERNIGHT OAT

 

Bahan

  • Rolled oats
  • Susu segar
  • Greek yogurt
  • Satu sudu besar chia seeds
  • Kismis
  • Buah-buahan (rasberry/blueberry)

 

Caranya

  • Masukkan semua bahan ke dalam bekas
  • Simpan di dalam peti
  • Lebih sedap jika disimpan semalaman
  • Esok pagi dah boleh makan sejuk-sejuk

 

“YOU WILL LOVE IT”

 

  1. MUFFIN OAT DAN PISANG BERKHASIAT
menu kekal langsing wajib cuba bersama set kurus shaklee
Muffin Oat Pisang Berkhasiat

 

Bahan

  • 3 biji putih telur
  • 1/3  minyak zaitun
  • 7 biji kurma atau ½ cawan madu
  • 1 cawan pisang yang dilecek
  • 1 ½ cawan tepung wholemeal atau tepung atta
  • ¼ cawan oat
  • ½ cawan kismis
  • 1 sudu the soda bikarbonat

 

Caranya

  • Blend telur, minyak zaitun dan kurma/madu
  • Campurkan dengan pisang.
  • Masukkan ke dalam tepung wholemeal bahan yang diblend tadi
  • Campurkan oat, kismis dan gaul sebati dengan soda
  • Masukkan dalam bekas yang sesuai
  • Stim 20 minit atau bakar 10 minit

 

“JANGAN LUPA CUBA”

 

 

  1. SALAD AYAM YUMMYLICIOUS
menu kekal langsing wajib cuba bersama set kurus shaklee
Salad Ayam Yummylicious

 

Bahan

  • Ayam panggang
  • Salad
  • Tomato
  • Serbuk garlic
  • Serbuk cili
  • Lemon

 

Caranya

  • Basuh salad dan tomato.  Kemudian potong
  • Hiris nipis ayam panggang
  • Taburkan serbuk garlic dan serbuk cili
  • Perah lemon

 

“SEDIA UNTUK DIMAKAN”

 

 

7. ROTI BAKAR WHOLEMEAL KAPIT AYAM

 

wajib cuba menu kekal langsing bersama set kurus shaklee
Roti Bakar Wholemeal Kapit Ayam

 

Bahan

  • 2 keping roti wholemeal
  • Ayam panggang
  • Salad
  • Cili api
  • Sos cili anggaran 1 sudu besar

 

Caranya

  • Bakar roti
  • Hiris ayam nipis
  • Kapitkan bersama ayam dan letak sos cili
  • Taburkan cili padi
  • Letakkan sos cili

“PASTI KENYANG”

 

 

Menarik tak menu yang saya kongsikan?  Mestilah menarik.  Namun demikian, untuk memastikan anda kekal langsing, saya cadangkan anda mengambil bersama Set Kurus Shaklee.

Kenapa perlu ambil Set Kurus Shaklee?  Ini bagi menjamin keseimbangan di dalam pemakanan seharian.  Pada kebiasaanya, apa yang kita makan sebenarnya perlu dibakar.  Maka, dengan mengambil Set Kurus Shaklee ianya dapat membantu.

Walau apa pun yang anda lakukan dan makan,  ingatlah.  Diri anda adalah apa yang anda makan.  Apalah wang ringgit jika dibandingkan dengan kesihatan.  Maka, jagalah kesihatan diri bermula dari awal.  Mencegah sebelum terkena.

 

 

 

wajib cuba menu kekal langsing wajib cuba bersama set kurus shaklee

Leave a Comment