Checklist Persediaan Untuk Turun Berat Badan

checklist-persediaan-mula-turun-berat-badan

 NAK TURUN BERAT BADAN?  TAPI PELBAGAI CARA DIBUAT UNTUK TURUN BERAT BADAN?  

 

Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.

Checklist Persediaan Untuk Mula Turun Berat Badan untuk sesiapa yang ingin memulakan diet.  Perkara yang penting sekali untuk menurunkan berat badan ini ialah kekuatan diri dari segi mental dan fizikal.  Namun, di pasaran kita boleh lihat dan dapati pelbagai produk dan cara untuk turun berat badan. Mari saya kongsikan beberapa perkara untuk turun berat badan ini sebagai panduan anda semua.

 

  DAPATKAN ILMU TURUN BERAT YANG BETUL

 

Perkara yang penting sekali adalah Dapatkan Ilmu Turun Berat Yang Betul. Ilmu apa tu?  Bagaimana saya nak dapatkan?

Ok, tidak dinafikan kita boleh  google diinternet untuk dapatkan tips turun berat badan ini. Bagi mereka yang benar-benar ingin turun berat badan, saya cadangkanlah anda sertai Program Now Everyone Can Kurus.

Manfaat anda menyertai program ini boleh dijadikan ilmu seumur hidup. Jika anda pernah buat survey/kajian untuk mencari seorang jurulatih, saya pasti anda tahu harga yang dikenakan.  Tapi, jika anda menyertai program ini, saya pasti ianya amat berbaloi.  Anda sendiri akan tentutan apa yang akan anda perolehi.

TIMBANG DAN UKUR SEBELUM MULA TURUN BERAT BADAN

 

checklist persediaan mula turun berat badan
Sebelum memulakan diet(penurunan berat badan) perlu ada rekod timbangan dan ukur lilit supaya mudah untuk membuat pemantauan

Sebelum memulakan diet, saya cadangkan anda buatlah diet yang sihat.  Diet yang seimbang.  Apa tujuaannya?  Tujuannya adalah untuk diri ada juga.  Jika anda buat crash diet berat badan mungkin turun dengan cepat. Tapi, tahukah anda kesan buruk daripada tabiat tersebut?

Bagi memberi rangsangan dan motivasi, saya cadangkan supaya anda catatkan timbangan berat dan ukur lilit badan permulaan anda.  Kenapa?  Ya, senang pemantauan dibuat dari masa ke semasa.  Kita juga dapat melihat perkembangan dan kejayaan kita sendiri.  Saya pasti anda akan teruja melihat perkembangan diri anda sendiri nanti.

BERSIHKAN DAPUR DAN PETI SEJUK DARI

MAKANAN YANG TIDAK SIHAT

 

Seterusnya, kenapa pula perlu bersihkan dapur dan peti sejuk?  Saya bagi tips ini kerana bila kita hendak turunkan berat badan, perkara yang penting adalah bermula dari dapur.  Sebab apa dapur?  Sebab kita akan masak dan makan apa yang kita hidangkan.  Betul tak?

 

Checklist persediaan untuk mula turun berat badan
Gambaran peti sejuk yang penuh makanan yang tidak berkhasiat

Jadi bermula dari dapurlah yang akan mencerminkan badan kita sebenarnya.  Jika dihidangkan makanan yang sihat dan seimbang pasti diet yang kita lakukan Berjaya.  Tak percaya?  Cubalah.

BERSEDIA DENGAN MEMBELI BARANG DAPUR
DARI SUMBER YANG SIHAT

 

Tips ini juga penting seperti tips di dapur tadi.  Jika anda telah mempunyai nekad untuk menurunkan berat badan, maka bersedialah dengan tips ini.

Contohnya sebelum ini kita gemar membeli makanan ringan seperti keropok, kuaci, maggi, asam dan lain-lain semasa menonton televisyen. Saya percaya jika anda ikuti tips ini, anda akan rasa bersalah dan akan memilih makanan sihat sebagai makanan sampingan.  Saya cadangkan anda ambil buah atau salad sebagai pengganti.

Checklist persediaan mula turun berat badan
Contoh makanan sihat yang perlu ada di dapur
RANCANG SEMINGGU AWAL APA YANG ANDA HENDAK MAKAN

 

Checklist Persediaan Untuk Mula Turun Berat Badan seterusnya ialah setiap perkara perlu dirancang.  Hendak mulakan diet ini pun perlu ada perancangan.  Berbalik kepada perkara di atas tadi membeli makanan sihat.  Ya kita perlu merancang apa yang sihat untuk dibeli dan dimasak.

Sebab apa perlu perancangan?  Kalau kita tidak merancang dan tidak ada matlamat, memang ke laut la apa yang kita inginkan.  MATLAMAT KITA nak turunkan berat badan untuk kurus dan sihat.   Jadi rancanglah dengan menjaga dan memakan makanan yang sihat dan seimbang.

Sebagai contoh dalam diri saya.  Setiap hujung minggu, saya telah rancang apa yang hendak dimakan dan dimasak untuk minggu depan.  Saya akan asingkan bahan basah seperti ayam atau ikan untuk hidang pada hari berkenaan.

Antara contohnya ayam bakar.  Saya akan peramkan ayam berkenaan, bungkus dan bekukan.  Apabila tiba masa untuk memasak, keluarkan dari peti sejuk dan boleh terus bakar.  Dengan cara ini menjimatkan masa saya memandangkan saya adalah seorang yang sibuk.

Jangan memberi alasan dengan mengatakan tiada masa.  Anda yang merancang diri anda.  Anda mampu menguruskan masa.  Percayalah dengan apa yang saya kata. Yang penting cuba dan buktikan.

Akhir sekali,

DAPATKAN SUPPLIMENT UNTUK MEMBANTU ANDA KURUS

 

Suka saya tekankan supplement ya supplement bukan UBAT KURUS.  Bagi menjamin ianya supplement yang selamat dan semulajadi saya sarankan anda ambil SET KURUS SHAKLEE.  Saya jamin ianya selamat berbanding produk yang lain di pasaran.

Kesimpulannya saya harap apa yang saya kongsikan dapat membantu anda dalam mencapai apa yang anda inginkan.  Tahun 2016 hampir ke penghujung.  Cepatlah bertindak untuk diri anda lebih sihat.

Oh ya,  jangan lupa JIKA berminat, anda boleh joint Program Now Everyone Can Kurus.  Saya jamin anda akan kurus dan sihat.  Ramai yang telah kami bantu.  Jangan berlengah  dan memberi alasan macam-macam, KERANA penghalang untuk anda bertindak adalah DIRI ANDA SENDIRI.  Jadi, fikir-fikirkanlah.

 

 

Checklist-persediaan-mula turun berat badan

Related posts

Leave a Comment