Set Kecantikan Kulit Shaklee Bak Artis Korea

set-kecantikan-kulit-shaklee

SET KECANTIKAN KULIT SHAKLEE

 

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca kesayangan. Kali ini saya nak kongsikan kepada anda tentang Set Kecantikan Kulit Shaklee Bak Artis Korea.

 

Semoga anda ceria dan sihat selalu.  Saya nak tanya, amacam kulit anda?  Cantik?  Bermasalah?  Kecantikan kulit sebenarnya mesti bermula dari dalam.  Tidak guna jika hanya cantik pada luaran sahaja.  Betul tak?

 

Sebut sahaja artis Korea mula-mula anda mesti ingat K-POP betul tak?  Saya pun sama. Tumpuan utama kita kalau tengok artis korea ini mesti wajah dia orang. Betul ke tidak?  Betul la jawapannya. Kulit artis korea memang halus mulus.  Kadangkala kulit mereka nampak kemerah-merahan berkilat .  Tidak kira artis lelaki atau perempuan mulus sahaja kulitnya.

 

Di korea mereka mempunyai kepakaran dari teknologi yang canggih dan pakar kecantikan yang hebat dari sana.  Ada satu fakta mengenai Korea Selatan.  Di negara tersebut merupakan negara yang tertinggi kadar pembedahan plastik di Asia.  Macam mana tu?  Kita sendiri pun boleh tertipu sama ada wajah artis korea ini asli atau wajah pembedahan plastik.

 

Itu dari bab pembedahan plastik, namun ada beberapa rahsia yang mereka amalkan untuk kulit halus mulus.

 

Set Kecantikan Shaklee Kulit Cantik Bak Retis Korea
Halus mulus je kulit dia

Antara rahsia yang meraka amalkan untuk kecantikan kulit supaya halus mulus ialah:-

1. Produk penjagaan kulit

2. Minum Air yang cukup

3. Pemilihan makanan

 

Mari saya kupas lebih mendalam mengenai 3 perkara penting di atas.

 

  1. PRODUK PENJAGAAN KULIT

Di Korea kebanyakkan produk penjagaan kulit yang dikeluarkan adalah dari bahan semulajadi.  Tiada kesan sampingan dan yang penting selamat.  Kalau di Malaysia?  Yang bahayakan kulit pun ada.  Namun tetap menjadi pilihan kerana apa?  Kerana nak kesan yang cepat.  Nak buat apa kesan yang cepat tapi kalau kulit kita yang merana.  Betul ke tidak?

 

2.  MINUM AIR YANG MENCUKUPI

Air memang penting untuk tubuh kita.  Jika kurang minum air, akan menyebabkan kulit kita kekeringan.  Bila kulit kering, akan menyebabkan kulit bersisik dan cepat kedut.  Jadi tua la.  Nak ke?  Tapi kata nak kulit cantik..  Kalau tak minum air macam mana?

 

3. PEMILIHAN MAKANAN

Pemilihan makanan juga amat penting.  Jadi pilihlah makanan yang berasaskan sayuran, herba, ulaman dan juga buah-buahan.

Cuba kita perhatikan dalam drama korea sendiri.  Apa yang mereka makan.  Mereka selalu ambil makanan yang dimasak secara kukus atau rebus.  Jadi, zat pada makanan tidak hilang banyak.  Bila dah makan makanan sihat, maka badan pun kuranglah kolestrol dan menyebabkan tubuh sihat.

 

 

Set Kecantikan Kulit Shaklee Bak Artis Korea
Pemilihan makanan yang sihat penting untuk kecantikan

 

Oh ya,  saya pasti ada antara pembaca yang mempunyai masalah kulit berjerawat.  Apa kata anda baca artikel mengenai 6 cara menghilangkan jerawat di mana tips ini adalah rawatan yang boleh anda buat dengan bahan sedia ada.

 

 

Untuk mencapai hasil kulit cantik berseri konsepnya mudah.  Perkara yang lebih penting adalah kita wajib rawat kulit bermula dari dalam.  Apa tipsnya?  Saya cadangkan anda amalkanlah Set kecantikan Kulit Shaklee ini.

 

APA YANG ADA DALAM SET KECANTIKAN KULIT SHAKLEE

– PAKEJ KULIT CANTIK BAK ARTIS KOREA NI?

 

Set Kecantikan Kulit Shaklee Bak Artis Korea
Set Kecantikan Kulit Shaklee

 

 

PERANAN VITAMIN E DALAM KECANTIKAN KULIT

  • Menjaga kesegaran dan keramajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel

 

 PERANAN VITAMIN C UNTUK KECANTIKAN KULIT

  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolegen kulit
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit

 

PERANAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK KECANTIKAN KULIT

  • Sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Mengubati jerawat

 

KOMBINASI VITAMIN E, B COMPLEX DAN VITAMIN C

  • Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
  • Mencegah penuaan
  • Mencerahkan kulit
  • Menjaga kulit dari sinaran UV
  • Mengurangkan parut jerawat
  • Wajah bersinar dan bermaya
  • Kulit wajah lebih cerah dan kemerahan

 

Selain dari  kombinasi di atas, di dalam Set ini juga, ESP  memainkan peranan penting untuk kecantikan kulit.  Jangan tak tau…banyak tau kebaikan ESP ni.  Selain daripada set ini, untuk mendapatkan kulit yang lebih mulus, anda boleh baca di tajuk Rahsia Kulit Cantik Berseri

 

 

Jom kita tengok antara testimoni yang telah berjaya dengan Set Kecantikan Shaklee ini.

Set-Kecantikan-Kulit-Shaklee-Bak-Artis-Korea
Testimoni yang berpuas hati dengan Set Kecantikan Shaklee

 

Set Kecantikan Kulit Shaklee Bak-Artis-Korea
Makin berseri kulit wajah beliau dengan Set Kecantikan Kulit

 

B

 

KENAPA PERLU BELI DENGAN SAYA 

PENGEDAR SHAKLEE PUTRAJAYA 0193766967

Kepada setiap pelanggan yang membeli dengan saya, saya akan beri konsultasi yang terbaik mengenai Set Kecantikan Kulit kepada anda.  Yang penting konsultasi ini adalah PERCUMA.  Saya komited kepada semua pelanggan yang membeli dengan saya.

Oh ya.  Saya juga merupakan seorang Crew di dalam Program Now Everyone Can Kurus di mana program ini adalah satu program kuruskan badan secara online.  Program ini mengambil masa 30 hari dan akan dipantau melalui telegram. 

Sehingga kini program ini telah bertahan selama 34 batch sehingga November 2017.  Ya telah ramai kami bantu kepada mereka yang ingin kuruskan badan secara sihat.  Kami bantu anda dari segi cara pemakanan dan juga latihan harian.  Segala tips akan diberi kepada peserta.  Mudah, menarik dan senang bukan.  Sesuai kepada mereka yang banyak memberi alasan susah untuk bersenam di luar rumah.  Mempunyai anak kecil dan tiada masa untuk bersenam. 

 

BERMULANYA SAYA DENGAN SHAKLEE

Untuk makluman semua, sebelum saya serius di dalam Shaklee saya memang telah menggunakan Shaklee.  Tapi saya bukan pengguna tegar.  Guna pun sampai vitamin tu expired.  Tidak konsisten.  Jadi mana nak dapat hasil.  Betul tak?  

Bermula 2 tahun lepas November 2015 saya telah melibatkan diri dengan Shaklee secara serius.  Kenapa serius?  Sebab waktu tu saya nak kuruskan badan.  Masa tu badan dah rasa gemuk oiii… Baju banyak sendat.  Lemak berlapis-lapis.  Bermulanya dari sini saya menjadi pengguna tegar supplemen Shaklee.  Yes dalam masa 60 hari memang terbukti berkesan kepada saya.  Saya berjaya menurunkan berat badan dari 65kg ke 54kg.  Syukur Alhamdulillah.

Bermula dari situ juga, saya dapat rasakan kehebatan kesan menggunakan supplement Shaklee.  Ya, hanya mereka yang konsisten mengguna Shaklee sahaja yang tahu kesan dan kebaikan ke atas kesihatan diri masing-masing.

 

KENALI SAYA PENGEDAR SHAKLEE PUTRAJAYA 0193766967

Nama saya Noraziah dan anda boleh panggil saya Aziah.  Anda juga boleh follow saya

 

 

  • email saya puannoraziah@gmail.com

 

OK.  Rasanya itu sahaja serba sedikit mengenai saya.  Jangan lupa hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan mengenai Shaklee.  

 

Related posts

One Thought to “Set Kecantikan Kulit Shaklee Bak Artis Korea”

  1. […] Ketahui lebih lanjut di dalam Set Kecantikan Shaklee. […]

Leave a Comment